Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Saturday, April 7, 2012

cuba dan terus mencuba

I believe that to truly love someone, we must first accept that they (like everyone else) have a threshold for pain. It is then up to us to have enough courage, grace and compassion to not take them over that threshold – ever : Bangkai 

Hujung minggu yang lapang.

Terisi dengan apa?

Berbaring, makan, melancong dalam alam siber dan berangan. 

Beg ungu yang sendat di tepi almari baju berisi buku latihan pelajar, senarai nama pelajar yang perlu dikemaskini sempena Hari Anugerah Cemerlang yang tak lama lagi dan buku rekod pengajaran sendiri, menjerit-jerit setiap kali ekor mata saya terjatuh padanya tanpa ada niat . Biarkan! Walau sendiri pun tahu, pagi Isnin nanti, jika ia tetap tidak dibereskan, menyesal tak sudah, marah dengan diri sendiri!!

Nilai ambang.

Pertama kali tahu tentang istilah nilai ambang, mengikut kata DBP, iaitu maksud bagi threshold.

Sangat saya bersetuju dengan Sofian dalam artikelnya yang terbaru bertajuk Not That Special . Saya hanya pembaca diam, apa kata orang putih? Silent Reader,  bagi blog Sofian, yang beralamat di bangkai.wordpress. Kenapa bangkai ya?

Entah :)

Dulu-dulu semasa bersekolah rendah, murid-murid seperti saya, disaran membaca secara kuat beramai-ramai, dan bila masanya saya jadi pembaca diam, saya pun tak sedar. Membaca sekarang ini memang secara diam, hanya mata bergerak, dan akal jadi penat. 

Selalunyalah.

Apa yang disebut oleh Sofian?

Tentang ilusi yang kita bawa saban waktu.


Bleeding Hearts

Merasa diri kita ini sebenarnya istimewa sungguh, kerana itu pasangan kita akan sentiasa menyayangi kita. Dan ilusi itu sebenarnya adalah ilusi. :)

Kita adalah manusia, begitu juga pasangan kita, kekasih kita, sahabat kita dan sesiapa sahaja yang kita sayangi.

Human beings (that’s you, me AND our partners) all have a threshold to pain. Some may have a higher threshold than others. But make no mistake. Everybody has one! The fact is if you cut someone I guarantee you they WILL bleed. After all, they are made of flesh and blood – just like you and me

Kita punya nilai ambang sendiri. Tahap kesabaran dan daya menerima pedih dan sedih yang terhasil dari insan terdekat. Tanpa sedar atau dengan sedar.

Dan nilai itu yang menentukan sejauh mana hubungan itu akan diteruskan.

Jika kita mahu, agar Allah meneruskan kasih yang telah dicampakkan dalam dada kita, hubungan perlu dijaga.

Jangan menyakiti seperti kita tidak mahu disakiti. Mengasihi seperti kita mahu dikasihi. Membahagiakan seperti kita mahu dibahagiakan. Sedaya mungkin. Cuba. Dan terus mencuba.

Dan selebihnya nanti, itu adalah ketentuan takdir.

Tapi jika terusan kita menyakiti, dan dalam masa yang sama kita mahu si dia menyayangi, ah, mustahil...kan ?

Doa saya agar Allah mendekatkan semua hati dalam kasih dan sayang . Tiada benci dan dendam. Agar hati ini kita persembahkan semula nanti bukan dalam keadaan membengkak berdarah tetapi merah  dengan cinta yang mekar mewangi.

*dan tetap hati siibu mekar bila anak yang sentiasa tidak punya waktu ini untuk dia, menelefon. hanya sekadar menelefon . ah.. :(


~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 12, 2012

Threaded Comment di Blogspot

Wah teruja sungguh saya tadi, bila membuka blog sendiri dan membaca komen dari rakan-rakan. Walau pun sebenarnya tak banyak mana komen itu, keterujaan saya bukan kerana bilangan pengomen.

Habis tu, kenapa?

Melihat threaded comment  oleh blogspot. Setelah sekian lama, kan. Rupanya, terpaksa juga blogspot menyisipkan threaded comment dalam sistemnya, setelah ramai rasanya blogger sedunia yang mencari alternatif lain bagi membina blog disebabkan kekurangan ini.

lihat butang Reply dan Delete itu !!

Ha, mulanya pelik juga menengok ada button untuk Reply  dan Delete di bawah komen. Dan bila dicuba, inilah hasilnya.

kisah sebabak 

Best jugak.

Tak perlulah nak mengubah segala kod-kod CSS (?) *pakai hentam je mengguna istilah ini* bagai, hendakkan threaded comment seperti dalam medium Wordpress itu kan.

