Keluar kelas waktu akhir terasa hendak demam. Masakan tidak, dok terpekik dan terlolong semasa mengajar tadi. Kalau di replay semula malulah jugak kut.
Tapak tangan kanan terasa sakitlah pulak, konon jadi si Badang menghentak papan putih memperlihat amuk dalam dada yang membuak-buak. Manalah tidaknya, benda penting yang hendak diajar, buat tak kisah sahaja diorang ni. Siap main pok-pok amai kat belakang, budak-budak lelaki Ting 4 kelas hujung ni.
Dalam pada mengamuk yang tak ingat dunia ni, rasa kelakar lah juga dalam hati, menikus juga budak-budak ni. Agaknya jarang menengok saya mengamuk, terkejut beruk lah mereka, ingat saya buang tebiat kut. Barulah terhegeh-hegeh menunjuk kerja yang sudah di selesaikan.
"Cikgu... betul saya buat ni , cikgu?"
"Cikgu, kena garis kat sini ke?"
"Cikgu, kenapa saya punya tak dapat macam cikgu lukis?"
Berderet-deret pertanyaan tiba-tiba keluar dari mulut diorang ni. Tapi, alhamdulillah, senakal dan tidak mendengar katanya diorang ni belum lagi sampai sekurang ajar budak dalam video yang tiba-tiba famous amos tu, kan.
~cikgunormah@klcitizen~
senang cerita, lu join sekaki la main pok amai-amai dgn diorang..keh keh keh
ReplyDeleteada caranya mengawal pelajar tersebut wahai cikgu :)
ReplyDeleteKak KL,
ReplyDeleteSabarlah kak.. anak2 memang begitu.. :)
Salam...
ReplyDeleteHarap cikgu tak demam...
Lihat saje video tu, gitu buruk akhlak pelajar tu dengan gurunya..
salam..terkesima tgk video tue
ReplyDeletesabar ye cikgu, jgn ngamuk2...hehehe
ReplyDeletehahaha...alahai...comelnya budak2 ni main~video budak belasah cg tu mmg dasyat la...ngeri!
ReplyDeleteLatest post:Cerita Pangkor bahagian 2 pula