Benjamin Franklin .... Founding Fathers of America pernah memberitahu rahsia kejayaannya ...."I will speak ill of no man, and speak all the good I know of every body."
Mengkritik sahabat terutama sahabat sekerja perlu teknik dan kemahiran tersendiri. Mengkritik secara terbuka dan spesifik dalam mesyuarat atau perbincangan bukanlah langkah yang bijak, walau pun kritikan anda benar serta berasas.
Any fools can criticize, condemn and complain - and most fools do. But it takes character and self control to be understanding and forgiving.
A great man shows his greatness by the way he treats little men - Thomas Carlyle
85% kejayaan dalam menaiki tangga karier dibantu oleh kemahiran kita dalam hubungan kemanusiaan dan hanya 15% sahaja disokong oleh pengetahuan teknikal kita ( Dale Carnegie - How to win friends and influence people).
Bagi yang baru memasuki alam pekerjaan, dengan segala pemikiran idealistik dan keinginan berkobar merubah sistem, percayalah, tanpa kemahiran perhubungan kemanusiaan, langkah anda pasti akan sering tersadung dek akar lama yang telah bertunjang di sekitaran.
Berhati-hati dengan kata-kata, jangan sering menghiris hati sahabat dan cuba belajar bersabar dalam banyak perkara.
*pesanan dari penyapu lama kepada penyapu baru*
~cikgunormah@klcitizen~
salam cikgu, dah lama saya malkan.. walaupun GB bising kenapa di mesyuarat tak diutarakan?
ReplyDeletejawapan saya.. ada maruah yang perlu dijaga.. :)
hee..
ReplyDeleteteman masih ingat bekas MB selangor pi hadiah penyapu kat kakitangan...hmmm
"Berhati-hati dengan kata-kata, jangan sering menghiris hati sahabat dan cuba belajar bersabar dalam banyak perkara."
ReplyDeletesaya suka ni. InsyaAllah.
Pengalaman bekerja dgn begitu ramai orang, buat kita semakin matang menilai keperibadian kawan sekerja.
ReplyDeleteBanyak terjadi, junior (terutama yg ada sijil lebih tinggi) perasan bagus sehingga mengenepikan kewibawaan orang lama yg dilihat bersekolah atap sahaja...
Pengalaman tidak diajar di mana mana sekolah pun.
Pun, 85% peratus kemahiran itu hanya boleh dikutip jika kita mempunyai sikap yang positif dan terbuka terhadap kritikan orang lain dan jujur terhadap kesilapan diri sendiri!
ReplyDeleteorang tak suka kalau kita kritik mereka depan orang lain. menjatuhkan air muka dan mereka rasa malu.
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteGunakan kaedah menegur yang baik sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan.
Salam.
ReplyDeleteHahahahaha...
maknanya siapa2 yang pandai bodek dan kipas tu cepat la naik yek?
@cikgu isza
ReplyDeleteBaguslah isza....
Menegur dengan berhemah
@Lana~Bulu
ReplyDeleteSekarang kena hadiah vacuum cleaner lah pulak
@azieazah
ReplyDeleteInilah masalah utama bagi setengah pekerja baru yang seolah serba tahu
@Insan Marhaen
ReplyDeleteYa... Tidak cepat melenting, adalah salah satu cara membina kemahiran dalam kerja
@kakpah
ReplyDeleteSaya kira semua dari kita pun memang begitu ....
@Abd Razak
ReplyDeleteItu yang sewajarnya kan
@zezebel
ReplyDeleteItu bab kita dengan bos tu..ini antara kita dan rakan sekerja, janganlah kata rakan kita ni macam2 dalam mesyuarat, depan orang ya zezebel....
Kalau nak naik cepat mana boleh kipas je zezebel, kena letak aircond dalam bilik bos tu, lagi bagus kalau massage massage sekali ....
Citiz,
ReplyDeleteSalam... lama tidak singgah.
Berpesan-pesanlah demi kebaikan....
