Selesai menonton TV3, siri K.E.S , kisah menyedihkan ......, berada di tempat yang salah pada waktu yang salah.
Kisah 10 tahun lepas, kematian jurutera komputer saudari Noor Suzaily yang menaiki bas untuk melapor diri bertugas di tempat kerja, tetapi sebaliknya berakhir dengan kematian. Kematiannya pula menyayat hati sungguh, dalam keadaan bogel setelah dirogol dan diliwat berulang kali serta dipukul, dengan kecederaan di 44 bahagian tubuhnya oleh pemandu bas yang dinaikinya.
Kisah 10 tahun lepas, kematian jurutera komputer saudari Noor Suzaily yang menaiki bas untuk melapor diri bertugas di tempat kerja, tetapi sebaliknya berakhir dengan kematian. Kematiannya pula menyayat hati sungguh, dalam keadaan bogel setelah dirogol dan diliwat berulang kali serta dipukul, dengan kecederaan di 44 bahagian tubuhnya oleh pemandu bas yang dinaikinya.
Ternampak gambar Noor Suzaily, lantas teringat kisahnya yang tragis dan menyayat hati.
Mendengar ulasan yang dibuat oleh ASP Shaimah bekas pegawai yang menyiasat kes tersebut juga menyentuh perasaan. Katanya, bayangkan kita sebagai ibu, anak bertahun belajar di luar negara dan hidup selamat di sana, tetapi sekembalinya ke negara sendiri, beliau mati di tangan rakyat tempatan yang bernafsu binatang.
ASP Shaimah juga menegaskan bahawa Allahyarham Suzaily adalah wanita yang menjaga ketrampilan yang baik, cumanya beliau berada di tempat yang salah pada waktu yang salah. Ditakdirkan pada waktu tersebut, beliau berada di dalam bas, dan pemandu bas tersebut memang mempunyai niat jahat dengan tidak berhenti mengambil sebarang penumpang yang lain dalam perjalanan bas tersebut.
Si pelaku sudah pun dihukum gantung hingga mati pada Disember 2008 yang lalu.
Banyak-banyaklah kita berdoa untuk keselamatan diri kita dan anak-anak kita. Janganlah ada yang menerima nasib seperti Suzaily dan minta dijauhkan keturunan kita menjadi zalim seperti si pelaku.
Doa saya moga aruah Suzaily ditempatkan bersama orang-orang soleh dan dikurniakan nikmat bahagia berkekalan di akhirat nanti.
* badan masih penat, tugas masih padat ....
~cikgunormah@klcitizen~
Salam Cikgu...
ReplyDeleteSedih mengenang peristiwa sebegini, manusia mengambil alih tugas mengambil nyawa manusia, padahal itu urusan Allah. Telah disebut di dalam al-Quran surah an-nisa : 93, "Dan barang siapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahanam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya."
Itulah Qada dan Qadar ketentuan Allah, tiada siapa boleh mengubahnya. Namun, doa dan usaha kita untuk menghindari peristiwa sebegini perlu sentiasa diusahakan. Semoga Allah tempatkannya di kalangan orang-orang yang berbahagia di sana..amin
salam kak mah..
ReplyDeleteamin..... semoga kita dilindungi AllahSWT
pembunuh dihukum gantung sampai mati boleh diterima oleh masyarakat kita tetapi tidak sipeminum arak yang hukumnya adalah sebatan...
ReplyDeleteramainya binatang bertopengkan manusia sekarang ni..
ReplyDeleteterlalu banyak sekarang ni manusia yang bernafsukan binatang..........yang dikurniakan akal untuk berfikir tetapi hanya menggunakan otak semata-mata.......
ReplyDeleteke manakah hilangnya iman, hati dan perasaan seorang yang bergelar manusia???? sedih.....
itulah kan..dunia sekarang..kat mana tempat yang selamat?
ReplyDeletemoga² doa kita sentiasa dimakbulkan..amin
tugas akhir tahun memang padat
Jenayah..
ReplyDeletemasyarakat berada dalam ketakutan.
Kita yang jadi ibubapa sentiasa bimbang. Boleh jadi naik darah tinggi kita memikirkan tentang keselamatan anak-anak.
Salam Normah
ReplyDeleteMengenangkan kes-kes sebegini membuatkan kita sesak dada.
Benar kata Normah "Banyak-banyaklah kita berdoa untuk keselamatan diri kita dan anak-anak kita. Janganlah ada yang menerima nasib seperti Suzaily dan minta dijauhkan keturunan kita menjadi zalim seperti si pelaku".
zaman dulu...abah saya boleh percaya dan lepaskan kami balik ke kampung berdua,dari k.l ke pahang...ketika tu saya berumur 10 n kakak 12 tahun.tapi zaman sekarang...anak yg sek.men pun,kalau nak kemana2, saya hantarkan walaupun dekat je...keadaan sekrang memang menakutkan!!
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletekita yg masih hidup ni..dan ada anak2, mmg 'sakit perut' kalau fikirkan tentang keselamatan anak2.
semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yg beriman.
Salam,
ReplyDeleteSaya ikuti juga kes ni dulu..memang menyedihkan,rasanya company tu pun dah tutup,org takut nak naik bas tu dah.
Al Fatihah buat beliau..
ReplyDeleteSalam kak Normah..jagalah anak2 kita, adik -adik kita dengan baik.Di mana2 pun tak selamat skrg
ReplyDelete@Abd Razak
ReplyDeletememang sedih kan razak...
manusia yang berlagak tuhan
@atie
ReplyDeleteameen
@Insan Marhaen
ReplyDeleteitulah tempangnya masyarakat kita kan...
@Hamizah
ReplyDeletebetul hamizah... yang sedihnya orang kita juga tu
@izakhairi
ReplyDeletememang sedih iza
@n@m@n
ReplyDeletentahlah naman...
dalam rumah sendiri pun tak tentu selamat
@Werdah
ReplyDeletebetul kak
@hai
ReplyDeletesekarang ni, janganlah cari psal membiarkan anak kita kan hai
@Lynn Nasir
ReplyDeletebetul lynn
@Mankuchai
ReplyDeletetengok tu... sebab seorang yang zalim , ramai yang terlibat hilang kerja dan punca pendapatan kan...
@relevan
ReplyDeletebetul
@imanshah
ReplyDeletekita minta Allah lah yang jaga... diri sendiri pun tak tentu selamat dah kan iman