Malam Isnin. Tiada monday blues.
Sukanya.
Cuti bergaji siapa yang tak suka kan. Cumanya cuti kali ini tidak ke mana-mana nampaknya. Duduk di rumah, pergi ke sekolah, duduk di rumah lagi, pergi ke sekolah lagi dan begitulah. Itu pun kalau tidak ada rancangan lain atau jika tidak ada serangan dari makhluk asing. :)
Sebenarnya baru lepas menonton wayang : 'World Invasion : Battle Los Angeles"
Pergi menonton dengan perasaan yang sangat skeptik. Saya membayangkan filem yang berbajet rendah kerana tidak mengenali pelakon yang membintangi filem tersebut. Niat di hati ingin menonton Matt Damon, bintang filem yang saya sangat minati dalam filem terbarunya "Adjustment Bureau", tetapi dek memikir keinginan anak yang begitu menyukai filem sains fiksyen, jadi saya dan suami pun mengambil keputusan menonton filem World Invasion.
Malangnya, perasaan skeptik saya tidak bertempat.
Saya tidak hendak menyentuh tentang lumrahnya filem Hollywood yang sering memapar secara klise nya tentang hebat dan canggihnya alatan ketenteraan mereka. Juga bukan tentang tidak realistiknya si hero menerjah ke sana sini di tengah hujan peluru tanpa ada luka dan masih selamat.
Tetapi saya sukakan filem yang menaikkan keterujaan terhadap semangat setiakawan dan jati diri terhadap negara dari mula hingga akhir. Melihat tentera yang sentiasa bersiap siaga menerima arahan, meninggalkan anak isteri demi membantu insan yang lain memberi kesan mendalam bagi saya.
Sepanjang menonton, saya teringatkan filem Bukit Kepong arahan Datuk Jins Shamsuddin dan teringat gambar-gambar tsunami yang berlaku di Jepun sekarang ini di mana pihak tentera dan pihak keselamatan bertungkus lumus menyelamatkan masyarakat awam dalam suasana kacau bilau.
Kita pun punya tentera yang tidak kurang hebatnya. Saya pasti jika negara kita juga dilanda bencana (doa saya agar kita dijauhkan Allah dari segala bencana) mereka inilah merupakan barisan awal yang sentiasa bersedia mempertaruhkan nyawa mereka.
Malangnya penggiat filem di kalangan kita lebih gemar menghasilkan filem hantu, lawak dan cinta. Eh, bukan saya tak suka filem hantu dan lawak, suka... memang suka.
Tetapi, ada kalanya terutama dalam keadaan kisah politik kita yang serba tak kena dan unsur-unsur tidak puas hati antara kaum yang wujud, wajar , saya kira, bagi sesiapa yang berduit lebih itu melabur dalam pembikinan filem yang meningkatkan jati diri dan kasih kita kepada barisan pertahanan negara kita sendiri. Biar ada rasa kagum dan bangga wujud dalam hati kita dan anak-anak kita tentang bertuahnya kita punya barisan pertahanan yang ada.
Sudah sampai masanya saya kira mereka ini diberi ruang khas dalam hati kita, lebih lagi dalam keadaan geografi dan politik dunia ini sendiri yang sangat tidak stabil.
* the marines never quit....
~cikgunormah@klcitizen~
ATM memang barisan hadapan yang akan menjaga keamanan rakyat selain drpd PDRM..sbb tu tak boleh disiakan pengorbanan mereka ni. Demi negara, meninggalkan keluarga..
ReplyDelete~minat juga dgn mat askar :D
salam buat cikgu...
ReplyDeletezaman kita sek rendah...minat sangat pilem kombet...
saya pulak tak minat tengok wayang ! jadi tak tahu kisah2 wayang ni...baik apa cerita sekali pun!
ReplyDeletesalam my dear sis:)
ReplyDeleteskrg yang nampak citer seram menjadi2...!
Apa pun..citer bukit kepong mmg best kan:)
Selamat bercuti yaa sis..:)
salam kenal
ReplyDeletenak jugak try tgk filem ni
mungkin hikayat merong mahawangsa membantu industri filem malaysia
salam. kalau para pengeluar filem tidak berminat apalah salahnya kerajaan sendiri memberi bajet khas pada kementerian pertahanan menerbitkan sendiri kisah-kisah keperwiraan para perajurit kita. banyak kisah silam waktu perang dengan komunis, konfrontasi dengan Indon yang wajar diketahui oleh anak muda kini tapi biarlah cerita tersebut dibuat dengan penuh jujur dengan fakta yang betul bukan untuk bahan propoganda pihak tertentu.
ReplyDeleteTerima kasih abang2 askar yang setia menjaga keamanan negara. semangat itu penting..
ReplyDelete~~tak suka cerita hantu~~
wah cekgu dah tgk ek crita ni..best tak? bapa bintang bagi..cadang nak tgk weekend ni hehe
ReplyDelete@aimannajmy
ReplyDeletesaya bagi 4 dari 5 bintang , aiman
@s1t1 2uL41k4
ReplyDeletebetul siti....
@abu muaz
ReplyDeletesetuju abu muaz.. kekadang tak perlu citer perang pun
bencana tsunami di penang tu pun boleh dibuat cerita tentang hebatnya askar kita
atau
runtuhnya highland tower utk mengenengahkan citer ahli penyelamat kita kan
@CikSembang
ReplyDeleteHMM mungkin penanda baru dalam industri filem kita, harapnya
@Pn Kartini
ReplyDeletememang best filem Bukit Kepong tu
selamat bercuti juga, Tini
@sonata anak kancil
ReplyDeleteyalah sonata , minat masing2 lain2 kan..
selamat bercuti
@pak long
ReplyDeletesamalah kita pak long
@DaHLia
ReplyDeletesamalah kita dahlia