Sunday, July 11, 2010

Saya pencuri...(2)?

Saya pencuri? Tidak sekali-kali. Masa kecil-kecil dulu di sekolah rendah adalah mencuri duit emak dalam almari, tapi taubat bila tertangkap.  Selepas itu tidak lagi, alhamdulillah.

Rentetan dari entri terdahulu... 'saya pencuri?', ada sambungannya. Saya mengawas peperiksaan bukan di sekolah tempat saya bertugas, tetapi di sekolah lain. Jadi, anak-anak murid tersebut tidak saya kenal. Rupanya, sejak B hilang handphone, habis dicanang pada semua murid Ting 5 di sekolah itu, bahawa Ketua Pengawas Peperiksaan SPM  mencuri handphonenya.

Setelah balik ke rumah, berbincang dengan suami, esoknya di hadapan pelajar yang lain sebelum peperiksaan bermula, saya bersumpah menjunjung Quran bahawa saya tidak mencuri apatah lagi dalam bulan Ramadhan. Saya berjumpa dengan guru disiplin sekolah tersebut dan berjumpa Pengetua sekolah tersebut menerang duduk perkara dan cerita sebenar.

Alhamdulillah, Pengetua tersebut faham dan meminta saya tidak tidak mempedulikan tuduhan tersebut. Pelajar-pelajar yang lain ada yang datang meminta maaf, malu dengan tindakan rakan mereka terhadap saya.

Memang, itulah pengalaman yang mematangkan saya dalam membuat tindakan. Pengalaman pertama menjadi Ketua Pengawas Peperiksaan SPM di sebuah sekolah di Kuala Lumpur dan dituduh mencuri handphone pelajar.

Sekarang ini, bila menjadi Ketua Pengawas kurang sedikit perasaan kesihan pada pelajar, terutama bab handphone lah. Itu perkara pertama yang saya akan beritahu. Memanglah kekadang ibu bapa sendiri berpesan pada anak supaya membawa handphone, terutama bila menghadapi peperiksaan SPM, takut ada hal yang urgent dari si anak. Tetapi semua handphone tetap tidak boleh dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan....

Moral of the story:
- kita sentiasa belajar dari hidup untuk menjadi lebih baik dari semalam.


~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. owh...great... =)selamat semuanya~

    ReplyDelete
  2. pengajaran yg sangat baik buat cikgu...sentiasa berhati2.alhamdulillah semua ok..

    ReplyDelete
  3. macamanalah agaknya keputusan pelajar tu?
    adakah dia turut sama datang meminta maaf?

    ReplyDelete
  4. Salam...

    erm..bebudak skrg mmg xtau nak hormat guru...
    x kira la bkn guru dr skolah mereka pun,tetap kena hormat kan...tp sya rase punca semua ni ustad tu la...msti la bdk2 tu pcaya kata2 seorang ustad kan...

    ReplyDelete
  5. Salam...

    Tindakan yang betul, cikgu

    ReplyDelete
  6. anak sy darjah 5 pun dah sibuk2 mintak henpon hehe

    ReplyDelete
  7. Beraninya murid tu buat tuduhan!

    Ada juga ibu bapa yang marah2 apabila cikgu membuat sport check dan mengambil HP anak-anak ini, walaupun larangannya membawa ke sekolah sudah jelas. Bila hilang, cikgu juga yang kena selesaikan masalah di klgn pelajar.

    ReplyDelete
  8. takut pulak saya nk jdi cikgu..hohohoho

    ReplyDelete
  9. alkisah, pada satu hari, tiba-tiba hati cikgu pula yang kena curi...

    ReplyDelete
  10. alahai...
    cikgu pun kene sumpah quran juge yer ..
    sib baik dapat d terime,
    klu tidak jadi kes polis plak ..

    apepun ..
    ade tips baik utk SPM thn ni tk ..

    ReplyDelete
  11. ok..kena ingat jgn bg hp kat anak..hehe! (3 ketui dh rosak sbb dijilat/hisap..tu perangai masih baby tu, tatau la bila dh beso nnti..kehkehkeh)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.