Tapi, malangnya tanda waktu yang termateri itu macam tak betullah pulak. Dah godek-godek mana yang patut dan mana yang tahu, tak juga berjaya. Tak apalah, biarkan saja. Buat pe nak pening kepala pada benda yang tak penting ini pun.

Ada satu lagi tapinya, bila meronda ke blog rakan-rakan yang guna blogspot seperti saya , ramai yang comment features  tak seperti saya terima ini pulak. Saya lihat yang guna kotak komen jenis pop-up , memang tidak punya threaded comment. Nampak gayanya, kenalah bertukar ke kotak komen jenis lain pulak ya.

berita dari Buzz Blogger

Suka lah pulak... :)

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 1, 2011

balas membalas dengan mazidul akmal

Terkejut beruk.

Kenapa perkataan terkejut itu digandingkan dengan beruk? Bukan terkejut katak? Atau terkejut kucing?

Agaknya, si beruk kalau terkejut, lebih manis dipandang dari katak atau kucing yang terkejut.



Memang pagi ini, saya terkejut beruk betul.

Sebab?

Tiba-tiba, pengunjung ke blog siput ini menjadi ramai. Seolah sale di supermarket sudah beralih ke sini. Pelik juga. 

Melihat bahagian statistik, rupanya ramai pengunjung , pembaca luar yang tidak pernah menjejakkan kaki jari dan mata mereka ke sini. Ini angkara Mazidul Akmal menulis entri Saya Memang Tidak Suka Cikgu Normah , balasan kepada kenyataan saya, Saya memang tak suka Mazidul Akmal, semalam.

Wah, main balas membalas pulak ya.

Inilah dunia blogging . Balas membalas perkara biasa, bukan luar biasa. Terbuka, untuk tatapan semua.

Manisnya bila blog tersohor seperti blog Mazidul mengambil kesah blog-blog kecil macam ini. Dari pagi, senyum melekat di hati dan saya rasa wajah hidup saya berseri-seri hari ini. Terima kasih daun keladi, lain kali kena buat lagi :)

Yang penting, kita doakan usaha baik Mazidul dan rakan-rakannya dalam projek bantal itu diterima Allah sebagai pencen akhirat mereka dan dimudahkan segalanya.

Dan untuk insan-insan gelandangan, kita mendoakan kesejahteraan hidup mereka dunia akhirat. Moga Allah menunjukkan jalan dan mengeluarkan mereka dari kesengsaraan dunia yang mereka terpaksa harungi ini.

Ingin juga saya kongsikan video  tentang kehidupan seorang penagih heroin di akhir kehidupannya. Jalan hidup yang tidak pernah dirancang oleh sesiapa pun, tetapi kesedaran untuk berubah tiba lewat di hujung usianya. 
As a bright schoolboy from a loving, middle-class family Ben Rogers was expected to make a success of his life. Raised in a quiet, picturesque village Ben was a Boy Scout, loved cricket, played in the school orchestra and looked forward to the annual family holiday. But despite his privileged start in life Ben found himself on the road to ruin, injecting heroin up to four times a day.
During his last months, Ben kept a video diary of his drug use and desperate attempts to come off heroin. Ravaged by the drug, Ben’s body began to break down: he developed DVT and his veins were rendered so useless he had to inject into his groin. Despite his family’s best efforts, Ben couldn’t stop. He was haunted by, and hooked on, heroin. ~ Ben: Diary of a heroin addict




Sedih.

Kita doakan agar sahabat, kenalan, saudara mara, kaum kerabat, anak cucu kita dan diri kita sendiri terjauh dari masalah dadah ini.

~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, June 5, 2011

peluk erat

Dari sejak tengahari tadi, sengaja mendukakan hati sendiri.

Ada juga perangai buruk begini, kan. Sudah tenang damai, ingin juga merendamkan hati sendiri dalam masam kelat rasa.

Sebenarnya berlegar-legar di ruang maya hari ini, menghabiskan masa dan menyinggah, merisik kabar kawan-kawan blog  yang sudah lama tidak dijengah. Mata langsung terhenti di blog En Fudzail. Seorang penulis yang rasanya sedang bermastautin di Dubai. Kalau saya tidak silap. 


Ya, kisah lama. Tapi masa insiden tersebut berlaku, sekitar tahun 1995, saya tidak begitu ambil pusing dengan apa yang berlaku pada saudara kita di sana. Seperti biasa. Tidak peka serta kurang peduli. Namun , membaca artikel En Fudzail, membuka kelopak mata dan kelopak hati saya.

Menonton video-video tahun 2007 itu menginsafkan saya ya amat. 

