Friday, July 16, 2010

lalang

"Kak Normah tau tak?" ... kenapa selalu memula perbualan dengan pertanyaan begini?

"Tak... kalau belum beritahu macamana saya nak tahu?" jawab saya menggeleng.
Dia pun ketawa kecil. Lucu? Waktu itu memang terasa ada sedikit lucu.

"Lepas kak normah bercakap aritu, kan saya pun sokong kak normah. Kan saya cakap tentang masalah saya. cikgu X ada cakap kat saya tentang cikgu Y. Tahu tak cikgu Y cakap apa?"

Soalan yang tak perlu lagi...

"Tak , saya tak tahu," jawab saya.

"Cikgu Y kata... apalah cikgu-cikgu ni, nak komplen....bla bla bla... Cikgu Y tu memang tak faham masalah kita ni kan," kawan saya ini membuat laporan tanpa diminta.

"Cikgu Y cakap macam tu?" hati saya mula dicuit rasa marah.

Tapi sebenarnya, saya tidak mendengar pun Y bercakap apa, dan saya tak tahu pun X bercakap bagaimana dengan rakan saya ini. Maklumat yang disampai secara berperingkat begini, biasanya sudah mengalami perubahan . Mungkin perubahan berlaku dari segi maksud tersurat dan mungkin juga maksud yang tersirat.

Saya boleh membuat kesimpulan negatif yang memungkin ketegangan perhubungan antara Y dan saya. Kekadang saya kira, lebih elok kita mendengar dan berdiam. Agar perkara kecil tidak dipanjangkan.

Entahlah... hati sudah terguris, walau akal menyatakan  logiknya untuk rasa itu tidak menapak. 

Apa pun, biarkan sahaja. Kerana ada cara untuk bersikap profesional. Berbeza pandangan  menunjukkan kita ada fikiran sendiri, dan bukannya sekadar menjadi lalang yang menyemakkan.

*bestnya hari Jumaat*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 comments:

  1. Lalang ditiup kiri hala kiri ..ditiup kanan hala kanan..akar lalang manis rasanya..agak ada yang sanggup proses untuk buat gula..

    ReplyDelete
  2. Kalau musim world cup aritu bolehlah join LALANG FC... hehhehe

    ReplyDelete
  3. citiz,
    proses penyampaian begitu akan menjadikan maklumat mencair.

    (boleh cuba: susun sebaris murid 15 orang. Berikan maklumat kepada murid pertama. Mungkin sebaris ayat mudah mengandungi 10 perkataan, misalnya. Minta murid pertama sampaikan maklumat kpd murid kedua, kemudian murid ke dua sampaikan kpd murid ketiga hingga selesai. Setelah siap bandingkan maklumat yang diterima murid pertama dengan murid terakhir. Biasanya dalam proses itu maklumat akan mencair menjadi berbeza)

    ReplyDelete
  4. saya lebih suka dengar dari mulut org tu sendiri dari dengar dr org lain.

    ReplyDelete
  5. apa yang bestnya hari jumaat?

    ReplyDelete
  6. salam cik gu..agaknya begitu kot cara orang bercakap sekarang..kat opis pun selalu macam tu..nak mula aje..mesti tanya.."akak tau tak" dia cerita pun belum mana la kita nak tau kan..
    cik gu..mendengar orang lain becerita..hati lebih sakit dari dengar sendiri kan..

    ReplyDelete
  7. Cikgu Nor.
    dapat kawan spesis lalang memang menyakitkan jiwa, depan kita cakap laen belakang kita cakap laen..

    ReplyDelete
  8. Salam cikgu,

    Dengar kemudian dapatkan kepastian dari orang yang di tuduh dan buat perbezaannya.

    Lumrah manusia (melayu), suka menyampai2, tokok tambah dan memfitnah.

    ReplyDelete
  9. bestnya hari jumaat harga minyak dah naik.
    jadi padi lagi bagus.... makin tunduk.

    ReplyDelete
  10. menyemak xpe lg, jangan mengganggu sudah

    ReplyDelete
  11. Salam...

    Kalau mundar-mandir tu orang sarawak cakap 'lalu lalang.'

    Bestnya hari Jumaat saya bercuti, tidur secukupnya supaya tidak ngantok waktu khatib baca khutbah.

    ReplyDelete
  12. bestnya sebab esok takde apa² kat sekolah..hehe

    ReplyDelete
  13. @relevan

    pangkal lalang memang manis...
    tapi sikit sangat nak dijadikan gula...

    ReplyDelete
  14. @mantan

    betul mantan...
    jadi sampai menyampai ni tidak validlah juga...

    ReplyDelete
  15. @Mr PenyuBiru

    ya
    tetapi mendengar dari mulut orang itu sendiri kena punya dada yang lebih lapang...

    ReplyDelete
  16. @Mus

    hari jumaat balik awal... best

    ReplyDelete
  17. @abu muaz

    yang itu tak best lah abu muaz...

    ReplyDelete
  18. @Abd Razak

    kalau jumaat cuti.. lagi lah best

    ReplyDelete
  19. salam cikgu..
    jangan jadi lalang yang tercabut akar sudah... lagi haru..

    ReplyDelete
  20. @n@m@n

    best lah naman... saya ada LADAP esok

    ReplyDelete
  21. Saya ada Perjumpaan Ibu bapa Tahun 6 hari Ahad ni... lagi haru. Sabar jelah ye cikgu-cikgu saya - setahun sekali

    ReplyDelete
  22. Elok dgr dr mulut Y tu sdiri..

    ReplyDelete
  23. Menarik post ini, sebab sampai menyampai ni memang biasa berlaku di mana-mana.. yang terbaik, bersifat professional, sebab kita tak tau mana satu yang betul...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.