Rebranding atau penjenamaan semula muslim menjadi Mukmin Profesional. Saya suka sekali. Ini idea yang dilontarkan oleh Ustaz Pahrol dalam sembang motivasi di Ikim baru-baru ini.
Sekian lama muslim atau umat Islam cuba disinonimkan dengan istilah militan, malas, kemunduran, pecah belah dan sebagainya yang negatif. Memang susah menafikan, kerana saban waktu itu yang kita dapat saksikan di sekeliling. Tidak perlulah menjenguk ke luar negara, di dalam negara kita pun banyak juga.
Tetapi sekadar menukar nama sahaja tanpa perubahan seluruhnya memang tidak berguna sesen pun. Ibarat menukar papan tanda kedai, tetapi servis dan kualiti barangan masih di takuk lama, memang sengajalah mencipta kebodohan tersendiri.
Antara cara menjenama semula ialah menukar sikap. Menjadi baik dan cerdik.
Bukankah, amanah dan bijaksana adalah antara sifat Rasulullah?
Baik sahaja tetapi tidak cerdik, kita memang akan ditipu,
cerdik sahaja tetapi tidak baik kita akan menjadi penipu,
kalau kita baik dan cerdik, kita tidak akan menipu dan tidak akan tertipu.
Bukankah, amanah dan bijaksana adalah antara sifat Rasulullah?
Marilah kita ubah sikap. Salah satunya.... bagi yang bekerja, tidak kira anda pekerja kerajaan atau swasta ialah beramanah dengan masa.
Malu juga apabila membaca artikel di bawah. Walau pun saya tidak terlibat, kerana tidak punya akaun Facebook, tetapi ada juga sesekali menjengah blog di bilik guru mengguna wifi sekolah, padahal wifi itu bertujuan membolehkan guru mencari sumber bahan bagi pengajaran..... kan dah kantoi!! Okay saya tobat lah tak buat lagi.
InsyaAllah saya akan cuba mengubah sikap. Dan semoga Allah beri kekuatan untuk istiqamah, kerana saya pun ingin menjadi mukmin profesional.... tidak mahu ketinggalan juga.
~cikgunormah@klcitizen~
~cikgunormah@klcitizen~
Salam..
ReplyDeleteSelain kemudahan wifi, kemudahan fotostat mesin, telefon pejabat dan lain-lainnya perlu dijaga dengan baik, jangan sampai disalahgunakan untuk tujuan peribadi..
kesilapan lama biar jadi pengajaran.
ReplyDeletetiba saatnya untuk kita berubah..
berubah jadi yang baik dan cerdik
salam pagi cikgu. penggunaan henfon juga kena dihadkan. jangan masa keje asek tottet..tottet..hantar sms.
ReplyDeletefacebook kat iphone jerr.. volleee
ReplyDeleteMenukar kulit memang mudah, tapi jika isi masih di takuk lama... hmmmmm alangkah malangnya, ya?
ReplyDeletekalau gitu sembang pasal hal bukan kerja pun tak boleh la ye...
ReplyDeletememang susah nak jadi macam khalifah abdul aziz. atau setidaknya macam MB nik aziz. tapi menghampiri ke sifat-sifat seperti itu, mungkin boleh.
boleh sekejap je le. lepas tu tak tahan, buat balik he..he..
t kasih bkongsi maklumat yg sgt bguna.
ReplyDeletenampak mcm biasa tapi sbenarnya byk yg kita dh tbabas...
hidup ini sentiasa memerlukan perubahan untuk menjadi lebih baik..
ReplyDeletehehe..facebook-ing masa bekerja? kan tak amanah tu..hehehe! millat masih tak okay lg ek cikgu? aritu kena banned kat US, dok cari hosting kat tempat lain. dah ok ke tak agaknya tu..
ReplyDeleteAslmkm Cikgu.
ReplyDeleteLama juga rasanya Kak G tak singgah di sini ya. Maaf la, orang senior gitu la, terslow skit, tp Kak G tetap cuba berkunjung juga ... Kak G mmg sering utamakan tetamu Kak G dulu ... pun sp tak cukup masa juger. :)
Hmmm, isu ini menjadi sp wabak yg telah liat sebati dlm diri majoriti ... bila ada segelintir mengingatkan, sudah di'cuikin' pulak!
Semoga kesedaran sejati segera menjadi realiti, amin.
@Abd Razak
ReplyDeleteinsyaAllah sedang mencuba berubah... nasib baik tidak duduk di pejabat berdekatan mesin fotostat atau telefon... bab yang itu terjagalah juga
@kakpah
ReplyDeletebetul sanga kak pah...
itu pun saya kena tengokkan juga...
@Mus
ReplyDeleteitu yang saya inginkan
baik dan cerdik
@en_me
ReplyDeletehenpon cap ayam saya tak lah boleg berfacebook ... alhamdulillah
@azieazah
ReplyDeletetu lah azie..
sedang berusaha mengubah isinya sekali ni
kalau Allah perkenankan dan permudahkan
@Insan Marhaen
ReplyDeletekita cuba je lah IM
masa ingat jangan buat... kalau terlupa nak buat camana
bab bersembang tu lain sikit kut...dengan berFB ni...
@piewahid
ReplyDeletesaya memang kerap juga terbabas ni...
@Thoha
ReplyDeletedah makin tua ni thoha, makin banyak nak diubah
@Lynn Nasir
ReplyDeletetu lah lynn... masalah millat tu..
tapi biasalah benda baik mesti ada halangannya
@DDrfauziah
ReplyDeleteyalah kak G... saya pun sama jugak macam kak G
sama2 mngingati.. jgn sampai x hingat dunia melepak depan pc ye tak.. tp insyaAllah.. tanggungjawab ttp terlaksana..
ReplyDelete