Dalam berat hati dan badan meninggalkan tempat tidur, bangun juga kerana mimpi yang lewat mendatangi adalah mimpi ngeri yang menakutkan. Nasib baik..! Takut terleka dalam dunia mimpi, matahari sudah tinggi melangit masih sedap berdengkur pula.
Cinta dan Airmata.
Setiap dari kita inginkan hubungan yang kekal, walau pun dalam hati dan fikiran, kita tahu tiada apa yang kekal di dunia ini. Apatah lagi cinta dan kasih antara dua insan yang berbeza rasa, cara didikan dan pengalaman awal dalam hidupnya.
Bagi memeterai janji dan cinta yang bersemi itulah, perkahwinan adalah satu-satunya cara bagi kita memastikan ia kekal dan utuh. Hanya ajal sahaja yang kita harap dapat memisahkan kita, itu pun kita sudah berjanji dengan pasangan masing-masing untuk menunggu di pintu syurga (atau pintu neraka? nauzubillah).
Tetapi seperti yang terhebah baru ini...
Amat mengejutkan apabila kadar perceraian di kalangan pasangan suami isteri Islam di negara ini berlaku dalam tempoh setiap 15 minit. Begitulah kalau berdasarkan statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2009 kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim. ~ sumber
Sangat menyedihkan.
According to research, those in arranged marriages -- or who have had their partner chosen for them by a parent or matchmaker -- tend to feel more in love as time grows, whereas those in "regular" marriages feel less love over time.
Thus, arranged marriages tend to last longer than marriages of passion, the research concluded.
The study was conducted by Harvard University no less, and the results arrived at after extensive interviews and observations over eight years, across many cultural groups.
Read more: Love or arranged, make it last
Berjayanya perkahwinan bukan ditentukan oleh betapa besar dan hebatnya majlis yang dilangsungkan pada hari perkahwinan itu. Banyak contoh yang boleh kita lihat dan kita belajar. Perkahwinan juga tetap teguh bukan atas banyak mana kemesraan yang ditunjukkan di hadapan orang lain, kerana berapa ramai pasangan ideal di mata yang kita lihat, namun teras perkahwinannya runtuh diiring rasa terkejut kita.
Generasi terdahulu dari saya punya rekod yang baik mengekalkan status perkahwinan masing-masing. Walau sehebat mana duka yang terbendung dalam perkahwinan, demi anak-anak, ramai yang mengorbankan hati dan perasaan tidak kira si suami atau isteri tersebut. Kerana saya kira, waktu itu perkahwinan adalah institusi yang begitu murni dan wajib dipelihara oleh setiap pasangan.
Namun generasi Y kini yang saban hari disogok dengan idealisma cinta yang tidak berpijak di bumi nyata seolah hilang arah dan asyik mengejar cinta sejati.
But now, trivialities such as boring pyjamas and the spouse smelling of keropok is as good a reason as any to split.
Going by statistics, it appears that Generation Y, especially, has lost the will to make marriages work -- or no longer sees the need to try.
They adopt an unrealistic, Western-style conceptualisation of love strongly influenced by the media and focus too much on the romantic aspect of love. Sappy love stories like Titanic, Avatar and Wall-E do not help.
The moment a marriage becomes challenging, they become disillusioned, frustrated and give up, say relationship experts and Oprah
Read more: Love or arranged, make it last
Tidak ada, tidak ada dan tidak ada perkahwinan yang seindah cerita cinta puteri kayangan dan putera kayangan. Sedangkan perkahwinan Baginda Rasulullah sendiri teruji dengan kerenah isteri-isteri dan fitnah, apatah lagi perkahwinan insan-insan seperti kita.
Bertahan. Cubalah. Tika perkahwinan sedang dipukul ombak besar, pegang kuat pada tali yang menyatukan kita. Allah sesekali tidak membiarkan mereka yang sabar.
