Friday, October 8, 2010

Pening dan keliru

Saya kira ramai yang sudah menonton video dunia akhir zaman 1/2 dan dunia akhir zaman 2/2. Video ini agak panjang dan menuntut sedikit kesabaran jika berminat.



Saya tidaklah berani hendak mengulas panjang tentang video tersebut, kerana dangkalnya ilmu yang saya ada, apatah lagi jika melibatkan isu konspirasi dunia terhadap Islam. Namun begitu saya ingin juga menyentuh sedikit tentang Teori Evolusi yang dikhabarkan kepada kita tentang percanggahannya dengan kefahaman akidah kita.
Bukan saya hendak berhujah, tetapi ada baiknya juga kita meneliti dan mendengar kata ilmuan Islam tentang Teori Evolusi versi Islam dan agak berlainan sedikit dengan video tersebut. Saya petik dari Ustaz Hasrizal dalam artikelnya "Adam-adam sebelum ADAM"
Lihat sahaja buku Akhbar al-Zaman oleh al-Mas’oudi, sebelum memperkatakan tentang Adam dan generasi selepasnya, Al-Mas’oudi meletakkan bab “Penjelasan Tentang Umur Dunia, “Penjelasan Tentang Umat-umat Sebelum Adam”, Penjelasan Tentang “Jin dan Jenis-jenis dan Qabilah Mereka”, “Penjelasan Tentang Bumi Dan Apa Yang Ada Padanya”, “Penjelasan Tentang Laut Yang Meliputi (Al-Bahr al-Muhi?) dan Perkara-perkara Ajaib yang Ada di Dalamnya” dan sebagainya.

Al-Mas’oudi menjelaskan bahawa terdapat 28 umat yang telah dicipta di muka bumi sebelum Adam. Mereka terdiri daripada flora dan fauna serta Ummah yang agak menyerupai Bani Adam. Umat ini bercampur dan berinteraksi hingga membawa kepada berkembangnya mereka kepada 120 umat.

Al-Thabari juga menyatakan di dalam Tafsirnya bahawa kesemua hidupan diciptakan sebelum penciptaan Adam.

Al-Maqdisi menjelaskan bahawa terdapat 3 Umat yang utama di dunia sebelum Adam iaitu dua daripadanya terdiri daripada kaum Jin. Manakala kaum yang ketiga adalah golongan yang berbeza dari Jin kerana mereka ini berdaging dan berdarah. Golongan ketiga ini adalah mereka yang dimaksudkan sebagai “man yufsidu feehaa wa yasfiku al-dimaa’: golongan yang membuat kerosakan dan menumpahkan darah” seperti yang diulas oleh Malaikat di dalam ayat al-Quran 2: 30.

Ulasan-ulasan al-Mas’oudi ini memperlihatkan bahawa persoalan tentang hal ehwal pra-sejarah telah pun dibahaskan oleh para Ulama’ jauh sebelum munculnya di Eropah, debat evolusi pada kurun mutakhir ini. Ulama Islam sudah menyentuh bidang ini 10 kurun sebelum ia diperkatakan di Eropah.
Ayat yang terakhir itu mengagumkan saya.... kerana sebelum ini saya fikir umat Islam tidak membincangkan isu evolusi dan mengakibatkan ramai yang terkeliru dengan pandangan Islam yang kita ada dan 'penemuan' fossil serta kajian sains tentang isu tersebut.

Berkenaan dengan penciptaan Adam, majoriti ulama Islam percaya bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga. Mereka kemudiannya dihantar ke bumi selepas memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi populasi bumi dan memulakan sejarah manusia.

Akan tetapi Allah SWT tidak menjelaskan di dalam al-Quran bagaimanakah Adam itu dicipta. Adakah dia dicipta secara berperingkat atau dengan satu proses sahaja? Sebahagian ahli Tafsir mendatangkan pandangan bahawa ketika Allah SWT mencipta Adam, tubuh Adam itu dibiarkan selama 40 tahun sebelum ditiupkan ke dalamnya roh. Di sini kita boleh melihat dengan jelas pengaruh tradisi Ancient Persian terhadap tafsiran berkenaan.

