Friday, July 23, 2010

saya ikut perlahan dari belakang

Sesekala bertugas di luar sekolah seronok juga. Menghadiri bengkel memasukkan data bagi tujuan menilai Makmal di sekolah seluruh Kuala Lumpur.

Yang seronoknya, bertemu rakan guru yang sudah bertahun tidak bertemu.

"Dapat Pengetua baru, boleh jadi kurus ya, Hadilah," tegur saya. Rakan saya ini adalah guru yang sangat berdedikasi dalam tugasnya. Hari Ahad pun kerap membuat kelas tambahan bersama murid. Memang tabik spring dengan beliau. Saya setakat mengagumi tetapi hendak menuruti, masih belum mampu lagi rasanya. Entah bila? Tak palah Hadilah, teruskan....saya ikut perlahan dari belakang.

Yang seronoknya juga, bertemu rakan baru, terutama guru-guru muda. Sebahagian dewan penuh dengan guru-guru lelaki dengan laptop masing-masing. Susah sebenarnya hendak berjumpa guru-guru lelaki seramai itu berkumpul. Mentang-mentanglah bengkel tersebut berkenaan dengan data dan berkait dengan penggunaan komputer, kebanyakan sekolah menghantar guru-guru lelaki untuk menangani tanggungjawab memasukkan data makmal sekolah masing-masing.

Kalau hendak dikira, ini antara tambahan kerja perkeranian yang ditambah dalam bidang tugas guru. Dan seperti biasa, budaya kerja di Malaysia, last minute punya perancangan, diberi masa seminggu sahaja untuk memastikan data dihantar lengkap ke pihak yang bertanggungjawab.

Dan seperti biasa juga, konsep paperless hanya impian, data yang dimasukkan perlu juga dicetak untuk diedarkan kepada beberapa unit yang lain disamping dihantar melalui email dan dimuat turun juga dalam disket..... ha....disket?? haiyaa..... 

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. 'paperless tapi masih perlu print'

    bbrp kali juga jumpa kes mcm ni, tatau nk gelar apa. tidak efisyen kan.

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Zaman dah berubah, paperless tapi bila di emailkan, tiada bukti penerimaan sukar untuk menegak kebenaran bila si penerima mengatakan tidak menerimanya...

    ReplyDelete
  3. kalau dh 40an ni, apa2 kerjapun kena ikut pelan2 cikgu. slow & steady. janji bila ddline, siap.
    mna boleh nak compare dgn org2 muda.

    ReplyDelete
  4. cik gu..jangan terkejut,..disket pun kna guna jugak lagi..kat tempat kerja ni..ada lagi pc yang tak boleh masuk pendrive..kena guna disket jugak,,

    ReplyDelete
  5. saya pun ikut perlahan dari belakang.. asyik gear 1 jer..

    ReplyDelete
  6. Salam kakak,

    Semoga segalanya berjalan lancar.

    =)

    ReplyDelete
  7. Selamat malam cikgu :)
    semoga semuanya okay ye...aku ikut kau dari belakang je ni.. hehe

    ReplyDelete
  8. @kakLuna

    itulah
    nak cakap, nanti kena marah pulak.
    senyap2 je la

    ReplyDelete
  9. @Abd Razak

    itulah risiko paperless ni kan

    ReplyDelete
  10. @piewahid

    betullah piewahid
    sokong...
    enjin dah lama, kena slow2

    ReplyDelete
  11. @kak Erna

    ya ke kak erna..
    jenuhlah pulak nak mencari drive A

    ReplyDelete
  12. paperless yang dimaksudkan adalah paper-less iaitu bukan langsung tak ada kertas tapi kurang kertas.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.