Terasa sangat, betapa manjanya saya menjadi manusia. Panas sikit, sakit kepala; kurang tidur sikit, migraine; sejuk sikit, selesema.... 

Tidak dapat hendak membayangkan bagaimana kiranya saya ditempatkan dalam situasi seperti wanita-wanita Bosnia, Palestin atau Uighur itu yang sama kalimahnya memuji Allah dan bersaksikan Nabi Muhammad sebagai Rasul, namun, hidup mereka jauh lebih sengsara serta derita ...



Bertuah. Memang bertuah.

Dan rasa syukur yang amat, kerana masih lagi boleh memeluk erat orang-orang yang saya kasihi.

*tiada monday blues malam ini! yeayy... untuk seketika.

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 1, 2011

terlanjur

Dunia ini memang ramai manusia, berbilion. Saya hanya seorang dari yang berbilion. Betapa tidak signifikannya saya, kalau difikir secara harfiah atau literal. 

Ibarat melihat semut berkerumun, nampak sama tiada beza.

Namun dalam berbilion itu, setiap satu punya cerita tersendiri. Aneh? Tidak sama sekali. Tabii nya begitu. Dan kita nanti disingkap satu persatu berdasar cerita kita sendiri. Bayangkan menanti dan menunggu, satu demi satu manusia yang bertrilion atau berbilion itu untuk dihadap dan dipertanggungjawab atas setiap zarah kata dan tindakan masing-masing. Meski kita bertuah kerana punya Penghulu Nabi segala Nabi, lantaran itu, istimewanya kita, akan diperdahulukan untuk disemak.

Sedih. Atas 2 perkara yang berpaksi atas kata keterlanjuran.

Berjalan ambil angin petang di maya tadi, singgah di halaman adik zulaika yang manis. Lantas terpanggil untuk mencapai link yang ada, ... tentang kisah perihal maruah diri yang tergadai. Aduhai.... naluri keibuan diruntun dan dicarik. Sedih. 

Dan sedih alang kepalang, atas hukuman yang ditintakan oleh tetamu yang berkunjung ke link tersebut. Layakkah kita? Walau jelas dan terang kesilapan serta keterlanjuran yang dilakukan....

Sedih juga kerana mengguris rasa sahabat lama. Tanpa niat, ia terjadi. Rajuknya panjang mungkin. Di luar upaya saya untuk menarik balik keterlanjuran tersebut. Cuma ia menjadi pengajaran serta iktibar, bahawa setiap insan dalam bilionan itu punya rasa dalam dada. 

Salam maaf atas keterlanjuran.

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 23, 2010

lucu

Saya pasti ada yang telah menjejaki dan mengikuti blog Alif Firdaus Azis

Apa yang menariknya tentang blog beliau? Kartunnya yang selamba dan menggelikan hati...

Photobucket

lagi...

Photobucket

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 8, 2010

Pening dan keliru

Saya kira ramai yang sudah menonton video dunia akhir zaman 1/2 dan dunia akhir zaman 2/2. Video ini agak panjang dan menuntut sedikit kesabaran jika berminat.



Saya tidaklah berani hendak mengulas panjang tentang video tersebut, kerana dangkalnya ilmu yang saya ada, apatah lagi jika melibatkan isu konspirasi dunia terhadap Islam. Namun begitu saya ingin juga menyentuh sedikit tentang Teori Evolusi yang dikhabarkan kepada kita tentang percanggahannya dengan kefahaman akidah kita.
Bukan saya hendak berhujah, tetapi ada baiknya juga kita meneliti dan mendengar kata ilmuan Islam tentang Teori Evolusi versi Islam dan agak berlainan sedikit dengan video tersebut. Saya petik dari Ustaz Hasrizal dalam artikelnya "Adam-adam sebelum ADAM"
Lihat sahaja buku Akhbar al-Zaman oleh al-Mas’oudi, sebelum memperkatakan tentang Adam dan generasi selepasnya, Al-Mas’oudi meletakkan bab “Penjelasan Tentang Umur Dunia, “Penjelasan Tentang Umat-umat Sebelum Adam”, Penjelasan Tentang “Jin dan Jenis-jenis dan Qabilah Mereka”, “Penjelasan Tentang Bumi Dan Apa Yang Ada Padanya”, “Penjelasan Tentang Laut Yang Meliputi (Al-Bahr al-Muhi?) dan Perkara-perkara Ajaib yang Ada di Dalamnya” dan sebagainya.

Al-Mas’oudi menjelaskan bahawa terdapat 28 umat yang telah dicipta di muka bumi sebelum Adam. Mereka terdiri daripada flora dan fauna serta Ummah yang agak menyerupai Bani Adam. Umat ini bercampur dan berinteraksi hingga membawa kepada berkembangnya mereka kepada 120 umat.