Buat sahabat dan saudara yang sedang diuji dengan ujian getir ini, doa saya bersama kalian.
*bagi bekas anak murid yang baru berjumpa cinta, ingatlah, cinta romeo dan juliet tetap berakhir dengan air mata, tetapi cinta Rasulullah pada Khadijah tidak pernah surut hingga akhir zaman kini.
~cikgunormah@klcitizen~
salam..
ReplyDeletenilai perkahwinan perlu di fahami sebelum bernikah dan perlu selari dengan islam baik cara hidup jua..kalau tidak,saya pasti goyah..selebihnya takdir Allah jua..kita perlu melihat institusi perkahwinan ini sesuatu yang suci dan murni baru keluarga bahagia,maksiat di jauhi..wallahualam.
Sebuah coretan isi hati yang bermakna bagi panduan mereka yang belum melayari kehidupan berumah tangga.. terima kasih atas penulisan yang menarik.
ReplyDelete*bagi bekas anak murid yang baru berjumpa cinta, ingatlah, cinta romeo dan juliet tetap berakhir dengan air mata, tetapi cinta Rasulullah pada Khadijah tidak pernah surut hingga akhir zaman kini.
ReplyDeleteTerima kasih cikgu, semoga berakhirnya dengan airmata adalah apabila ajal yang memisahkan. Saya doakan cikgu sentiasa bahagia dalam kehidupan bersama keluarga :)
salam
ReplyDeletesatu coretan hati yang cukup baik...
kira terlalu dimomokkan dengan cinta ala barat sehinggakab realiti sebenar cinta/ perkahwinan hanya akan nampak bila dah kahwin...
sedihnya bila membaca wedding of the year yg penuh gah hanya bahagia tak sampai sebulan pun. rapuh benar kesabaran mereka... berlandaskan cinta kononnya tetapi melatah di awal rencah rumahtangga. ke mana pergi janji jodoh hingga ke akhir hayat.
ReplyDelete@Adzriel AB
ReplyDeleteitulah adzriel.
hidup terperangakap dalam fantasi, bila berpijak atas realiti, segalanya jadi hambar dan tidak kena kan
@faizal
ReplyDeleteya, faizal, perkahwinan adalah medan sebenarnya yang menguji kesabaran dan rasa syukur kita
@Rara
ReplyDeleteameen untuk doa rara
saya juga mendoakan kebahagiaan buat rara
@Zuwairi Aiman
ReplyDeletesamasama kasih
coretan lebih kepada peringatan buat diri sendiri
@zulkbo
ReplyDeletemelihat dan mengalami sendiri alam perkahwinan dua dunia yang berbeza, kan zulkbo.
yang penting ketahanan
saya setuju dengan Normah...kita harus bertahan selagi termampu. Tapi dalam pada itu jangan kita lupa walaupun penceraian itu dibenci Allah, ianya suatu yang dihalalkan KERANA ALLAH sedar sifat manusia yang tidak sempurna.
ReplyDeleteSaya hanya menyokong penceraian bila mana isteri2 menjadi mangsa penderaan.Just like me.Jangan terlalu berkorban hingga hidup memakan diri.
Perceraian berlaku bila mana salah satu pihak gagal memahami dan menjalankan tanggungjawab baik sebagai isteri mahupun suami.Rasa tidak puas hati akan lama2 memakan diri.
Dalam satu perkahwinan kita harus saling bertolak ansur, saling menyayangi, saling memahami dan paling penting kita harus saling menghargai.It takes two to tango. Jika hanya sebelah pihak yang berusaha mempertahankan sebuah perkahwinan, sedangkan di satu pihak lagi hanya tahu mengambil kesempatan,sebuah perkahwinan akan menjadi tidak seimbang.Lama kelamaan ianya akan menjadi goyah.
Saya setuju sangat2...bertahanlah selagi terdaya, demi anak2.In my case...saya sudah cukup lama bertahan.