Thursday, January 26, 2012

bergaduh

Jom bercerita pasal lelaki. 

Tetiba pulak kan. Sebenarnya mendapat sms dari seorang rakan tentang kisah dua lelaki bergaduh berkait dengan masalah parking kereta. Perkara kecil seperti masalah parking boleh menjadi besar dan melarat bila tekanan darah  dan limpahan hormon testosteron meningkat.

Kalau nak cerita pasal lelaki, sampai tahun depan pun tak tentu habis lagi kut. 

Okay, okay, bukan lelaki saja yang suka bergaduh. Perempuan zaman sekarang pun sama jugak kan. Okaylah saya mengaku. Bukan mengaku yang saya pernah bergaduh sesama perempuan, tapi mengaku bahawa ada perempuan yang memang kaki gaduh. Tapi bergaduh pasal parking kereta(?) entahlah ya. Walau tak pernah lagi menengok perempuan bergaduh bertarik rambut secara live, sekadar di Youtube , drama dan filem sahaja, saya tahu ia bukan perkara luar biasa sekarang.

Cuma saya rasa, perempuan kalau bergaduh atas beberapa sebab. Mungkin kerana khuatir, hak miliknya diganggu gugat dan terasa seperti sesuatu miliknya akan diambil orang lain.

Yusof , apa citer sekarang?

Saya di sebelah sedang bersarapan nasi lemak yang kurang enak. Walau suami selalu memuji nasi lemak tersebut sedap, saya iyakan saja. Sebab makan free, jadi tak perlulah bersungut bagai kan. Sambil menyuap nasi lemak, saya memasang telinga. Ah, perangai busy body memang tak boleh nak elak. Yalah, dua lelaki tersebut, bersembang dengan tujuan untuk didengar orang sekeliling agaknya. Kuat suara mereka, memang tak boleh ditahan dari menerjah telinga saya.

Sudah balik kampung. Berhenti kerja , lepas itu kes lah...

Oh, saya memang ada dengar itu kes. Sampai tokey dia panggil dia kan , bla, bla, bla...

Dan , tanpa perlu bersusah payah, saya dapat tahu kisah si Yusof . Nasib baiklah Yusof bukan seorang artis, hanya seorang driver yang bekerja dengan seorang doktor berbangsa Cina .

Rupanya, orang lelaki pun bercerita juga tentang kisah rumah tangga orang lain .... ya.

*teori evolusi memungkinkan segalanya berlaku :)

~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 comments:

  1. hahaha. ingatkan perempuan je cerita rumah tangga kat orang lain. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, affan. zaman sekarang , tak boleh nak kata apa lah kan .

      Delete
  2. Takde beza antara laki dan prpn kalau bab bercerita ni. Kadang2 laki ni diorang tak nak tunjuk sangat depan org prpn,.. buat2 macho je lebih :)... kat blkg pun bercerita jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. o ya gitu, shraqs? hehehe, baru ku tahu setelah usia yang agak terlewat ini. hahaha

      Delete
  3. Orang lelaki lagi kuat mengumpat berbanding perempuan? Hahahaha.... Lelaki pun manusia juga ma....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak adalah kata kuat mengumpat .. hihihi. tetapi nak menekankan bahawa orang lelaki pun mengumpat juga :)

      Delete
  4. salam..
    begitulah manusia
    tanpa kira jantina kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah, sekarang ni semua profesion adalah unisex. tidak ada dominasi oleh satu-satu jantina pun , kan :)

      Delete
  5. Pernah melihat pak Arab bertepuk sesama sendiri ketika berada di Lubnan hnaya kerana lewat keluar simpang sahaja. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertepuk suka ke atau bertepuk bergaduh? saya rasa bergaduh kut ni ya..

      Delete
  6. Kata orang, orang lelaki mengumpat lagi teruk.... he he tak taulah betul ker tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju dengan komen anda! hahaha

      Delete
    2. ye ke? tak pernah pulak tahu orang lelaki mengumpat lagi teruk... :)

      Delete
  7. budak perempuan kalau bergaduh kat sekolah, mesti tarik tudung atau rambut. maklumlah, tak reti nak bertumbuk dan terajang. hehe..

    selalu saya biarkan aje diorang gaduh. dah penat, diorang berhenti. bawa gi bilik pengetua. biar pengetua tentukan siapa yang menang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun selalu biarkan budak bergaduh. tapi tengok jugak, mana tahu terlebih pulak kang tak pasal kita nanti kena saman :)

      Delete
  8. Kalau masing masing panas memang mudah bergaduh...

    Jom join Giveaway Sulung Miecyber's Blog

    http://www.miecyber.com/2012/01/giveaway-sulung-miecybers-blog.html

    ReplyDelete
  9. zaman sekarang semuanya sama jer lelaki dan perempuan,,,baik gaduh atau ngumpat cuma caranya aje mungkin berlainan sikit.

    ReplyDelete
  10. salam cikgu..

    tertekan kot...huhu...
    mintak pandangan cikgu komen post sy? cikgu ada pengalaman =)

    http://zaren88.blogspot.com/2012/01/buku-rich-dads-guide-to-investing-by.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga, teknik mengalih stress ... hehehe. insyaAllah sy ke sana

      Delete
  11. Nasib baik tak ada lelaki yang bergaduh bertarik rambut..hehe

    ReplyDelete
  12. benda gosip nie semua org suka tak kira jantina.hehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.