Maha Suci Allah dengan kekuasaannya.
Technologically advanced Japan is well prepared for quakes and its buildings can withstand strong jolts, even a temblor like Friday's, which was the strongest the country has experienced since official records started in the late 1800s. What was beyond human control was the killer tsunami that followed.
It swept inland about six miles (10 kilometers) in some areas, swallowing boats, homes, cars, trees and even small airplanes. ~ Japan braces for N-reactor meltdown after tsunami
Semua orang di dunia ini boleh dikatakan tahu tentang kehebatan dan tingginya teknologi yang dimiliki oleh negara Jepun. Dalam pada mereka bersiap siaga sentiasa menghadapi kemelut gempa bumi, rupanya masih lagi ada bencana yang tidak terjangka, iaitu tsunami yang datang dalam sekelip mata sahaja.
Ramai yang menulis tentang soal dosa dan hukuman lantaran bencana yang ditimpa Allah ke atas negara tersebut. Bukan saya yang patut mengulas, kerana saya bukan alim ulama atau pakar agama. Bencanakah atau mala petakakah ia, atau pun sebagai ujian dari Allah itu di luar pengetahuan saya dan saya kira kita menerimanya seperti yang ada, iaitu bukti menunjukkan besarnya kuasa Allah dan manusia sedikit pun tiada upaya menghalang
Dalam menghadapi dugaan tersebut pasti ramai yang kehilangan orang yang disayang, hatta hilang orang yang dimusuhi juga. Tetapi saya kira, waktu segetir itu, dalam kesusahan dan keperitan perasaan yang dikongsi bersama, pasti segala remeh perkara yang menjadi isu pertelingkahan dan permusuhan akan lenyap. Pasti.
Perasaan kemanusiaan akan mengatasi segala rasa mazmumah yang bersarang.
Dalam menghadapi dugaan tersebut pasti ramai yang kehilangan orang yang disayang, hatta hilang orang yang dimusuhi juga. Tetapi saya kira, waktu segetir itu, dalam kesusahan dan keperitan perasaan yang dikongsi bersama, pasti segala remeh perkara yang menjadi isu pertelingkahan dan permusuhan akan lenyap. Pasti.
Perasaan kemanusiaan akan mengatasi segala rasa mazmumah yang bersarang.
Dalam keributan dan keadaan kelam kabut menyelamat diri dan nyawa sendiri dan nyawa orang tersayang, segala isu fana yang mungkin pernah menjadi perkara besar yang meruntuhkan nilai kasih sebelum itu, akan tercampak dalam air laut bergelar tsunami tersebut.
Mungkin itu yang hendak diberitahu oleh kejadian.
*semua gambar dicilok dari sini
*kita belajar dari insan lain kerana mereka juga belajar dari kita...
~cikgunormah@klcitizen~
salam buat cikgu...
ReplyDeletesesungguh itulah kekuasaan ALLAH dan bala ALLAH itu amat azab...moga ia jadi peringatan buat diri ini...
terima kasih banyak buat cikgu atas entri ini.
salam cikgu.
ReplyDeleteya memang kita semua akui tentang kehebatan orang jepun.
cuma jepun juga milik Allah.... mungkin semua ini akan menjadi sebab mereka mencari Allah...siapa tahu suatu hari nanti... kerana agama ini bukan milik sesuatu bangsa ia datang untuk memberi rahmat kepada semua bangsa.
semua itu adalah milik Allah swt. Dia berhak ke atas segalanya...sehebat orang Jepun hebat lagi Allah swt
ReplyDeleteSalam tuan,
ReplyDeleteSetuju apabila manusia ditimpa bencana macam ni maka pada ketika itulah mereka menyedari bahawa ada tuhan yang mengatur dunia ini. Dan ada perkara yang manusia tak mampu menghalang atau menghadapinya. Dan yang nyata semua manusia pasti mati.
Mountain Climber
salam akak.
ReplyDeletebegitulah lumrah akhir zaman.
bila alam mula berkata-kata.
sesungguhnya banyak ibrah yang boleh kita ambil dan kita juga perlu bersyukur kerana negara kita masih aman dari bencana.
terima kasih Allah.
teringat tsunami di kedah dan penang dulu. tu pun dah besar rasanya bala dari tuha..
ReplyDeleteInsyaAllah..minta dijauhkan kejadian begini di negara kita..
ReplyDeletesapalah kita bila membelakangkan tuhan..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletetak patut juga bila bercakap soal
dosa,kerana itu adalah kerja Allah
kita patut muhasabah diri kita sendiri
tak gitu cikgu?
@pak long
ReplyDeletesamasama pak long
@abu muaz
ReplyDeleteya betul abu muaz, satu cara yang lain memandang kejadian yang berlaku
@sonata anak kancil
ReplyDeletebetul sonata
@Anonymous
ReplyDeletesesungguhnya semua manusia pasti mati, dan kita sedang menunggu giliran
@Latifah
ReplyDeleteya Latifah, syukur yang tidak terhingga
@Insan Marhaen
ReplyDeletebetul IM
@relevan
ReplyDeleteameen
@Hamizah
ReplyDeletebetul hamizah
baru tadi tengok brita..masyaAllah reaktor ketiga pula meletop..harap2 takdak apa yang berlaku
ReplyDelete