Friday, July 9, 2010

Hati mengecil kerana tidak dilayan

Tidak dilayan semasa menghadiri kenduri kahwin? Pernah mengalami situasi seperti itu? 

Saya kira ramai yang sudah terkena. Kalau kita sebagai tetamu jemputan yang biasa-biasa, tidak terasa sangat. Tetapi kalau kita merupakan ahli rombongan pengantin tidak kira dari belah mana, memang terasa nak marah pun ada. Tersinggung sudah pasti. Kecil hati? Memanglah. 

Perkara tidak melayan tetamu dari pihak sebelah ini acap juga didengar. Saya juga pernah mengalami. Dek sebab lapar sangat dan tidak dipedulikan oleh pihak tuan rumah, buat muka tebal, mencari pinggan dan lauk sendiri. Datang dari jauh, bukanlah hendakkan layanan bagai VIP tetapi paling kurang menjemput makan dan menyediakan tempat untuk tetamu jauh yang datang.

Sibuk, menjadi alasan? Tetamu sendiri yang bernama dan berkepentingan bukan main dilayan, siap bapa pengantin membawa hidangan nasi sendiri untuk Datuk atau Datin kenalannya, tetapi pihak keluarga sebelah yang jelas-jelas memakai warna sedondon dari kayu kain yang sama, tidak dipandang sebelah mata pun kan.

Agaknya orang Melayu sudah tidak tahu membeza adab melayan tetamu secara baik atau tidak. Melayu millenium sekarang membuat kenduri hanya untuk mengaut untung dari tetamu. Tidak semua, saya tahu. Tapi seolah semakin membudaya. Budaya yang mengundang permusuhan dan retak dalam hubungan.

Pernikahan yang patutnya mengeratkan hubungan boleh membawa padah yang parah.

Jika tidak sanggup melayan, buatlah majlis ala kadar sahaja, menjemput ibu bapa pengantin dan pengantinnya sahaja dan jelaskan bahawa keluarga sebelah tak perlulah menyibuk bagai dengan hantaran berdulang-dulang. Kan senang.

Tetiba hari Jumaat ini meluah rasa yang sudah bertahun terpendam....

* untuk jiran sebelah yang akan melangsungkan kenduri kahwain anak perempuan sulungnya, moga majlis berjalan lancar*

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. salam ziarah..sentiasa bersangka baik pd tuan rumah..mungkin benar, dia sibuk dan jika dia tidak sibuk, mungkin dia terlepas pandang...;-)

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Saya pernah juga mengalami perkara yang sama, dijemput oleh saudara sendiri. Setelah bersalam dengan mereka, berdirilah tanpa dipersilakan ke meja sedangkan tetamu lain semuanya dilayan begitu hormat sekali. Pilu rasa di hati. Akhirnya ambil keputusan untuk balik sahaja.

    Setuju dengan statement cikgu, "Melayu millenium sekarang membuat kenduri hanya untuk mengaut untung dari tetamu."

    ReplyDelete
  3. Menghadiri jemputan sepatutnya memberi barokah kepada semua...yang dijemput, dan dijemput. tetapi, kekadang timbul masalah...mungkin tanpa disengajakan.


    Saya pernah menghadiri majlis yang dihadiri Sultan...Sambutan untuk menyambut sultan lebih dari yang diterima pengantin. Tumpuan tetamu pun kepada Sultan....bukan pengantin.



    dari pengant

    ReplyDelete
  4. tak tahu lah..Biasanya tak perna kot..
    Jangan terlalu ambil hati pada 1st impression seseorang tu..perlu kenali dulu dan bila dah kenal baru buat keputusan..hehe

    ReplyDelete
  5. nak taknak pendamkan juga.. maklumlah.. bersaudara melalui ikatan juga akhirnya..

    ReplyDelete
  6. salam cik gu..akak pernah jugak terkena..tanpa..makan kami balik..meninggalkan majlis...

    ReplyDelete
  7. sekali sekala luah..simpan lama² nanti meletup pulak..hehe


    Entri terbaru chekgu

    Kesan Piala Dunia Terhadap Pelajar

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum ^^

    pernah terkena juga dulu. kami buat muka tak malu, serve diri sendiri aje. motivasi nya ialah perut yg lapo..hehe! mak kata, org lain tak sama keluarga kita. jd, try to understand :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah setakat ini belum terkena lagi.... kadang2 kena fikir positif je ler (mungkin tuan rumah sibuk).. walaupun dalam hati panas membara

    ReplyDelete
  10. Wahhhahaha...Tq cikgu atas panduan yg sgt berguna ni.Mmg dari dulu saya dah niat nak sederhana jew...nak berkat,bukan nak menunjuk~

    Latest post:Bahan mentah utk rujukan

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.