Tuesday, July 20, 2010

Boleh buat menantu

"Kenapa asyik mengantuk dalam kelas? Lawak saya tak best ya?"

Memang tak best lah, cikgu Normah, kalau tak, takkan saya mengantuk. ... Itu ayat yang terlintas dalam kepala saya.

Budaknya manis, berkulit cerah. Berpotensi untuk cemerlang dalam pelajaran. Sejak kebelakangan ini sering saya lihat tersengguk di meja menahan mengantuk.  Bila saya buat lawak bodoh dalam kelas, yang lain akan ketawa terbahak-bahak kecil, tapi dia masih  masam menahan kantuknya. Kasihan betul. 

"Minta maaf cikgu"
"Tak... saya tak marah, cuma kenapa? Awak tidur lambat ya?" tanya saya, menunjuk rasa ingin tahu .
"Ya" pendek jawapannya.
"Susah nak tidur ke?" tanya saya lagi macam makcik kiah tukang sibuk  .

Dia mengangguk.
"Kenapa?" tanya lagi situkang sibuk ni  .
"Risaukan emak saya."

Aiik. Anak risaukan si emak. Pertama kali saya mendengar luahan hati seorang anak yang risaukan emaknya.

Rupanya, ibu bapanya sudah berpisah.  Tinggal dia dan adik beradik bersama emak dan neneknya. Cuma emaknya selalu balik lewat dari kerja kerana sibuk dengan tugasan di pejabat. Jadi, beliau risaukan emaknya kalau-kalau balik nanti malam, lapar dan tidak ada siapa yang hendak panaskan lauk atau nasi untuk emaknya. Dan risau juga emaknya kesunyian makan berseorangan.

Boleh buat menantu nih....

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 comments:

  1. fuh..sangat²lah mengharukan...


    mudah²han kekal la begitu sikapnya

    ReplyDelete
  2. salam...anak yg baik hasil dari didikan yg baik..syabas kpd si ibu yg berjaya mendidiknya...

    ReplyDelete
  3. Salam cikgu..

    Sesungguhnya mengasihani anak-anak sewaktu mereka kecil, akan dikembalikan kasihan belas dari anak itu ketika orang tuanya dalam kesusahan..

    Begitu perihatin pelajar itu pada maknya..

    ReplyDelete
  4. sejuk perut ibu.. semoga sikap pada ibunya akan dibalas dengan keputusan yang baik..

    ReplyDelete
  5. salam..

    semoga ibu dia sedar akan kerisauan anak.

    ReplyDelete
  6. salam cikgu
    bukan senang nak jumpa budak zaman sekarang yang pentingkan ibu bapa...sekarang ni dah jadi trend ibu bapa saman anak sebab tak jaga ibu bapa..ada tu anak yang sanggup kurung bapa sendiri dan paksa serah harta..

    ReplyDelete
  7. kesian anak..jadi mangsa..anak yang sayangkan ibunya..harap2 tak berterusan ..

    ReplyDelete
  8. tu antara sikap anak yang diharapkan..
    semoga kekal begitu jadi anak yang bertanggungjawab

    ReplyDelete
  9. lelaki ke perempuan anak murid ni cikgu?

    ReplyDelete
  10. @ZHARIF BADRUL

    alhamdulillah
    masih ada anak soleh

    ReplyDelete
  11. @kak Erna

    ya, harap2 kehidupan mereka dimudahkan

    ReplyDelete
  12. err...kalu saya risaukan pasal anak,bleh buat meanntu gak ke.. hihi

    ReplyDelete
  13. Dah ada yg booking ke? ngeeee

    ReplyDelete
  14. tiada lain yang lebih membahagiakan selain dari anak anak yang soleh dan solehah...

    ReplyDelete
  15. terharu baca. doakan yang terbaik untuk hidup budak tu. i love my mom toooooo.hehehhe

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.