Tuesday, August 24, 2010

tidak membalas komen

Ada beberapa sebab kenapa saya tidak menjawab komen di dalam entri saya:

  1. Punca utama kerana kekangan masa. Tambahan pula saya tidak menggunakan masa di sekolah / masa kerja untuk mengadap blog saya, dan balik ke rumah sudah pukul 3 petang. Itu dan ini, masak dan bagai lagi, sudah petang, bila malam pula, mengadap anak dan solat terawih sudah pukul 10 malam, dan mata saya mula kuyu selepas 10 malam. 
  2. Laluan internet yang lambat. Broadband jenis cap siput, menambahkan lagi kesukaran yang telah sedia ada.
Untuk kedua sebab di atas, saya meminta maaf jika ada pembaca yang memberi komen, kembali semula kesini dan melihat saya tidak membalas komen tersebut, seolah komen anda tidak dihargai. Tidak sama sekali. Komen ada saya baca dan fahami, dan saya ikhtiarkan juga membalas.

Tetapi jika saya terima komen seperti En Said ini dalam entri Hai O saya....


kenapa saya diam? kerana saya kira ia tidak berfaedah.... balasan komen dari saya nanti pasti bukan mengerat tetapi akan menjarak. Saya tidak suka CDM? Dia lebih tahu nampaknya dari saya sendiri. Suruh kawan2 jawab? Nampaknya dia lebih tahu walau pun hakikatnya dia tak tahu....

Adakah entri saya entri berdengki? Iri hati dengan Hai O? Benci dengan En Tan? Baca dan tepuk dahi sendiri lah ya en Said. Banyak artikel di luar yang boleh menunjukkan contoh bagaimana kita menulis kalau ada unsur dengki, iri hati dan benci.... 

Taasub boleh datang dalam berbagai bentuk... tidak menerima perbezaan pendapat adalah satu dari cirinya...
kerana itu saya tidak membalas komen beliau .... di sana, tetapi menjawab di sini pula.
:)
~cikgunormah@klcitizen~
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 comments:

  1. Salam cikgu...

    Saya tak kisah jika cikgu tak jawab komen saya di sini...no problem :)

    ReplyDelete
  2. ckLah pun mcm ustaz Abd Razak tu...blog bukan segala2nya kan cikgu. Utamakan yg hak...

    ReplyDelete
  3. salam ziarah, salam ramadhan. adakalanya kita sibuk, bila tak sibuk, tentu bloggers suka nak jawab komen2, insyallah

    ReplyDelete
  4. tak kisah pun cikgu..
    tapi kalau ada balasan lagi teruja..
    hehehe..
    semoga cikgu sihat selalu yer..

    ReplyDelete
  5. tak jawab komen bukan bermakna kita tak baca komen atau tak suka, mungkin tak perlu jawab sahaja..

    ReplyDelete
  6. He he..ok tu cikgu..Hai o yer..kome pun pernah juga di goda untuk join bisnes sebegini..

    ReplyDelete
  7. Lain orang lain gaya lain style.

    Yang pasti sehingga hari ini saya masih dengan cara saya. Kadang2 saya tak nak citer pun kat orang, tapi saya yakin orang lain faham dgn cara saya dan kehendak saya.

    Selamat berbuka CIKGU. Betul, sokong, komitment pada kerjaya dan keluarga lebih penting.

    ReplyDelete
  8. salam cikgu ..

    ummi sokong pndapat cikgu ,pilih mana yg lbh penting , tanggungjawab kita....

    ummi pun tak kisah kalu komen tak berjawab coz , di blog ummi pun sama gak ...ummi tak terjawab semua komen ,tp semuanya ummi hargai....

    ReplyDelete
  9. Kenapalah fikir sampai mcm tu..x faham betul la..pasal komen pun jadi isu.bukan ke komen itu sekadar catitan bermakna kalau kita nak komen atau nak balas komen itukan hak individu.Lain la kalau kita komen kita dpt markah bonus.
    Jgnlah disempitkan pemikiran dgn benda2 kecil mcm ni..ada org singgah di blog kita pun patut dihargai.
    p/s - nak saya terbitkan pasal entry ni ke hehe..sblm ini saya pernah buat entry yg hampir sama sila baca di sini puncanya pasal x puas hati.-->

    http://ozzy2u.blogspot.com/2010/08/blog-sampah.html

    ReplyDelete
  10. komen - pada saya balas ok tak balas pun ok,
    kita datang dan baca entri diblog seseorang tanpa dipaksa, dan kita juga tidak terpaksa untuk memberi komen...

    memberi komen sekadar menambahmesra dan menambah rasa terhadap entry yg di baca...

