Tuesday, March 15, 2011

botol buruk second hand

Semua orang suka mendengar dan menonton cerita lawak. Saya tidak terkecuali.

Rupanya ada juga tutorial untuk membuat cerita lawak yang baik. Baru saya tahu. Bila hendak menulis cerita lawak, jenaka atau lawak tidak bermula di awal, tetapi ia perlu diperlihatkan di akhir cerita. Itu kata saudara Rahman Shaari dalam artikelnya Jenaka cerminan kecerdikan masyarakat.

Ada dua contoh cerita jenaka yang saya ingin kongsikan dari artikel tersebut:

Seorang gadis bernama Jamilah memulangkan cincin pertunangan kepada lelaki yang bernama Borhan. Kata gadis itu, “Aku tidak lagi mencintaimu. Aku akan bertunang dengan pemuda lain bulan depan.”

Borhan menerima cincin daripada Jamilah, dan bertanya, “Boleh bagi alamat atau nombor telefon bakal tunang awak tu?”

Jamilah bertanya balas, “Engkau nak buat apa dengan alamat bakal tunang aku?” Borhan berkata, “Aku nak jual cincin ni kepada dia, second hand, separuh harga.” Jamilah menggaru kepala

Mesej yang hendak ditekan di sini ialah istilah second hand yang punya maksud yang mendalam dalam sebuah hubungan dan digambarkan melalui cincin tunang tersebut. Menarik bagi saya!

Maksud tersirat dalam mencuit hati.

Satu lagi contoh :

Seorang lelaki berjumpa dengan botol buruk. Dia mengambil botol itu. Tiba-tiba keluar asap, dan asap itu menjadi Jin. Kata Jin, “Hai manusia, kau telah mengganggu aku sedang tidur.”

Lelaki itu teringatkan cerita lampu ajaib. Jin yang keluar dari lampu ajaib boleh memberikan pertolongan kepada manusia. Tentu Jin ini pun sama. Maka kata lelaki itu, “Hai Jin, bolehkah engkau berikan aku rumah batu yang besar dan mewah? Aku ini orang miskin yang sudah bosan dengan kemiskinanku.”

Jin itu menjawab, “Hai manusia. Kau tak ada akalkah? Jika aku boleh memberikan kau rumah mewah, tentulah aku tidak tinggal di dalam botol buruk tu.”

Jenaka yang biasa, tetapi membawa maksud tiada kejayaan tanpa usaha. Sedangkan lumrah dalam hidup kita seharian, selalu kita terdorong untuk membuat sesuatu yang tidak bijak bagi meraih kejayaan pantas.

Bukan semua orang bijak menulis atau membuat lawak jenaka. Tetapi berlebihan dalam berlawak dan bergelak tawa juga tidak digalakkan, kan.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. as-salam...

    betul tu cikgu, lawak di 'ending' cerita mmg berkesan. hehehe...

    ReplyDelete
  2. kalau cikgu tak hurai, IM ingat lawak biasa je...

    ReplyDelete
  3. salam cikgu
    lawak yang baik ada maksud tersirat, bukat sekadar buat orang ketawa

    ReplyDelete
  4. @kakpah

    betul kak pah.
    kak pah antara orang yang bijak menulis citer lawak, kan. saya suka.

    ReplyDelete
  5. @Insan Marhaen

    sebab saya baca srtikel tu, dia tulis lagu tu

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.