Tuesday, March 29, 2011

makan gaji buta

"Rasanya saya patut tak payah mengajar awak semua ni, kan..."

Dari 26 orang pelajar, cuma ada 9 orang sahaja berada di dalam kelas. Itu pun setelah menunggu hampir 15 minit di makmal. Perjalanan dari kelas mereka ke makmal tidak lebih dari 5 minit pun bagi perempuan tua macam saya ini. Tetapi tidak bagi mereka ini yang mengambil jalan terpanjang yang boleh dari kelas sambil bertawaf mengelilingi sekolah.

Memang payah menjadi guru yang tidak digeruni pelajar. Ramai mereka ini pun bukannya tidak gerun dengan guru, malah ada yang tidak takut dengan ibu bapa sendiri pun.

"Patutnya kita duduk relax aja, kan, bersembang-sembang, awak pun boleh tidur sebab malam memang tidur lambat kan."

Saya pandang satu-satu wajah mereka. Hanya sembilan orang.... Yang lain, sibuk membuat latihan kawadlah, terlibat dengan kejohanan olahraga di luarlah, ada yang tak datang dan berminggu sudah tak nampak kelibat serta ada juga yang ponteng kelas, menyorok entah balik pokok mana.

Susah nak cakap. Semuanya lelaki, anak-anak bangsa kitalah, saudara seugama pulak tu.

"Ishh...mana boleh cikgu. Kami nak SPM..."

"O ya ke? Nak SPM? Urmmm .... Tak nampak gaya pun macam nak ambik SPM. Masuk kelas lambat, baring masa saya mengajar, bersembang, menyakat kawan masa tengah belajar..... Kalau saya tak mengajar, bolehlah jugak saya dapat makan gaji buta. Awak tak kesian ke, kat saya ? Teringin juga saya nak rasa makan gaji buta tu macamana..."

"Eh mana boleh cikgu. Tak baik makan gaji buta. Hidup tak berkat. Cikgu kena ajar..."

Dalam malas belajar itu pun sempat menasihatkan saya, takut cikgunya hidup tanpa berkat Allah.

Dah puas berdolak dalih, akhirnya buku dikeluarkan dan aktiviti latihan bermula, menjawab soalan- soalan berkaitan pelajaran semalam. Mmmm.... Tapi semangat tidak mahu cikgunya makan gaji buta tak lama hinggap dalam dada.

"Cikgu, kita rehatlah cikgu. Kepala dah macam nak pecah dah ni..."

*ya tak ya... Bergaji butalah jugak

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 comments:

  1. itu membuta namanya. tak di gerun tu tak pe asal hormat. dugaannyalah. kalau saya jadi cikgu tak tahulah sebab tak penyabar. nasib dulu sekolah pompuan, tak adalah teruk beno nakalnya. guru disiplin garang sangat.

    ReplyDelete
  2. BAnyak kena bersabar menjadi guru ni yer..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..:)

    sedih juga kan..
    sesetgh anak2 bangsa kita sebeginilah di mana2 sekolah
    kurang kesedaran di prg awal...:(

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum cikgu,

    Jangan jadi macam cikgu Shaari(P ramlee) pulak :)). Sabar betul ya cikgu dengan karenah pelajar sekolah ni. Tapi nak tergelak pun ada dengan jawapan bebudak sekarang. Ada je akal nak menjawab tuh :). Dalam pada tuh rasa sedih dan terkilan jugak dengan orang-orang kita ini yang tidak fikir masa depan. Kalau ponteng memang ponteng sungguh, selain terlibat dengan gejala yang kurang baik. Menurut sumber yang boleh dipercayai, terdapat pelajar di sekolah cina yan lemah dalam pelajaran, adakalanya mereka ponteng kerana mereka bekerja misalnya sebagai mekanik. Malah ada juga yang sengaja memanjangkan cuti sekolah mereka semata-mata nak bekerja di Singapore. Memanglah mereka ponteng sekolah, tapi sekurang-kurangnya ponteng berduit dan mendapat kemahiran compared to yang ponteng menghabiskan duit dengan membazir masa dan wang selain merosakkan diri dengan ketagih video game, rokok, hidu gam, pil kuda dan dadah.

    ReplyDelete
  5. hari ni tunggu dekat 1/2 jam..hampir separuh mengambil kesempatan ke atas keadaan sekolah yang dipaksa menjadi tuan rumah bg acara yang besar


    bila mengajar, tak semua nak dengar..last² saya stop..diam di meja..diorg pun sama diam, tahu cikgunya marah..hehe

    ReplyDelete
  6. macam2 ragam budak sekolah menengah ni ye..yang sekolah rendah pun banyak ragam tapi masih dengar cakap...

    ReplyDelete
  7. @Adzriel AB

    Tak reti nak marah ....payah juga

    ReplyDelete
  8. @relevan

    Ya relevan.... Kalau x banyak sabar boleh sakit jiwa dibuatnya

    ReplyDelete
  9. @Pn Kartini

    Tulah tini, banyak yang sama disekolah harian kan...

    ReplyDelete
  10. @FairyLilly

    Sabar tak sabar juga... Tapi alah bisa tegal biasa

    ReplyDelete
  11. @n@m@n

    Yalah naman bila dah marah baik diam je lah

    ReplyDelete
  12. @rahayu

    Yalah ayu... Budak kecik lain pulak perangainya kan

    ReplyDelete
  13. Guru mesti tahu bagaimana untuk menyelami hati murid.Mungkin antara sebab Kementerian Pelajaran di tukar kepada Kementerian Pendidikan..masih ada kewajaran.

    ReplyDelete
  14. Kakak saya juga cikgu, sekolah rendah. Dia juga ada cerita macam-macam. Sekolah rendah lain, menengah lain kan. Tak boleh ke denda budak-budak ni, sebab lambat masuk kelas, cikgu? Dulu saya takut dengan cikgu Fizik, garang sangat. Nak pergi lab kena berlari, takut lambat.

    ReplyDelete
  15. salam....
    sek men selalu macam tu kan....cam kita ni sek rendah jarang la jadik cam tu...
    apapun sabaq dengan kerenah cam tu...

    ReplyDelete
  16. Assalam..

    Cabaran guru hari ini lebih kuat..anak murid makin pandai menjawab.

    ReplyDelete
  17. tak macam IM dulu. hormat pada cikgu yang baik...

    ReplyDelete
  18. naper pelajar kita tak macam pelajar zaman zaman 60an,70an dan 80an dulu ..???


    sedih nyer

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum...

    Cabaran di zaman muthair ni memang payah, ibarat berjalan di atas jalan yang penuh dengan duri

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.