Salam :)
ReplyDeleteSaya masih ingat ketika awal2 posting dulu. Ada seorang guru senior kata "topi ijazah tu letaknya kat tapak kaki je...". Ada di kalangan guru lama menganggap guru baru yg berijazah ini egonya tinggi..Mereka telah bersangka buruk sebelum mengenali saya dan kawan2 yg lain.
Saya hanya diam...Lama kelamaan, mereka diam bila melihat kami bukan seperti yang disangkakan...Kesabaran itu amat perlu...
Hmmm ... camane pulak yg jenis ditegur2 (1-1) .. ditegur2 .. tp x nak berubah gak? Tak ke rasa nak bawak ke mesy? Mengurus manusia ni lebih susah drp mengurus mesin, kan!
ReplyDeletedi sekolah saya hubungan guru-guru baru dengan guru-guru lama sememangnya keruh...tambah2 ramai pula pembela guru-guru baru, semakin hari semakin parah, bernanah...gagal nakhoda mengawal kelasinya
ReplyDeletememang susah la hidup kalau selalu ada org yg mengktirik drp memberi semnngat..semua keje x jalan la mcmni kan.huhu
ReplyDeletebagus entry ni..nasihat dengan baik je.hehehe. saya penyapu baru ni ;)
ReplyDeletePandangan dan kritikan adalah perkara yang berbeza. Bergantung kepada penyampai dan penerima.
ReplyDeleteKadang-kadang pandangan dianggap sebagai kritikan.
Ramai juga yang tidak memahami fungsi mesyuarat. Mesyuarat ialah tempat terbaik untuk mengemukakan pandangan, pendapat atau kritikan. Malangnya hal ini sukar dilaksanakan, yang selalu terjadi mesyuarat menjadi satu hala. Seolah-olah tempat meluluskan program/perancangan pihak atasan sahaja. Maka terjadilah cakap belakang dan rasa tidak puas hati.
@mantan
ReplyDeleteya mantan
orang lama seperti mantan pasti punya lebih pengalaman untuk dikongsikan
@Ros Illiyyuun
ReplyDeletesalah satu sebab begitu kerana pengalaman lama yang dilalui, sebab manusia ni membuat persepsi awal hasil dari sejarah hidupnya.... tapi, betul seperti ros kata, sabar kunci segalanya
@skool
ReplyDeletekekadang cara menegur tak kena, orang yang menegur perlu orang yang lebih superior bagi orang seperti ini, bila dia rasa dia setaraf dengan orang yang menegurnya, dia tidak akan cuba berubah....
itu pandangan sayalah
@skool
ReplyDeletekekadang cara menegur tak kena, orang yang menegur perlu orang yang lebih superior bagi orang seperti ini, bila dia rasa dia setaraf dengan orang yang menegurnya, dia tidak akan cuba berubah....
itu pandangan sayalah
@azizan4444
ReplyDeletebetul....
kekadang kritikan dibuat sebagai kritikan semata, bukan ada niat membina pun
@lizz
ReplyDeleteyang baik tentang penyapu baru ialah semangat kerja yang tinggi dan idea baru yang segar....
@mendewa
ReplyDeletesaya kira, mesyuarat berkesan adalah apa yang spt mendewa tuliskan, bagai mana pun kekadang pandangan dan kritikan lebih bersifat menghentam...itu menjadi masalahnya.
peranan pengerusi mensyuarat sangat penting mengorek pandangan serta cadangan, kalau dapat pengerusi yang gemar kepada yes man sahaja, kerap mesyuarat menjadi satu hala gitu
penyapu di rumah tak bertuakar-tukar cikgu... :P
ReplyDeleteselalu jumpa kes 'penyapu baru penyapu lama'
Bila menegur jangan sampai ada hati yang terluka kerana mulut kita. Tak pasal2 berdosa melukakan hati orang, sedangkan niat kita adalah baik.
ReplyDelete@Kujie
ReplyDeleteraya ni kena tukar penyapu lah kujie...
@Kunang-Kunang
ReplyDeletebetul kak ani...