Al-Thabari juga menyatakan di dalam Tafsirnya bahawa kesemua hidupan diciptakan sebelum penciptaan Adam.

Al-Maqdisi menjelaskan bahawa terdapat 3 Umat yang utama di dunia sebelum Adam iaitu dua daripadanya terdiri daripada kaum Jin. Manakala kaum yang ketiga adalah golongan yang berbeza dari Jin kerana mereka ini berdaging dan berdarah. Golongan ketiga ini adalah mereka yang dimaksudkan sebagai “man yufsidu feehaa wa yasfiku al-dimaa’: golongan yang membuat kerosakan dan menumpahkan darah” seperti yang diulas oleh Malaikat di dalam ayat al-Quran 2: 30.

Ulasan-ulasan al-Mas’oudi ini memperlihatkan bahawa persoalan tentang hal ehwal pra-sejarah telah pun dibahaskan oleh para Ulama’ jauh sebelum munculnya di Eropah, debat evolusi pada kurun mutakhir ini. Ulama Islam sudah menyentuh bidang ini 10 kurun sebelum ia diperkatakan di Eropah.
Ayat yang terakhir itu mengagumkan saya.... kerana sebelum ini saya fikir umat Islam tidak membincangkan isu evolusi dan mengakibatkan ramai yang terkeliru dengan pandangan Islam yang kita ada dan 'penemuan' fossil serta kajian sains tentang isu tersebut.

Berkenaan dengan penciptaan Adam, majoriti ulama Islam percaya bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga. Mereka kemudiannya dihantar ke bumi selepas memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi populasi bumi dan memulakan sejarah manusia.

Akan tetapi Allah SWT tidak menjelaskan di dalam al-Quran bagaimanakah Adam itu dicipta. Adakah dia dicipta secara berperingkat atau dengan satu proses sahaja? Sebahagian ahli Tafsir mendatangkan pandangan bahawa ketika Allah SWT mencipta Adam, tubuh Adam itu dibiarkan selama 40 tahun sebelum ditiupkan ke dalamnya roh. Di sini kita boleh melihat dengan jelas pengaruh tradisi Ancient Persian terhadap tafsiran berkenaan.

Terdapat juga sebahagian daripada ulama Islam yang menjelaskan bahawa Adam bukanlah manusia pertama yang dicipta di muka bumi. Mereka berpandangan bahawa ratusan ribu ‘Adam’ telah wujud sebelum Adam bapa kita. Setiap satu ‘Adam’ itu telah mempunyai keturunan dan kehidupannya, mereka telah musnah sepenuhnya dan digantikan dengan ‘Adam’ yang berikutnya sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. Adam bapa kita, dianggap sebagai pusingan terakhir siri ‘Adam’ di muka bumi.

Ada juga ulama yang berpendapat bahawa Adam dan Hawa dicipta bukan di Syurga tetapi di muka bumi dan daripada bumi.

(Lihat al-Maqdisi: Al-Bad’ wa al-Tarikh dan Ibn al-‘Arabi: al-Futuhat al-Makkiyyah)

Ikhwan al-Safa juga ada menghuraikan tentang hal ini. Mereka menyatakan bahawa semua haiwan dicipta dari tanah liat kering dan membiak di kawasan Khatulistiwa yang tidak terganggu oleh perubahan cuaca yang ektrim. Hal ini memberi ruang kepada pembiakan. Di dalam suasana inilah Adam tercipta (takawwana). Ikhwan al-Safa juga berpendapat bahawa Adam dan Hawa hidup di peringkat pertama kehidupan mereka di bumi (Rasaa’il Ikhwan al-Safa, jilid muka surat 181, 229. Ada kemungkinan konsep ini diambil dari Bible kerana di dalam Bible, Syurga itu adalah Garden of Eden di mana Adam dan Hawa hidup dalam keadaan yang suci)

Saya merasakan bahawa ilmu sains yang ada bukanlah benar  100%, tetapi saya bersetuju dengan Ustaz Hasrizal bahawa kita juga tidak boleh terus menolak ilmu tersebut tanpa ada fakta sains dan bukti yang dapat menyatakan kebenaran kita. Sedangkan al-Quran adalah mukjizat terbesar, jadi pasti ada cara dan hujah secara sains yang boleh menolak Teori tersebut, bukan sekadar kita katakan bahawa ini adalah tidak benar lalu full-stop.
Namun apa yang menjadi keutamaan kita ialah, persoalan idea berkaitan dengan evolusi biologi, dan adanya idea tentang berkemungkinan wujudnya kehidupan dan ‘adam’ lain sebelum penciptaan Adam, mempunyai ruang untuk ia dikaji oleh Muslim. Ini akan menghindarkan pelajar Sains daripada dibelenggu rasa bersalah yang tidak perlu. Semata-mata kerana menyangkakan bahawa evolusi menyalahi Islam.

