Saturday, July 10, 2010

Perkara dah basi

Saya terfikir....
Pendidikan Agama Islam diajar di sekolah sejak dari Darjah 1 hinggalah Ting 5.
Malangnya ramai dari kita dan anak-anak kita yang Muslim tidak mengerjakan solat, tidak pernah bersolat, dan ada yang tidak tahu bersolat.

Di mana pincangnya? Sewajarnya kajian secara analitikal dan komprehensif dilakukan untuk mengenal pasti masalah yang sangat meruncing ini.

*dok terdengar keluhan seorang pelajar perempuan kepada rakannya yang beliau tidak pernah bersolat, kerana bapanya sama sahaja seperti dia. Cuma ibunya sahaja yang beliau lihat pernah bersolat.*

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. sekadar boleh bersuara. tapi sampai kemana akhirnya suara ini yang dulu-dulu pun pernah disuarakan?

    ReplyDelete
  2. perkara wajib yang diabaikan.. :(

    ReplyDelete
  3. tak terasa kemanisan solat..... kerana sistem pendidikan kita tak mengajar itu semua.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum cikgu,

    kita wajib tegur kan? kalau saya, sure saya libas ngan pelepah kelapa punya :DDD ~ajaran arwah atok kpd mak dan adik-beradiknya..huhu ^^

    ReplyDelete
  5. Salam cikgu,
    itulah tanda2 dunia akhir zaman. Tapi masih ramai lagi yg belum sedar

    ReplyDelete
  6. Salam...

    Kita sebagai seorang muslim hanya mampu memberi nasihat dan tunjuk ajar. Hidayah itu datangnya dari Allah SWT dan ianya milikNya. Lihat saja contohnya bapa saudara Rasulullah s.a.w.

    ReplyDelete
  7. mendirikan solatla yg membezakan kite dgn puak kafirun . klu kite tk bersolat, meaning kite same dgn mereka ...
    mase berlalu dgn tanpa perlu memikirkan atau membuat apa yg d wajibkan

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Normah :)

    Sebagai guru B.Arab a.k.a guru agama, inilah jawapannya:

    "Tiada/kurang kerjasama ibubapa/penjaga di rumah"

    Kenapa saya berkata sedemikian?

    Setiap tahun kami mengadakan Kem Solat kepada semua murid dari Tahun 1-6. Kami lakukan juga di luar waktu p/p (dtg lebih awal sejam ke sekolah/Sabtu) demi membimbing murid2 supaya boleh bersolat. Hasilnya ramai yang tidak bersolat kerana ibubapa tidak bersolat atau ibubapa yang tidak menitikberatkan solat.

    Begitu juga dengan mengaji. Ramai murid yang hanya mengaji di sekolah sahaja (1x / 2x seminggu). Apabila tiba cuti sekolah mereka tidak mengaji lagi. Buka sekolah, yg Iqra'2 turun ke Iqra' 1, Iqra' 3 terpaksa mengulang Iqra' 2...

    Hasilnya...murid yang tidak beersolat itulah juga murid yang tidak tahu membaca al-Qur'an.
    Tanpa kerjasama ibubapa usaha ini sukar untuk berjaya.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.