Terdapat juga sebahagian daripada ulama Islam yang menjelaskan bahawa Adam bukanlah manusia pertama yang dicipta di muka bumi. Mereka berpandangan bahawa ratusan ribu ‘Adam’ telah wujud sebelum Adam bapa kita. Setiap satu ‘Adam’ itu telah mempunyai keturunan dan kehidupannya, mereka telah musnah sepenuhnya dan digantikan dengan ‘Adam’ yang berikutnya sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. Adam bapa kita, dianggap sebagai pusingan terakhir siri ‘Adam’ di muka bumi.

Ada juga ulama yang berpendapat bahawa Adam dan Hawa dicipta bukan di Syurga tetapi di muka bumi dan daripada bumi.

(Lihat al-Maqdisi: Al-Bad’ wa al-Tarikh dan Ibn al-‘Arabi: al-Futuhat al-Makkiyyah)

Ikhwan al-Safa juga ada menghuraikan tentang hal ini. Mereka menyatakan bahawa semua haiwan dicipta dari tanah liat kering dan membiak di kawasan Khatulistiwa yang tidak terganggu oleh perubahan cuaca yang ektrim. Hal ini memberi ruang kepada pembiakan. Di dalam suasana inilah Adam tercipta (takawwana). Ikhwan al-Safa juga berpendapat bahawa Adam dan Hawa hidup di peringkat pertama kehidupan mereka di bumi (Rasaa’il Ikhwan al-Safa, jilid muka surat 181, 229. Ada kemungkinan konsep ini diambil dari Bible kerana di dalam Bible, Syurga itu adalah Garden of Eden di mana Adam dan Hawa hidup dalam keadaan yang suci)

Saya merasakan bahawa ilmu sains yang ada bukanlah benar  100%, tetapi saya bersetuju dengan Ustaz Hasrizal bahawa kita juga tidak boleh terus menolak ilmu tersebut tanpa ada fakta sains dan bukti yang dapat menyatakan kebenaran kita. Sedangkan al-Quran adalah mukjizat terbesar, jadi pasti ada cara dan hujah secara sains yang boleh menolak Teori tersebut, bukan sekadar kita katakan bahawa ini adalah tidak benar lalu full-stop.
Namun apa yang menjadi keutamaan kita ialah, persoalan idea berkaitan dengan evolusi biologi, dan adanya idea tentang berkemungkinan wujudnya kehidupan dan ‘adam’ lain sebelum penciptaan Adam, mempunyai ruang untuk ia dikaji oleh Muslim. Ini akan menghindarkan pelajar Sains daripada dibelenggu rasa bersalah yang tidak perlu. Semata-mata kerana menyangkakan bahawa evolusi menyalahi Islam.

Walhal, prinsip-prinsip evolusi sudah pun ada di fikiran ahli sejarah Muslim seawal kurun ke-10M. Jika ia diterima sebagai subjek yang berharga untuk dikaji oleh umat Islam, mengapa pula hari ini kita mengambil pendirian mudah bahawa ruang perbincangan mengenai hal ini sudah terkunci. Evolusi bertentangan dengan Islam, 100%!

Apa yang membimbangkan saya ialah, sikap orang agama terhadap isu-isu seperti ini akan menimbulkan masalah, sebagaimana pemuka agama Kristian yang sombong, telah membiakkan manusia sains yang menjauhi agama. Soal agama mereka betul atau salah, tidak sempat untuk dibicarakan kerana sikap sombong dan simplistic minded mereka telah menyebabkan agama tidak lagi dilihat sebagai sumber kebenaran.

Manusia beralih kepada sains kerana muak dengan kelakuan orang agama yang jumud.

Islam adalah agama dinamik. Ia tidak terbatas dengan isu pada hari ini atau pada masa kewujudan Rasulullah yang kita sayangi, tetapi juga membicarakan isu sebelum dan kehidupan yang tidak akan tua nanti. Mungkin Zaman Batu dan Zaman purba adalah isu konspirasi, tetapi ia mungkin jadi juga bukan isu konspirasi, kerana hanya Allah Yang Maha tahu.