Walhal, prinsip-prinsip evolusi sudah pun ada di fikiran ahli sejarah Muslim seawal kurun ke-10M. Jika ia diterima sebagai subjek yang berharga untuk dikaji oleh umat Islam, mengapa pula hari ini kita mengambil pendirian mudah bahawa ruang perbincangan mengenai hal ini sudah terkunci. Evolusi bertentangan dengan Islam, 100%!

Apa yang membimbangkan saya ialah, sikap orang agama terhadap isu-isu seperti ini akan menimbulkan masalah, sebagaimana pemuka agama Kristian yang sombong, telah membiakkan manusia sains yang menjauhi agama. Soal agama mereka betul atau salah, tidak sempat untuk dibicarakan kerana sikap sombong dan simplistic minded mereka telah menyebabkan agama tidak lagi dilihat sebagai sumber kebenaran.

Manusia beralih kepada sains kerana muak dengan kelakuan orang agama yang jumud.

Islam adalah agama dinamik. Ia tidak terbatas dengan isu pada hari ini atau pada masa kewujudan Rasulullah yang kita sayangi, tetapi juga membicarakan isu sebelum dan kehidupan yang tidak akan tua nanti. Mungkin Zaman Batu dan Zaman purba adalah isu konspirasi, tetapi ia mungkin jadi juga bukan isu konspirasi, kerana hanya Allah Yang Maha tahu.

Adakah Adam-adam sebelum ADAM?

Itu persoalannya.... teori evolusi manusia dari monyet itu, memang sudah berjaya dipatahkan oleh Harun Yahya dalam The Collapse of the Evolution Theory in 20 Questions, tetapi bagaimana mengaitkan kehidupan manusia hasil dapatan fossil dengan pandangan Islam itu?



~cikgunormah@klcitizen~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 1, 2010

menjadi biasa

Dalam dunia internet apa sahaja yang ingin dilihat, boleh sahaja. Segala yang ganas, manis, pahit, sadis, porno dah tahyul .... sebut sahaja apanya yang tergerak di benak dan ingin dijamah dengan pandangan mata, semuanya di hujung jari.

Bila masa dan  di mana sahaja, asal ada liputan, asakan pandangan boleh sahaja dilakukan.  Yang luar biasa dulunya kini jadi biasa. Yang sadis dan mengerikan dulu pun kini jadi biasa. 

10 tahun atau 20 tahun dulu tergamakkah kita melihat insan mati dikerat badannya, kaki atau kepalanya hilang entah ke mana, atau melihat otaknya sudah berterabur bak jelly yang dihenyak anak kecil? Tidak pernah pun terbayang begitu, kan.

Namun kini, buka sahaja kotak email, terkadang sehingga dua tiga gambar sedemikian rupa terpampang, dikongsi dan disebar luaskan. 

Tujuan?

Ingin menimbulkan kesedaran serta keinsafan. Namun secara tidak kita sedar, sebenarnya asakan pandangan sedemikian rupa bisa menumpulkan rasa di hati. Melihat berpuluh gambar, malah beratus gambar sedemikian mendatangkan rasa kebas dalam jiwa. Ah... biasalah, kalau dah nama mati accident, atau, kesian ya, budak-budak ni di medan perang, tapi yalah itu memang  kesan perang. Itulah yang akan terlintas dalam benak fikir kita.

Tertarik dengan luahan Ustaz Hasrizal dengan teori Schadenfreude nya, iaitu pembiusan jiwa terhadap penderitaan insan lain.

Jangan tertipu dengan fungsi foto.


Pendedahan yang asalnya bermaksud mahu mencetuskan kesedaran, berubah menjadi pembiusan jiwa yang mematikan sensitiviti.


Adakah anda membaca berita dengan hanya menatap slide BERITA BERGAMBAR? Anda sentiasa tertarik pada imej darah, kecederaan, kesakitan, penderaan, pembunuhan dan kematian? Adakah anda mendapat tabiat suka menghantar gambar-gambar sadistik itu melalui emel ke kenalan dan bukan kenalan? Adakah ada mempunyai tabiat gemar mengedit gambar-gambar anak Palestin yang cedera parah dan terbunuh, lalu menghasilkan poster tanpa disuruh?


Tanyalah kepada diri.