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Normah :)

    Saya sangat menyokong Akak supaya tidak menjawab 'komen yang berkenaan' tu. Tidak ada kaitan pun yang akak serahkan kepada kawan-kawan untuk menjawab komen yang berkenaan kerana di lain entri, banyak juga komen yang tidak direspon.

    Saya tetap akan meninggalkan komen ke blog ini (jika berkelapangan) sekalipun tiada respon. Namun, satu bonus bagi saya jika komen dijawab :)

    Di sini saya ingin kongsikan satu hadith berkenaan dengan DIAM.

    Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:

    “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu berkata yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia itu memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu memuliakan tetamunya” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Ada juga pepatah lama yang berbunyi:

    “DIAM ITU EMAS”.

    Bukan bererti lebih baik selalu diam, tetapi hendaklah berhati-hati ketika berbicara. Lebih baik diam, jika berbicara akan menimbulkan pertengkaran atau perselishan. Lebih baik diam jika tidak menguasai atau mengetahui persoalan sebenarnya. Lebih baik diam daripada menyesatkan orang lain.(http://myhut.org/blog/#/2010/01/26/hidup-dan-mati-oleh-lidah/#more-54)

    Semoga kita semua dapat mengambil kebaikan dari hadith dan kata-kata di atas. Wallu A'lam.

    ReplyDelete
  12. sy pun byk kali x balas komen sbb kkadang x larat.. tp sy rasa kekawan lain pun patut fhm.. apa kata lebih fikir yg positif dr nak fikir yg buruk..

    ReplyDelete
  13. @Abd Razak

    ada kalanya tidak terbalas...
    terima kasih razak

    ReplyDelete
  14. @ckLah@xiiinam

    yalah cklah

    tak semua orang sependapat kan

    ReplyDelete
  15. @Mak Su

    kalau tak sibuk memang mengadap laptop jelah jawabnya, membalas komen

    ReplyDelete
  16. @cikgu isza

    ya samalah kita..
    cuba juga menjawab mana yang boleh

    ReplyDelete
  17. @relevan

    join ke tidak relevan?
    kalau join mesti gaji dah ribu raban...kan

    ReplyDelete
  18. @azieazah

    selamat berbuka juga azie...
    buat mana yang terdaya

    ReplyDelete
  19. @Ummi Humaira

    yalah ummi...
    mana yang sempat kita jawab lah

    ReplyDelete
  20. @ozzy

    memang hargai orang yang datang membaca
    tetapi takkan membaca satu artikel yang tak sampai 150 patah perkataan boleh terusan melabel dan menyebut watak si penulis...
    ajaib sekali

    ReplyDelete
  21. @ibuintan

    ya, sewajarnya komen berfungsi menambah mesra dan rasa

    ReplyDelete
  22. @Ros Illiyyuun

    terima kasih atas perkongsian tu ros...

    ReplyDelete
  23. @maiyah

    harap maiyah ceria selalu ya

    ReplyDelete
  24. salam cikgu...memang orang akan suka bila komennya dibalas oleh tuan rumah. Namun itu semua terpulang pd tuan rmh jgk, rasa perlu balas la, kalau x perlu, xpyh balas. Cuma mgkin utk br penghargaan kepada pengunjung lebih elok dibalas.
    Bab Hai-O tu...abaikan jer...kalau dia betul2 nak berjaya, biarlah dgn cara yg betul, produk yang betul. Kita berjaya mcmana sekalipun tp jika tidak ikut syariah x guna jgk. Sbnrnya bila seorang melayu yg berjya dlm Hai-O, org bangsa lain berpuluh kali ganda lebih dahulu berjaya dari org melayu yg bertungkus lumus tu. Kesian.....

    ReplyDelete
  25. salam
    wow~
    sehingga ade sau entry utk pertanyaan saya?
    Tak pernah dapat komen sebegitu ke?
    kekadang kena dapat jugak supaya dengar semua pihak kan? alhamdulillah~

    Entry anda memang entry iri hati. Saya cume suarakan pendapat. Semoga terus menyokong orang melayu untuk berjaya. ye?

    p/s: tak semua org bertuah dapat kahwin dengan org kaya spt ckg normah kita ni~

    ReplyDelete
  26. @Said Saiful Fazli

    satu perkara yang saya nampak....

    en said memang pembaca setia blog saya, alhamdulillah. teruskan .....

    dan

    dengan baca beberapa entri saya, en said dah tahu susur galur hidup saya... amazing, tapi kenapalah isteri orang kaya ni masih lagi menggagah panjat tangga turun tangga mengajar anak2 murid lagi kan, baiklah duduk kat saloon mana2 buat pedicure dan manicure gitu....

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.