Tuesday, November 1, 2011

jangan asyik perasan diri


Bila tiba keadaan begitu , hati pun jadi down , kan.

Saya pandang wajahnya. Halus kulitnya dari jauh. Manisnya masih kekal disitu, ikhlas di matanya pun jelas terlihat. Bolehkah melihat ikhlas dimata?

Entah.

Tetapi, bila melihat matanya, getaran hati ini membisikkan rasa itu. Dan kita manusia, sentiasa mendengar getar hati sendiri. Dan saya yakin, itu tanda ikhlas di matanya.

Kenapa?

Yalah, bila orang tidak percaya dengan usaha kita, meragui cara kita, mempertikai kaedah kita, sedangkan kita lebih arif dan tahu tentang anak didik kita itu. Terasa sangat wibawa kita dipersoal.


Macro Monday : Teacher: Explore October 24, 2011

Itu uniknya bidang tugas guru. Tiada manual dan perincian yang boleh diguna pakai untuk mendidik jiwa dan membina minda. Dek kerana itu, kaedah dan cara adalah hak individu mencanai dan mengadun, berdasar cuba jaya serta pengalaman bertahun.

Lantaran itu , sebenarnya tiada kaedah yang betul dan tepat. Mungkin betul pada situasi A tetapi tidak tepat untuk situasi B. 

Jadi , bagaimana menentu ukur kaedah kita itu benar dan berkesan.

Bagi saya, pengalaman banyak membantu.

Betul, mengajar dan mendidik , ada asas-asasnya, yang mesti perlu ada, dijadi sebagai landasan bila berhadapan dengan anak didik. Set induksi, perkembangan pelajaran, teknik soal jawab , pengukuhan dan pengayaan, itu antara perkara asas yang perlu dikuasai oleh guru.

Tetapi, dalam masa yang sama , kemahiran lain seperti mengenal emosi anak didik, menitik berat perkara yang boleh diberi penekanan atau tidak, mengawal emosi sendiri, memperkaya kaedah mengajar , itu antara yang dikutip sepanjang mengajar. Semakin banyak pengalaman itu, semakin berharga nilai seorang guru.

Jadi, bila ada rakan sekerja yang mempertikai, ia akan menjadi sedikit calar di hati.

Tak apalah, akak pikir positif sahaja. Walau pun akak memang tahu budak-budak itu. Malam tadi tidur lewat, mencari bahan lebih untuk anak-anak itu. Walau sebelum ini apa aja yang tidak akak buat bersama dengan diorang. Tetapi, memang anak-anak itu agak lemah, diulang berkali pun, hari ini ingat, esok lupa. 


Saya tenung lagi matanya. Ya, ada rasa sedih. Walau cuba disorok dengan senyumannya.

Dan saya tahu, dia bukan guru biasa-biasa seperti saya. Usaha dan pengalamannya malah lebih sangat dari saya yang baru setahun jagung ini.

Tetapi, begitulah hidup.

Tetap perlu diteruskan.

*tajuk entri memang tak kait mengait

~cikgunormah@klcitizen~









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...