Pada usia 35 tahun, saya menganalisa diri, sejauh manakah kemudahan liputan dan foto kekejaman peperangan di Palestin, kemalangan di jalanraya Malaysia, menambah TINDAKAN saya seperti yang sepatutnya.


Atau segala-galanya berubah menjadi BIASA? - ustaz hasrizal


Membuatkan saya terfikir dan berfikir....



~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 21, 2010

memadam

Sedih jugak... 

Tempias serangan malware yang melanda kebanyakan blog yang menggunakan innity itu rupanya terkena juga ke blog saya. Tapi tidaklah secara terus begitu, tetapi tempias dari link yang dipasang dalam bloglist saya.... Terutama link dari kengkawan yang memasang innity atau mangga ads di blog masing-masing.

Yang memasang innity atau mangga ads ni biasanya blog-blog terkenal  yang punya pengunjung beratus atau ribuan..

Jadinya, saya memadam buat sementara waktu bloglist saya tersebut. Jangan terasa hati ya, kerana tidak ada tujuan mencuit hati sesiapa di sini...

*Browser safari yang saya gunakan meragam pula, jadi menggunakan browser google chrome pula. saya syak angkara malware tersebut...

*harith sedang menjawab kertas BM sekarang... ya Allah berilah ilham padanya untuk menjawab dengan betul dan tepat...

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 16, 2010

pelawak

Azhar Usman dan Preacher Moss, keduanya adalah pelawak handal di USA. Rupanya ada pelawak beragama Islam di sana yang diterima ramai oleh semua.




Cubalah , kalau boleh, dengan broadband masing-masing yang macam siput, tu, saya tau.... menonton video di atas. Lawak ... dan unik sekali.

Projek Azhar yang lain tahun 2008 : Allah made me funny

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 1, 2010

Misi 100 blog sehari

Kalau ikutkan hati, hendak saja mengadap komputer dan berblogwalking. Membaca blog rakan-rakan sebenarnya merupakan aktiviti yang menarik, kerana membaca penulisan di blog ibarat membaca isi hati dan pemikiran penulis. Membaca penulisan dan isi hati penulis blog seolah menelusuri ruang fikirnya dan kekadang boleh mencetus idea dan muhasabah pada diri sendiri.

Itulah yang menariknya.

Tetapi bukan semua yang menarik itu patut dibuat. Kehidupan realiti sebenarnya perlu dilunaskan dahulu berbanding kehidupan maya. Akibatnya, masa untuk berinteraksi dan berblog agak terbatas.

Secara puratanya, saya sempat berblogwalking dalam 10-15 blog sahaja dalam sehari. Sekadar menitip hai, salam singgah, nice post, nice blog... itu bukan cara saya. Saya akan membaca apa yang tertulis dan biasanya saya akan meninggalkan jejak yang sepadan dengan entri, jika sudah lama tidak menjengah ke blog tersebut, biasanya saya akan mengambil masa yang lebih lama di situ, membaca 2 atau 3 entri terdahulu hinggalah entri terbaru. Itu pun memang memakan masa.

Kerana itu agaknya trafik ke blog saya, tidak mencanak naik seperti blog mereka yang rajin berblowalking. Ada yang menjalankan misi 100 blog sehari... Kagum sungguh saya. Tetapi memang tidak terbuatlah saya rasanya.

Jadi, kalau ada rakan blog yang merasakan saya sudah seolah melupakan mereka... saya minta maaf. Ada masanya nanti saya akan menyinggah. Janganlah marah dan merajuk ya. Kalau merajuk, saya memang tak pandai nak pujuk.

Itulah sahaja leteran saya untuk hari Khamis ini. *Ramai nampaknya berbaju baru batik hari ini*

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 30, 2010

Dua tahun jagung..

Sebenarnya saya baru sahaja berblog. Kalau budak, ibarat saya ini baru boleh bertatih. Walau bagai mana pun saya kira saya berada dalam lingkungan orang yang cepat menangkap, terutama bab-bab belajar benda yang saya suka. Dalam usia 'bocah' (budak-budak kecil)  dalam blog ini, saya kira saya hendak menulis sedikit tentang adab berblog, terutama bagi mereka yang lebih baru dari saya. (konon-konon  dah senior sikitlah ni). 

Nak tulis sikit sahaja, sebab usia blog pun baru dua tahun jagung.....

