nst |
Malaysia bukanlah negara yang selamat seperti 20 tahun lepas. Kita tahu tetapi kita masih tidak belajar dari kisah orang lain. Apa yang telah dan sedang berlaku pada sesatunya negara yang tercinta ini?
Kajian menunjukkan kualiti kehidupan di Malaysia dalam sela masa 12 tahun (1999-2002) meningkat dalam banyak aspek seperti pendidikan, persekitaran kerja, pendapatan dan pengagihan serta 7 aspek yang lain (rujuk) tetapi aspek keselamatan menurun.
Sebenarnya, tanpa kajian ini pun, kita sebagai rakyat biasa bisa menelah aspek keselamatan yang semakin membimbangkan ini. Cumanya, kajian ini mengesahkan bahawa telahan kita itu memang berada di landasan yang betul dan bukan sekadar takut dengan bayang-bayang sendiri sahaja.
Ramai juga beranggapan bahawa jenayah yang berlaku di sekeliling banyak melibatkan pendatang asing. Memang ada, tetapi pengalaman sendiri dan rakan sekeliling serta pembacaan menunjukkan banyak jenayah dilakukan oleh rakyat Malaysia sendiri.
On a per capita basis, foreigners on average commit about 3.8 crimes per 1000 foreign population, whereas Malaysians committed 5.3 per 1000 population. This goes to show that on a per 1000 basis Malaysians commit more crime than foreigners.- jurnal
Pengangguran, penagihan dadah dan gaji kecil didapati menjadi salah satu faktor penyumbang kepada kadar jenayah, terutama jenayah ragut dan pecah rumah. Sekadar menyatakan bahawa penjenayah punya iman yang tipis dan tidak memikir tentang pahala dan dosa memang tidak perlu. Menghabiskan air liur sahaja.
Tanggungjawab kita apa ya? Saya bukan menyentuh tentang jenayah kolar putih atau jenayah siber yang juga menggusarkan hati, tetapi jenayah kecilan di luar, sehinggakan duduk dalam kereta yang berkunci di traffic light atau bersenang lenang di rumah sendiri juga sudah tidak selamat.
Sesuatu yang segera perlu dilakukan oleh kita dan pihak bertanggungjawab. Negara yang akan kita wariskan pada anak-anak kita nanti janganlah jadi negara yang sakit serba serbi. Kasihan mereka, anak-anak kita yang terpaksa menguruskan tanah sakit dengan hutang yang bertimbun.
Langkah pertama saya kira ialah sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga. Janganlah alpa walau pun kita manusia yang memang sentiasa lupa. Setiap kita punya peranan masing-masing, menegur dan bertindak terutama pada generasi muda kita.
Pendidikan dan jati diri juga perlu diterapkan seawal mungkin dalam diri anak-anak. Sistem pendidikan negara perlu di kemaskini dengan elemen jati diri yang lebih jitu. Aspek penilaian berteraskan peperiksaan dan rating A yang keterlaluan perlu dilihat semula, kerana saya kira ia menyisipkan elemen ke'aku'an yang melampau dan mewujudkan manusia yang mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan susah insan lain.
Ah... sudahlah cikgu. entri berat ini memenatkan kepala saya sendiri.
*berehat di rumah seharian, mendapat cuti sakit, kerana badan memang sakit dan hidung yang memerah sentiasa*
~cikgunormah@klcitizen~

salam..cikgu kurang sihat?? amalkan pengambilan habbatus sauda ya..
ReplyDeleteoh sms tu memang mendebarkan, mujurlah sudah selamat semuanya..
ReplyDeletedari zmn saya sekolah tahun 80an 90an mmg sudah banyak kisah jenayah, cikgu saya sdiri dibunuh oleh anak sedaranya seorang penagih dadah kerana mau kan wang.sedih sangat,beliau ditetak ketika sembahyang!
salam,
ReplyDeletesemoga cepat sembuh ye cikgu. dugaan tu..tanda Allah swt sayang dan ingat :)
entri berat tp penuh peringatan & pengisian. takpe, tetap ada yg baca sampai habis..hehe! negara kita masih selamat dr dibedil bom zionis, syukran alhamdulillah..setakat kena kidnap tu, patutnya boleh dielakkan :(
dah makan panadol? :)
ReplyDeleteSalam :)
ReplyDelete..syafaakillah..Ameen.
a kl citizen,
ReplyDeletememang menakutkan sekarang ni. Dok dalam rumah pun, belum tentu selamat. Kena kunci pintu, anak-anak pun nak bagi keluar main pun takut. Tak macam dulu.
Btw, tulisan cikgu kagumkan saya.