Awal dalam alam pekerjaan, saya merupakan pekerja yang penakut. Takutkan boss dan mereka yang hampir dengan boss. Segala yang diarah, patuh. Segala kesusahan kalau ada cuba disembunyikan, sebab takut dipandang tidak cekap menjalankan tugas.
Walau pun ada peraturan atau arahan boss yang kadang kala tidak masuk akal serta menyusahkan, tetap juga cuba dilaksanakan.
Belajar menjadi berani bukannya senang. Berani mengutarakan pendapat dalam mesyuarat tanpa ada sokongan dari orang lain, bukannya mudah. Walau pun ramai yang tidak bersetuju, tetapi takut disenarai pendek sebagai orang yang melawan boss menyebabkan rasa tidak setuju dipendam dan hanya diungkit di luar mesyuarat.
Sekian lama dalam pekerjaan ini, rasa berani itu perlahan-lahan muncul. Dan faktor lama bertugas di tempat yang sama juga membantu.
Saya bukan membantah kerana memang nak bantah. Ada tindakan boss yang memang wajar dilaksana dan kita perlu patuh, Tetapi mungkin pandangannya yang jauh di puncak, kurang memungkinkan boss menyelami masalah anak buah, menyebabkan tindakannya kadang kala di anggap tidak patut. Waktu inilah , kita sebagai pekerja perlu bersuara.
Bersuara juga punya adab. Keegoan boss perlu dijaga. Harga diri dan kuasa yang ada padanya perlu kita hormati. Memberi pendapat mestilah punya alasan yang munasabah dan layak dipertimbangkan. Jika bantahan atau pendapat tidak diterima, jangan simpan dalam hati. Biarkan ia berlalu, jangan diungkit-ungkit di belakang lagi.
Kepuasan bekerja akan datang jika segala yang terbuku dapat dliluah. Tetapi jika tidak dapat, jangan bawa ia ke rumah. Tinggalkan ia di pejabat, sewaktu kita punch kad kita untuk balik ke rumah dan esoknya semasa kita punch kembali kutiplah ia semula jika ia masih di situ.
~cikgunormah@klcitizen~
wah..nasihat yg sgt bagus kpd org yg bakal melangkah ke alam pekerjaan mcm saya.terima kasih~
ReplyDeleteLatest post:Aku malu!!
slm cikgu,
ReplyDeletelain mcm sikit bunyi n3 kali ni :)
sy stuju dgn apa yg cikgu ckp tu. berani kerana benar, takut kerana salah dan perlu tau adab2nya smasa menegur.
yg lebih penting ikhlas, jgn simpan di dalam hati. tak nak terima sudah jika dia mahu dikelilingi para pengampu. hidup perlu bermaruah dan berprinsip!
salam...
ReplyDeletesaya setuju juga dengan en3 ini..tetapi rasanya kedudukan saya lebih mencabar krn hanya saya seorang sahaja melayu bila berada dibilik mesyuarat pastinya sikap racis mereka terpaksa saya hadapi...samada mrk nak terima atau tidak saya tetap berikan pendapat
Pengalaman yang memberi kematangan dan keberanian untuk menyatakan yang benar. Juga memberi keyakinan untuk mengutarakan pendapat. Soal diterima atau tidak, hal lain, yang penting kita dapat mengutarakan idea untuk kesuksesan tugasan.
ReplyDeleteBerkata benar itu penting, jika dikatakan melawan terpulanglah. Rezeki kita bukan di tangan manusia, tetapi Allah yang tentukan.
kadang2 keberanian hilang bila mereka yang menyokong di belakang berpaling tadah.. tinggallah kita terkontang-kanting di perbodohkan semula.. :(
ReplyDeleteSalam cikgu..
ReplyDeleteMoga sihat hendaknya..
Apa yang nak saya cakap erk...takder boss :)
Apa yang penting ikhlas dan sebagai ketua wajar juga mendengar pendapat orang bawah. Yang baik dari mereka perlu diambil kira.
kebanyakan orang suka bercakap di belakang. semasa dalam meeting, tak bersuara. benarlah agaknya mereka takut menyuarakan pendapat....
ReplyDeletesalam cikgu.. terima kasih banyak2 sudi lawat blog saya.. sangat terharu dan hargainya.. moga cikgu terus berjuang ya memartabatkan agama dan deen ini nsyaallah..
ReplyDeletecitiz,
ReplyDeletepada pendapat saja, jika terasa jadi penakut ketika menjalaankan tugas itu, antara sebabny: Kurang pengetahuan, kurang pengetahuan dan kurang keyakinan diri.
Selamaat bertugas: Tak usah takut. Be creative. Much better: Be innovative...
kadang tengok situasi juga - kalau kita kenal seseorang dan tahu tahap mana keterbukaan dia menerima pendapat orang lain - kita boleh suarakan.
ReplyDeletetapi kalau sebaliknya - nanti seperti menyalak bukit...dia buat dono je..:P
seratus peratus setuju dengan entri ini, sedang menghadapi situasi sebegini...
ReplyDeletemakin ditegur makin memuncak ego boss, kita yang menegur juga makin ditekan..
salam ...
ReplyDeletejangan jadi seperti iblish yg enggan sujud kepada adam .... kerana sifat sombongnya
sang iblis berkata "
aku dijadikan dr api, adam dijadikan dr tanah maka aku lebih hebat .......
pangkat bukanlah segalanya ...sesungguhnya, org yg lebih taqwa adalah org yg mulia disisi Allah