Saya memang tidak suka pada Mazidul Akmal.
Takkan tak kenal, En Mazidul Akmal itu. Sangat sinonim dengan TV3 terutama rancangan 999 dahulu. Orangnya punya suara lemak merdu, sesuai bekerja sebagai hos rancangan TV.
Tidak suka, tidak bermakna benci. Benci itu mendalam maksudnya. Tidak suka pula hanya bersifat superficial , dari segi luaran sahaja.
Kenapa tidak suka?
Ha, ha, ha, kerana dia bukan 'taste' saya. Macamlah saya ni bagus sangat kan. :) uwekks, tolong, tolong jangan muntah di sini ...
Kalau dia adalah kategori 'taste' saya, payah jugakkan. Nanti siang malam terbayang, termimpi si Mazidul Akmal seorang. Kan payah.
Tapi, saya suka kerjaya beliau dan apa yang ingin dibawanya kali ini. Membaca entri beliau kali ini , Busuk itu Lali bagi Mereka, wah , hati tersentuh.
Saya kongsikan sedikit foto yang menyentuh hati itu di sini. Kisah gelandangan yang menjadikan laluan dan kawasan pejalan kaki, tempat tidur mereka.
Dalam 4 hari lagi , Mazidul dan rakan-rakannya akan mengagihkan bantal dan sleeping bag percuma kepada mereka yang tidak mampu ini. Jangan salah faham.
Rupanya , ada antara mereka yang menjadi gelandangan ini punya pekerjaan sendiri , tetapi wang yang ada tidak mencukupi untuk menyewa bilik atau rumah, dan setengahnya pula terpaksa bermalam di tepi jalan atas alasan-alasan tersendiri.
Berminat untuk membantu? Sila ke laman web Mazidul, di Bersama Mazidul: Perkongsian Hitam Putih.
Saya menyokong usahanya, dan cuba menyebar usaha baik ini.
Dalam masa yang sama, saya terpanggil untuk menyuarakan kemusykilan saya tentang fungsi sebuah masjid sebagai tempat untuk yang tidak bernasib baik seperti mereka ini. Waktu 3 saat inilah , terbayang masjid yang dibangunkan oleh Rasulullah sebagai pusat segala aktiviti. Tidak berkunci. Terbuka untuk sesiapa sahaja.
Wajarkah masjid kita membuka, menyedia ruang dan membantu insan-insan ini?
Wallahualam.
~cikgunormah@klcitizen~

cikgu mmg lawak...pagi saya dipejabat dicerikan dengan kata2 cikgu,..
ReplyDeletecikgunormah,
ReplyDeletemasjid/surau skrg ni, cukup jam jer depa kunci.. sbb dah byk berlaku kecurian & kehilangan.. kerana segelintir yg suka buat onar, ramai pulak pihak yg tak dpt nak guna masjid.. dlm erti kata lain, masjid tdk berfungsi secara optima kerana ada org2 yg suka ambil kesempatan ni..
tp tu lah kan.. masjid skrg ni dah terlalu mewah sangat hiasannya, sampai nak kena kunci.. walhal rumah Allah tu..
btw, cikgunormah saya pun suka mazidul.. suka dgn kerja2 yg dia buat.. sekurang2 nya dia & crew dah cuba utk menyampaikan..
aku suka baca apa yang dia tulis kat blog. hehe
ReplyDeleteTerbaik entri ni.
ReplyDeleteRasanya, yg perlu memberi perhatian dalam kes2 sebegini ialah pusat zakat yg punya berbilion dana hasil kutipan zakat. InsyaAllah, andai mereka ini layak, pastinya tiada lagi mereka2 yg bergelandangan.
Sedih tgk anak2 kecik yg tidur tu. Tak sedar air mata turun...huuuu