Friday, July 23, 2010

rupanya

Rupanya....
asyik dok sibuk melihat tingkah anak murid yang tidak kena di mata, laku saya juga tidak kena . Ibarat dijentik telinga apabila membaca buat blog dapat dosa. Ini berkait dengan email yang diterima oleh Mr. K. 

Bilakah saya membuat dosa tanpa saya sedar dalam blog saya yang tidak punya header ini?
"Ia adalah apabila tontonan kita itu dikongsikan kepada orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada di ketika bercerita berkenaannya, mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOK sebagai filem (movies) yang diminati, drama TV disukai, buku didambai, muzik dikagumi dan sebagainya.

Bagi saya, tindakan mengisi ruang itu dengan sebarang filem yang majoritinya mendedahkan aurat dan bercampur baur pengajarannya adalah sama seperti mempromosikannya, memberikan iklan percuma kepadanya, memaklumkan keredhaan kita terhadapnya." - promosi maksiat dan buka aib sendiri- ust zaharuddin

Ha... banyak juga entri saya yang mempromosi hedonisme barat ini melalui lawatan saya ke panggung wayang.

"Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telah atau pernah dilakukan adalah SENYAP DAN SEMBUNYIKAN. Ia bukan hipokrit ! tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat. Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelaku dosa hanyalah menyembunyikan dosanya." promosi maksiat dan buka aib sendiri- ust zaharuddin

Ha... kan dah kena sebijik tu. Padan muka saya pun. Okay, saya cuba untuk memadam entri saya tersebut dan tidak menambah entri baru tentang wayang atau yang sewaktu dengannya. Mungkin cuti hujung minggu bila ada masa, entri-entri tersebut akan dipadamkan.



Rupanya juga...
kalau hendak menjual secara online, anda mesti mendaftar perniagaan anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Kalau tidak anda boleh didakwa.

400 unregistered online biz charged

Boleh cuba mendapat maklumat di sini.
Kalau hendak mengetahui tips mendaftar, boleh klik di sini.
"Sekarang, syarikat dan perniagaan sekarang boleh didaftarkan dari rumah. Saya akui, saya rasa teruja dengan kelebihan yang ada pada E-Lodgement. Ia adalah perkhidmatan online yang disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memang penyelesaian terbaik kerana dapat menjimatkan masa dan urusan pendaftaran perniagaan hanya mengambil sekitar 30 minit hingga ke 1 jam sahaja hanya dari rumah." irwandahnil
*Seeloknya kita cubalah berubah menjadi lebih baik dari semalam, sedaya kita*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 comments:

  1. Salam :)

    Ya, semoga 'blogging' dapat berkongsi ilmu yang baik-baik dan menambaik ilmu yang ada...

    ReplyDelete
  2. Hehe...insyaAllah boleh jadi ikhtibar kpd ramai org termasuk saya...Pasni kena banyak promote blog ilmu la pula nampaknya saya ni..Takpew...untuk saham akhirat~hehe
    Post baru:Jadi Bos.Mau?

    ReplyDelete
  3. Rupa-rupanya dalam keseronokan menulis blog, tak perasan kita melakukan dosa yang tersembunyi. Kena berhati-hati dengan apa yang kita pamerkan di blog selepas ini.

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Alhamdulillah, dapat pengajaran dari apa yang cikgu kemukakan kali ni. Pasni saya pun kena berhati-hati jangan adanya melakukan dosa hingga ada orang merasa hati dengan apa yang saya tulis.

    ReplyDelete
  5. salam, kadang2 kita tidak sedar..
    mesti terus berhati2..

    ReplyDelete
  6. dari memilih nama blog lagi dah boleh buat dosa, katalah nama blog kita "Artis Sensasi" dah tentu isinya pun penuh dengan sensasi dan gosip-gosip panas yang tak lepas dari dosa.

    Jadi bagi yang tengak mencari-cari domain untuk blognya, hati-hati. Blog anda bukan saja boleh buat duit tapi boleh buat dosa dan boleh buat pahala...

    ReplyDelete
  7. kdg2 kita x sedar...bhati2 lain kali

    ReplyDelete
  8. salam cikgu,

    dah lebih 3 tahun tak menjejakkan kaki ke cinema (sebelum tu pun bukan sering sgt). tak tau pun nak citer apa kat blog..hehe! bab masak ngan menjahit tau la kot :DDD

    ReplyDelete
  9. ops.. rupa-rupanya banyak betul 'rupanya' dalam ber-blogging ni ye..

    ReplyDelete
  10. Salam cikgu..tu lah rupanya..ada banyak benda yang kita tidak tau..dan juga ada benda yang kita baru tau..bila sudah tau ..jangan pula buat buat tak tau..

    ReplyDelete
  11. salam cik gu..rasanya ari ni..pun akak dah menambah dosa..akibat tidak dapat mengawal perasaan..setelah sekian lama boleh...ari ni..tah kenapa kantoi..

    ReplyDelete
  12. Yang penting niat kita mesti baik. Kalau nak buat dosa, ada banyak sangat kat dalam internet ni. Kuatkan iman...

    ReplyDelete
  13. Salam Cikgu Normah,

    Setelah membaca N3 cikgu ni, baru tersedar banyak rupanya dosa tak sedar yang kita lakukan.

    Nampaknya kena lebih berhati2lah nikan.

    ReplyDelete
  14. saya pun baca jugak tulisan ust.zaharudin tu sejak tu mmg berhati2 wpun payah jugak,sbb dh biasa citer terutama bab tgk wayang. skrg ada jugak posting ttg rancangan tv tp sy fokus pd nilai2 murninya. benda baik,mmg susah sikit nk buat tapi berusaha, demi kebaikan di akhirat.

    ReplyDelete
  15. Salam,

    itulah pasal...kat luar kite dah wat dosa...kat dlm blog pun dah wat dosa....dosa yang kat luar pun belum bertaubat..apetah lagi didalam blog...

    ReplyDelete
  16. @Ros Illiyyuun

    waalaikummussalam

    insyaAllah, akan dicuba

    ReplyDelete
  17. @mamaolala66

    waalaikummussalam

    terima kasih kerana menjadi salah seorang pembaca setia. moga banyak entri yang bertujuan memuhasabah diri saya ini, memberi manafaat utk mamaolala juga

    ReplyDelete
  18. @Lynn Nasir

    cerita yang itu lebih selamat rasanya kan lynn

    ReplyDelete
  19. @donny

    memang akan lebih berhati2

    ReplyDelete
  20. @Abd Razak

    rasanya blog Razak jauh lebih baik dari blog saya

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.