Friday, August 13, 2010

bebel

"Puasa, cikgu....puasa..."

Ha... itulah modalnya pun, kan, dua tiga hari ini dalam kelas, bila saya mula mode bercakap saya ala membebel dan suhu kata-kata saya mula naik sedikit.

Baguslah, kerana saling mengingatkan, kan... anak-anak murid semua. Tapi, peringatan juga, untuk anda semua yang bergelar anak murid, puasa bukannya bulan untuk berlengah ke kelas dan asyik bersembang entah apa semasa saya mengajar. 

Terutama yang mengambil Chemistry SPM tu, peperiksaan Percubaan SPM lagi beberapa hari sahaja,  ni. Betul, SPM bukan segalanya, tapi dah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan kan. Dah alang-alang mendaftar untuk kertas Chemistry tu, biarlah berbaloi masa 2 tahun dihabiskan bertegang bontot atas bangku bulat di makmal tu, kan.

stacksandstacks.com


Ok, sekian bebelan berlanjut dari saya.....untuk hari ini. Minggu depan hari Isnin dengar lagi bebelan saya di sekolah semula, k.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. slm ramadhan cikgu, bebel je dpt pahala tu hehe..

    ReplyDelete
  2. Salam...:)
    Tak pe..selagi bebelan itu mendatangkan kebaikan:)

    ReplyDelete
  3. Cikgu, membebel atas perkara yang benar macam mana? Ok ke ?

    ReplyDelete
  4. Cikgu mana yg tk pernah membebel....apatah lagi dgn senario budak2 millenium ni...

    ReplyDelete
  5. Bulan puasa memang mencabar bagi para guru. Bercakap mengajar sekerat hari, leh buat tekak kering.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.