  1. Tulislah entri dengan tujuan untuk perkongsian membina. Janganlah menulis entri bertujuan menghentam dan membalas dendam terutama terhadap blogger yang lain.  Selalu yang kena hentam ni blogger yang sudah terkenal lah, kalau yang tak dikenali oleh sesiapa macam saya ni , haram orang tak tulis pun, kan. Takde faedahnya. Kecualilah blog anda itu blog politik yang sedia maklum asal tujuannya. Perkongsian boleh jadi juga dalam bentuk nasihat yang tidak memalukan dan tidak merendahkan maruah orang. Percayalah apa yang kita tulis akan datang semula dalam hidup kita nanti. .....Hukum karma? (asyik orang lain je guna perkataan ini, ingin menyelitkan juga dalam entri saya)
  2. Tidak terlalu mendedahkan. Internet bukanlah dunia yang selamat. Segala buah butir dalam blog kita boleh diguna pakai oleh insan berhati busuk dan sakit jiwanya. Begitu juga FB, Yahoo, Gmail  atau yang seangkatan dengannya. Butir-butir peribadi seperti susun atur perabut  dalam rumah dan gambar boleh dimanipulasi oleh sesiapa sahaja. (saya pun dah terfikir tentang gambar yang selalu saya upload di blog saya ini....) Ada dengar cerita tentang peranan FB dalam CIA sebagai pengumpul data dan maklumat seluruh penggunanya? Itu pun menakutkan juga.
  3. Memberikan kredit pada yang berhak. Janganlah sentiasa copy paste kerja orang lain. Kalau hendak menyebarkan idea yang baik dari penulis asal, kenalah melakukannya secara berhemah. Link balik ke tuan punya artikel, memaklumkan kepada rakan blog kita bahawa artikel tersebut bukannya ditulis oleh kita tetapi oleh orang lain. Ia lebih terhormat.
  4. Berani bertanggungjawab dengan apa yang ditulis. Ini terutamanya menyentuh bab komen dari anonymous. Janganlah membaling batu dan menyembunyikan tangan anda, serta menjadi orang yang pengecut. Terutama bila hendak menghentam tuan punya blog. Masa itulah anda menjadi si anonymous. Jika tidak berani memperkenalkan diri, janganlah berani menulis komen yang menyakitkan hati penulis. Anda memang berhak menyuarakan pendapat, tetapi tuan punya blog berhak memadamkan komen anda.
Bagaimana pun saya sedar, siapalah saya. Blogger yang sudah super senior dari saya dalam dunia blogging ini mungkin lebih almaklum dan lebih tahu. Dari mereka juga saya banyak belajar. 

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 28, 2010

Reply to Comment

Ramai ahli dalam dunia blog ini yang tidak kedekut ilmu dan sentiasa senang membantu. Hari itu meminta bantuan Razak, segera dibalas tanpa menunggu lama. Terima kasih bebanyak. Baru ini....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 27, 2010

Ilmu baru yang hendak dikongsi


Sudah beberapa jam dihabiskan mengadap laptop ini hanya kerana satu perkara sahaja. Iaitu button Read More....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 25, 2010

Tutorial Blockquote


Blockquote tu apa ya?





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

menceduk idea dari blogger terkenal


Personal blogger berjaya apabila trafiknya mencurah, pageranknya tinggi, komennya banyak, ada secret admirer , design blognya meletup, semua isi hatinya tercurah dalam blog, dapat pendapatan tambahan dan ada beberapa lagi.

Itu semua tulisan rohaizad dalam Tips blogging- Tonjolkan bakat sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 20, 2010

Maggi, Astro, L'oreal, L.E.D., Blog dan cikgu

Hari guru dah 4 hari berlalu. Tetapi saya anggap perayaannya sebulan lah. Saja suka-suka.

Hari ini hendak mengabadikan beberapa mesej yang comel-comel saya terima dalam sistem pesanan ringkas telefon bimbit saya. Ada yang dari rakan, ada yang dari anak murid.

Saya cuma letakkan 3 sahaja.

Dari sahabat Intan Salina:

Mak cakap CIKGU macam MEGI, makanan rutin time susah,
ayah cakap CIKGU cam D'SEEKERS, menakutkan,
atuk cakap CIKGU cam ASTRO, macam-macam ada,
tapi saya cakap CIKGU cam L'OREAL, kerana dirimu begitu berharga.
SELAMAT HARI GURU




dari Ismadi, geng masa mengawas SPM tahun 2008:

Cikgu --> panggilan keramat, tugasnya berkat.
Jasamu membuat insan jadi orang.

SELAMAT HARI GURU
-->tetaplah menjadi lilin membakar diri, biarpun di zaman ada L.E.D.


dari Zharif penulis blog My Way

Selamat hari guru cikgu normah :-) wlpun tak pernah jadi anak murid, tapi cikgu tetap mengajar saya melalui blog.. terima kasih cikgu



Terima kasih buat semua yang mengucapkan dan mendoakan. Semoga semua doa yang manis tersebut dimakbulkan Allah hendaknya.