Adakah Adam-adam sebelum ADAM?

Itu persoalannya.... teori evolusi manusia dari monyet itu, memang sudah berjaya dipatahkan oleh Harun Yahya dalam The Collapse of the Evolution Theory in 20 Questions, tetapi bagaimana mengaitkan kehidupan manusia hasil dapatan fossil dengan pandangan Islam itu?



~cikgunormah@klcitizen~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. Adam adalah manusia pertama yg dijadikan dan adam juga adalam manusia pertama menjejaki bumi..
    Sebarang fisil yg ditemui adalah kabur dan gambaran saintis adalah bermaksud tersirat terutamanya yg melibatkan aqidah umat Islam...

    ReplyDelete
  2. artikel yang menarik kak..
    saya pernah terdengar tentang penjelasan ini tapi tak reti pula saya menzahirkannya..

    trima kasih buatkak normah yang sudi berkongsi..

    ReplyDelete
  3. Salam cikgu...

    Dua hari lepas dah tgk video tu dan bila baca N3 cikgu ni jadi pening dan keliru juga...

    Wallahu'alam...hanya Allah yang mengetahui...

    ReplyDelete
  4. Salam Normah.

    Kakpun dah lihat video tu dan jadi keliru juga. Kak ada dengar kupasan Ustaz Kariman dalam tafsir surah an-Nisa' ayat 1 "Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu"

    "Yang satu" itupun ada pendapat yang berbeza, ada yang mengatakan "nabi Adam" dan ada yang mengatakan benda yang hidup.

    Yang berpendapat daripada benda yang hidup ini lebih ramai daripada yang percaya manusia berasal daripada Nabi Adam. Hanya Allah sahaja yang tahu.

    Dulu masa belajar sejarah, kak terfikir juga bagaimana Nabi-nabi sebelum ini hidup, terutama bila memikirkan kerajaan Nabi Sulaiman dengan segala tenteranya, permaisuri Balqis dengan segala tenteranya dan pelbagai pembangunan yang mereka buat (seperti tertipu dik sejarah yang diajar.

    ReplyDelete
  5. salam,

    Memang agak keliru tentang video tu,apapun kita hanya tengok,dengar sahaja,nak komen2 lebih2 kita bukan ahli agama kan.

    ReplyDelete
  6. saya pun dah tengok beberapa ari lepas....susah nak kata...ada yang betul dan ada yg cam x kena!!

    ReplyDelete
  7. Salam Normah.

    Kak semak balik catatan kak, kak nak betulkan yang kak tulis "Yang berpendapat daripada benda yang hidup ini lebih ramai daripada yang percaya manusia berasal daripada Nabi Adam".

    sebenarnya terbalik; Jumhur ulama' mengatakan 'nafsun wahidah' yakni yang satu itu ialah nabi Adam. Minoriti yang mengatakan berasal daripada kejadian benda-benda hidup kerana ada sarjana yang telah menemui rangka-rangka manusia yang sejarahnya lebih tua daripada Adam as.

    Maafkan kak ya kerana silap tulis dalam komen tu ya.

    ReplyDelete
  8. @Lana~Bulu

    ilmu manusia memang terbatas...hanya Allah yang Maha tahu

    ReplyDelete
  9. @cikgu isza

    saya pun sebenarnya tak reti juga...isza
    harap2 ianya bermanafaat

    ReplyDelete
  10. Salam..
    Kadangkala pening juga kalau tengok atau baca kalau tak tahu kebenarannya (Hanya Allah Yang Maha Mengetahui)..
    Rasanya saya lebih suka fikirkan cara utk hampirkan diri pd Allah kerana rasanya hidup saya di dunia dh tak lama..

    ReplyDelete
  11. @Werdah

    tak pa kak werdah
    manusia sentaiasa ada silapnya
    saya lebihlah lagi

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.