Friday, March 4, 2011

masing-masingkan ada tugas

Sudah petang Jumaat, baru sempat mengadap laptop. Hajat hati hendak mengupdate entri. Namun, idea yang terkumpul waktu tengahari tadi, hilang lenyap, entah kemana.

Joey is the mouth in the class.

There's one in every class along with the complainer, the clown, the goody-goody, the beauty queen, the volunteer of everything, the jock, the intellectual, the momma's boy, the mystic, the sissy, the lover, the critic, the jerk, the religious fanatic who sees sin in everywhere, the brooding one who sits in the back staring at the desk, the happy one, the saint who find good in all creatures.

It's the job of the mouth to ask questions, anything to keep the teacher from the boring lesson.
Teacher Man : Frank Mc Court , pg 24.


Harini nak cuba menterjemah perenggan di atas.


Amirul adalah si mulut murai dalam kelas tersebut.

Boleh dikata, dalam setiap kelas pasti ada si mulut murai, bersama si kaki komplen, si raja lawak,  budak yang terlebih baik, si jelitawan, si sukarelawan, si atlet, si intelek, si anak emak, si budak penuh misteri, si lembut, si kekasih, si pengkritik, si brengsek, si terlebih alim yang segalanya adalah dosa di sekeliling, si khayal yang duduk di belakang kelas asyik merenung mejanya, si ceria sentiasa dan si tawaduk  yang merasa segala makhluk adalah baik.

Dan tugas si mulut murai adalah bertanya, apa sahaja, agar saja cikgu di depan tidak mengajar pelajaran yang membosankan itu.

"Cikgu, cikgu nampak cantik hari ini...." si mulut murai bersuara, sebaik lepas selesai membaca doa agar Allah melapangkan dada setiap yang ada dalam kelas ini supaya ilmu yang akan ditimba sebentar nanti mudah melekat dan tersemat di benak fikiran masing-masing.

"Mmmm.... yalah tu. Dah bukak buku..."

"Betullah cikgu."

"Bukak buku!"

Perlahan, ibarat babak drama Indonesia yang diperlahankan, buku diletakkan di atas meja tanpa dibuka.

"Cikgu.... saya dah tahu rumah cikgu kat mana."  Suara si murai lagi.

Saya memandang bukunya yang masih tertutup. Kesian, budak yang kurang kasih sayang, beginilah caranya.. hati saya berkata-kata. Hari Jumaat, kan, eloklah bersangka baik.

"Ya? Awak dah tahu rumah saya? Saya pun dah tahu rumah saya kat mana! Jadi, ...samalah kita.... "

Dia tersengih, saya pun tersengih. Banyak sengih kan sedekah.

"Cikgu, cikgu lawalah bila senyum..."

"La.... terima kasih banyak2. Nasib baik awak beritau! Kalau tak, sampai mati, saya tak tau saya ni lawa. Dah? Boleh kita mula belajar?"

Tugas si mulut murai selesai, tugas saya pun bermula....







* cepatnya masa berlalu.... teringat dulu, semasa darjah enam, saya adalah si kaki lawak dalam kelas! Anda??

~cikgunormah@klcitizen~







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 comments:

  1. salam sis:)

    dulu2..duk lam kelas pendiam jekk
    bila dah jadi guru..berubah lak karektor!uhhh;)

    ReplyDelete
  2. kih3. nakalnya. kalau saya, mesti dah tergelak dgn cakap2 si mulut murai tu.

    ReplyDelete
  3. saya dulu pendiam dalam kelas, tapi bila dah jadi cikgu, budak-budak cakap saya suka buat lawak... entah ya entah tidak, tapi saya suka melayan mereka, dapat me'release'kan stress!

    ReplyDelete
  4. السلم عليكم ورحمة الله

    Saya dulu pendiam dalam kelas dan sekarang sering ke kuliah agama tetap juga pendiam..:)

    ReplyDelete
  5. misi si mulut muarai yang hampir berjaya tapi tewas akhirnya..

    ReplyDelete
  6. haaaa karektor macam ni memang ada di mana-mana kan .. kadangkala buat cikgu jadi rimas .. tapi sesekali menghiburkan juge :)

    oohh saya pun jenis riuh rendah dalam kelas, suka buat kelakar .. time cikgu tak masuk (zaman dulu rasanya takde cikgu releif masuk) saya akan pi depana kelas mengajar hahahaha

    masa time duduk asrama pulak, masa prep malam, saya akan menjelajah dari kelas ke kelas untuk baca doa .. lepas tu balik kelas sendiri, tidur hehe :)

    ReplyDelete
  7. salam..
    ermm..pandainya..
    manisnya mulut anak murid tu..
    tak jadi marah cikgu kalau di puji
    cantik selalu..he he

    ReplyDelete
  8. haha... macam saya masa jadi student dulu je. haha...adeiii

    ReplyDelete
  9. hahaha!
    selalu juga dapat student macam ni...
    but ...yang paling kak Hazel suka ialah...jawapan
    cikgu Normah yang last tuuu!

    Bakat joker tu masih ada...(:

    ReplyDelete
  10. CIKGU NORMAH, saya tak tau nak masuk kategori mana.

    Tapi yang pasti masa zaman sekolah dulu, ada saja cikgu yang nak bawa jarum pi sekolah sebab nak jahit mulut saya!

    Berkongsi Blog dengan Orang Sebelah: Sebuah Pendapat...

    ReplyDelete
  11. saya seorang pendiam..gadis2 dikelas memang malu nak tegur sy..tapi itu dulu, sekarang dah berubah sikit..

    ReplyDelete
  12. @Pn Kartini

    ya tini, manusia sentiasa berubah

    ReplyDelete
  13. @ain fathihah

    ikut hati memang nak tergelak je ain

    ReplyDelete
  14. @cikgu_math

    betul... dalam kelas kita memang jadi lain dan banyak kala dapat melepaskan stress kan

    ReplyDelete
  15. @Abd Razak

    waalaikummussalam

    memang pendiamlah ni sampai bila2 kan razak

    ReplyDelete
  16. @cikgu isza

    ya isza..
    bila dah lama2, senang je nak minta si mulut murai menghabiskan tugasnya

    ReplyDelete
  17. @Izariza

    hahaha iza... memang jenis kelakar juga ya

    ReplyDelete
  18. @zulkbo

    takkan nak marah orang yang puji kita kan...

    ReplyDelete
  19. @hazeleyed lady

    kak hazel... bakat joker sikit2 adalah

    ReplyDelete
  20. @azieazah

    azie ni pun si murai jugaklah kan :)

    ReplyDelete
  21. @faizal

    perubahan yang baiklah tu kan...

    ReplyDelete
  22. patut riuh je kelas 5c taun lepas . hahaha

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.