~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 18, 2010

patah selera

setiap isnin, di kawasan saya ada pasar malam.

jadinya, hari isnin selepas menghantar anak ke kumon, saya akan bergerak ke pasar malam mencari menu untuk malam tersebut.


selalu saya akan perhatikan, sebuah gerai ini, makanannya berjenis-jenis, semuanya berasaskan sup. nampak memang sedap. bubur nasi ada, kuahnya sup lah, mee sup, bihun sup, kuey tiow sup... gear box pun ada. kalau menengok menunya memang membuka selera.


tapi, yang selalu mematahkan selera saya ialah, penjualnya... si tokey tu la. lelaki, berbadan besar. kegemaran memakai singlet tidak berlengan. saya tahulah panas bang oii, tapi geli pulak tengok badan berlengas tu menghidang makanan.


sudahlah begitu, singletnya pula, bertompok-tompok macam mekanik membaiki kereta pula. aduii... lagi lah patah selera.


tapi , saya lihat ramai juga manusia yang membeli dari si tokey tersebut. saya tahu beliau tidak membaca blog saya ini, tapi saya hendak juga berpesan kepada beliau dan rakannya yang mencari duit di pasar malam, jagalah kebersihan. supaya saya tidak patah selera. jadikan jualan kita itu juga sebagai sumber amal dalam ibadah kita kerana yang membeli adalah saudara seagama juga.

tetapi terpulanglah kan. itu gerai anda.


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 14, 2010

meningkatkan trafik ke blog


setiap kita yang berblog ini punya pelbagai tujuan dan kehendak. ada yang ingin mencari kenalan, berkongsi rasa, cerita dan ada yang ingin blog menjadi medan untuk menyampaikan dakwah.

tapi, saya pasti, di samping itu juga kita ingin agar blog kita dikunjungi ramai pembaca yang setia.


setelah beberapa bulan berblog dan berjalan-jalan di alam maya, saya memang kagum dengan ramai blogger yang punya pengunjung yang ramai, sehingga beratus-ratus pengunjung dalam sehari. dan blogger-blogger ini memang tidak kedekut ilmu , berkongsi rahsia cara mana mereka peroleh trafik yang tinggi dan stabil.


jom kita baca apa yang eyriqazz kongsikan dalam 7 tips untuk tingkatkan trafik ke blog. Eyriqazz memang tak kedekut ilmu, tapi saya cuma nak kutip 2 tips je, yang lain kena baca sendiri kat blog beliau.


1. Jangan sibukkan blog anda dengan widget-widget yang memberatkan. Saya memang setuju yang ini sebab, kalau blog yang kita hendak ziarah terlalu banyak widget, loadingnya lambat sangat. sudahlah internet pun slow, mati selera hendak meneruskan penziarahan.


2. Komen di blog orang lain dengan komen-komen yang bernas dan ikhlas. Ini yang sedang saya usahakan. Walau pun agak memakan masa, kerana sebelum komen, kita perlu membaca dan memahami entri, tetapi saya kira ia berbaloi.


Ada lagi tips lain yang bernas . Kena pergi baca sendiri, ya.


Tentang point ke 2 , dari eyriqazz tu, dahlia dalam tipsnya juga mengutarakan perkara yang sama- Rahsia terbongkar: menjana trafik ke blog anda. Dahlia pesan, komen , lebih baik komen dalam comment box berbanding dalam shout box. Patutlah trafik dahlia tinggi dan konsisten.


Satu lagi pesanan dari rohaizad untuk menambahkan pengunjung ialah sentiasa membalas komen dari pengunjung. Ha, yang ini kekadang agak tercicir sikit, sebab, almaklumlah, agak kesempitan masa. tetapi biasanya saya usahakan juga.


berkongsi ilmu seperti mereka ini, memang sangat berfaedah bagi blogger baru seperti saya ini. apa pun saya sangat berterima kasih pada mereka semua yang tidak kedekut ilmu. orang pemurah memang rezekinya sentiasa murah, insyaAllah.


jomlah kita praktikkan. benda yang baik tiada salahnya kita turuti dan kongsi-kongsikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, May 9, 2010

menjana pendapatan dari internet.

saya baru tahu bahawa mendedahkan email kita sebenarnya mengundang bahaya juga apabila menjengah kak pah. ramai yang kenal kak pah dan menjadi mangsa.



masalah juga ya. macam-macam cara si putar belit untuk menjana pendapatan dari internet. internet memang boleh menjadi sumber pendapatan.

jadi, berhati-hatilah ya.

pesanan ini dibawa khas dari kak pah melalui saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...