Ayat dari sebuah filem yang saya tonton sebentar tadi. Ada ramai yang takut menjadi tua, bila mana kulit sudah hilang tegangnya, rambut makin menipis dan uban memenuhi, tenaga juga makin terhakis dari badan. Takut bila tua nanti, terpaksa mengharap kudrat dan menyusahkan insan lain.
Apa yang positifnya menjadi tua ya? Sehingga boleh kita kata ia adalah anugerah dalam hidup?
Pada saya, antaranya ialah ia menjadi peluang mengumpul dan memperbaiki amal. Ya, mungkin, lutut sudah longgar untuk rukuk dan sujud lebih sempurna, tetapi saya kira dan berharap di masa tua, amal saya bertambah baik dan berlebih lagi. Hambatan dunia makin kurang, dan lebih terasa dekatnya kematian, maka jika diizinkan Allah ia menjadi sumber amal yang diterima Allah untuk saya nanti.
Fikiran lebih tenang dan matang. Tindakan lebih terarah dan kematangan hasil dari ketuaan pasti terserlah. Itulah harapan dan doa. Kerana bukan tidak ada insan yang sudah melangkau usia emasnya , masih lagi tidak upaya bertindak secara bijak.
Walau tangan sudah lemah genggamannya nanti dan langkah pun sudah perlahan , masih juga bisa menguruskan diri sendiri tanpa menyusahkan sesiapa. Pasti itu doa setiap kita, tetapi ketentuan hanya Allah yang tahu.
Yang pasti, tidak semua dari kita berpeluang mencapai usia tua. Dan sememangnya ia adalah anugerah.
~cikgunormah@klcitizen~
SALAM,
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS N3 INI. LF SUDAH PUN DI PERINGKAT INI. APA YANG DINYATAKAN, ITULAH REALITINYA. ITULAH JUGA HARAPAN DAN DOA LF.
salam kak normah..
ReplyDeleteTeringat lagu Fuziah Latif..TUA MENGEJAR DI MANA KAU BERADA..
Salam...
ReplyDeleteSyukur atas nikmat yang Allah kurniakan, semuanya mengingatkan kita bahawa kita tidak kekal di dunia ini, tua itu menandakan kita sudah dekat dengan kematian dan perlu muhasabah diri.
Salam :)
ReplyDeleteYang muda juga kena beringat, takut tak sempat mengecapi anugerah tua...
Alhamdulillah pasai masih ingat akan anugerah itu..
ReplyDeletetiap peringkat umur pun anugerah jua
siapalah kita utk menolak anugerah tersebut..
lebih2 lagi anugerah 'emas' ini..
semoga kita sangat menghargai masa yg mendatang ini..
@luahfikiran
ReplyDeletesaya akan menyusul juga
sudah pun berada di ambang ...
@imanshah
ReplyDeletetapi tak semua berpeluang mengecapi usia emas ini
@Abd Razak
ReplyDeletebetul kata razak itu
@Ros Illiyyuun
ReplyDeleteberingat sebelum tak sempat kan
@Lana~Bulu
ReplyDeleteameen