Sunday, October 10, 2010

sewajarnya..

Mati tidak mengenal siapa... Solat adalah kewajipan semua Muslim yang cukup syaratnya. 

Iklan yang sewajarnya ada ditayangkan di saluran TV di Malaysia, dengan versi kita.



updated:

Saya ada juga menonton beberapa video lain tentang iklan mengajak solat ini. Konsep, idea dan tujuan yang sangat murni. Sasaran iklan-iklan tersebut adalah menarik minat golongan muda yang sering mengabaikan solat agar kembali mengerjakan solat, tidak kira dalam keadaan apa pun.

Boleh dikatakan hampir semua iklan dihasilkan oleh Pak Arab. 

Alangkah bagusnya, kalau ada iklan sebegitu rupa di Malaysia. Semua pun tahu iklan memberikan impak yang besar dalam masyarakat, ia boleh menghasilkan trend baru dan ikutan setiap lapisan masyarakat.

Sudah sampai masanya, badan-badan yang berkait dengan usaha dakwah islamiyyah seperti IKIM , YADIM dan gabungan masjid seluruh negara bersama-sama melabur membanyakkan iklan-iklan sebegini tersiar di ruang udara dan iklan di ruang maya kita pula. Tidaklah kita masih bekerja dengan cara serta pendekatan lama dan berulang.

Saya kira, selain menderma untuk membina masjid dan surau, ramai dari kita juga sanggup dan mahu juga menderma untuk kewujudan iklan sebegini rupa. Bayangkan iklan sebegini mengisi tempat di setiap blog yang ada melalui Nuffnang, Advertlets, Mangga Ads dan sebagainya. Saham akhirat kita pasti juga kita dapat.

Memanglah seolah tiada hasil boleh diraih dari iklan seperti ini, tetapi jika ia berjaya (dan saya pasti ia dapat juga memberi kesan positif), bayangkan jemaah yang akan mengerjakan solat di setiap masjid juga bertambah. Sudah pasti, tabungan di masjid juga dapat dipertingkatkan. Itu...pun kalau kita asyik nak berkira soal duitlah kan.... 

Idea saya ini pasti tidak dapat didengar oleh pihak yang berkenaan, tetapi jika ia dapat dipanjangkan melalui pembaca blog ini kepada yang lain, saya pasti satu hari nanti pasti ia akan mencecah ke telinga pihak yang saya maksudkan juga . InsyaAllah.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 comments:

  1. Sentiasa mengingati kematian...
    teman yg paling hampir dengan kita..

    ReplyDelete
  2. SALAM,
    TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN. DARINYA KITA DATANG, KEPADANYA KITA KEMBALI. TETAPI PASTIKAN KITA KEMBALI DENGAN MEMBAWA BEKALAN YANG MENCUKUPI !

    ReplyDelete
  3. iklan ni tak menguntungkan kat Malaysia.
    rugi je ...

    ReplyDelete
  4. kalau siar pun nasibnya akan sama macam iklan raya 1 malaysia dulu....

    ReplyDelete
  5. Salam...

    Boleh dicuba mudah-mudahan ia mendatangkan hasil..

    Taufik dan hidayah datangnya dari Allah, kita hanya boleh berusaha dan berdoa...

    ReplyDelete
  6. Saya pun sangat setuju agar iklan sebegini ditayang kan di setesen2 Tv di negara kita..

    ReplyDelete
  7. Assalaamu`alaikum kak
    ini kunjungan pertama saya ke sini. Minta izin untuk membaca curahan hati akak ye.

    Saya turut bersetuju dengan saranan akak, walaupun kita tahu penonton kalangan remaja tidak akan mengendahkannya, tapi saya rasa mereka akan berubah apabila kerap melihat iklan yang sama di kaca televisyen. Saya percaya sekeras-keras hati manusia itu, ada juga kelembutan didalamnya.

    Salam manis dari saya untuk akak.

    ReplyDelete
  8. @idalara

    ya betul, teman yang selalu kita lupakan

    ReplyDelete
  9. @abu muaz

    keuntungan mungkin bukan dar sudut materialnya saja, tetapi dari segi perkembangan dakwah itu yang kita harap

    ReplyDelete
  10. @Insan Marhaen

    harapna tidaklah begitu, kita berdoa yang positif

    ReplyDelete
  11. @relevan

    harapnya orang2 yang berkenaan juga setuju

    ReplyDelete
  12. @Mama Murai

    salam perkenalan MM
    harapan saya pun seperti MM juga

    ReplyDelete
  13. salam;
    memang benar saya pun de bayangkan hapuskan semua iklan yang berbentuk maksiat , contoh ; hanya kerana nak iklan sampo pun tunjuk betina dedah aurat dan begedik plak tu, getik sungguh, nak iklan minuman pun campur jantan betina berpesta bergaul bebas.
    ni yang didik masyarakat jadi liar cam idup dlm utan tu.
    sepatut nyeer jadi menteri kena ler memahami ini ...
    Sekira iklan mengajak solat, video amal makruf, mengaji quran n diberi slot sesuatu pristiwa silam yg boleh memberi kesan pengajaran n didikan. Agak nye rakyat dan remaja islam lebih terdidik dan terarah.

    ReplyDelete
  14. semoga suara ini didengar..

    ReplyDelete
  15. alangkah indahnya kalau iklan sebegini boleh dipaparkan di mainstream media, pastinya boleh menyumbang kepada pembentukan nilai2 keinsfan dan minat untuk beribadah di kalangan anggota masyarakat

    ReplyDelete
  16. rasa-rasanya sapa la yang sanggup buat iklan macam ni kat malaysia...

    asal iklan je semua nak yang komersial....harap lepas ni ada yang lebih bertanggungjawab

    ReplyDelete
  17. Salam Normah.

    Kakpun rasa memang sewajarnya.

    ReplyDelete
  18. Setuju dengan cadangan tu.
    Cuma dana besar diperlukan untuk pengiklanan terbabit. Kecuali kalau TV atau newspaper sanggup memberi secara percuma.

    ReplyDelete
  19. @Zezebel

    sebenarnya kalau hendak boleh saja,
    badan dakwah di Malaysia ini boleh bergabung mencari dana

    ReplyDelete
  20. @mijie

    badan dakwah kita perlu ambil peranan, JAKIM, Jabatan agama, Yadim, NGO < gabungan masjid seluruh negara, kalau bersatu, sorang sikit... pasti menjadi...

    cuma, mesti ada penggerak yang utama

    ReplyDelete
  21. @musi

    susah nak kata kan...peringkat awal takdelah suruh hapuskan semua iklan tu, tetapi kena ada ruang untuk iklan kesedaran sebegini

    ReplyDelete
  22. @a kl citizen
    ialah kena buat secara berhemah dan beransur2 tak boleh mendadak 180 darjah kan, tolak sikit yg negatif masuk sikit yg positif kan camtu elok jugak.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.