Ini peribahasa orang putih.
Mendengar guru Bahasa Inggeris bercerita di kantin tadi, meredakan sedikit stress di hari Isnin. Apatah lagi mendapat jadual baru yang agak menyesakkan dada.
"Saya ajar peribahasa tu pada anak murid di Ting 4. Cepat diorang ni menangkap maksud peribahasa. Pas tu, pandai membuat peribahasa moden pulak tu," cerita guru yang punya pengalaman lebih 25 tahun mengajar dan sangat tinggi sifat sabar dalam dirinya.
"Sorang budak lelaki membalas peribahasa tu, dia sebut , I always keep my eggs in my renoma."
Saya dan rakan tergelak.
"Saya jawab pada budak tu....so, now, everybody knows what you are wearing inside."
ambik dari google |
~cikgunormah@klcitizen~
budak2.. ada2 je diorang tu..
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteBudak-budak suka nak main-main...
salam cikgu,
ReplyDeletetergelak besar saya baca jawapan budak tu.
Bebudak sekarang ni cepat je fikir kan, kreatif pulak tu walaupun nak bergurau je
haha. budak tu sangat play a full. adoi. kalau saya jadi cikgunya, rasa dah merah padam muka ni
ReplyDeleteKahkahkah! saya baru tau ada brand Renoma yerrr? hehehe... Cheq tau jenama satu tu jerr.. hikhikhik!
ReplyDeletehuhuhhhuuhh..ingat telur ape td hahahah
ReplyDeleteteringat IM masa tingkatan 2. cikgu minta setiap murid beri satu peribasa. IM pun jawap: alang-alang menyeluk tempoyak, biar sampai ke pangkal ketiak.
ReplyDeleteyang lain pun bagi: alang-alang menyeluk budu, biar sampai ke pangkal dagu...
dah 2-3 orang bagi peribahasa macam tu, baru cikgu tu perasan;
eh, mana ada peribahasa macam tu!
salam kak normah,
ReplyDeleteteringat masa kursus BTN dulu..
semua budak lelaki dalam kumpulan tu suruh saya jaga telur diaorang..
telur ayam.. barang amanah.. supaya tak pecah..
teringat satu peribahasa "kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya..." ramai orang faham maksudnya tapi tak ramai orang melayu kita tahu apa itu RUYUNG...!
ReplyDeleteRuyung adalah kulit batang sagu yang keras dan tebal (bukannya tempayan seperti yg ramai orang faham...)Pagar Ruyung diambil sempena pagar yang diperbuat dari kulit batang sagu
(betul tak cikgu...? kalau silap tolong betulkan...)
hebat ALLAH...