Masa memang sungguh cepat berlalu , kan.
20, 30 atau 40 tahun itu , bila dikenang dalam ingatan, seperti sekelip mata. Pelik, kan. Perasaan itu seperti perasaan kita dalam mimpi, sekelip mata. Padahal bila ditulis dan dilalui , bagi kita yang bernama insan ini, ia berlaku lama dan berliku. Cuma bila ia bertukar menjadi kenangan, ia seperti kelipan mata sesaat.
Seriously, cikgu, cikgu cucuk ya?
Yalah tu. Cucuklah sangat.
Doktor muda di depan saya ini saya pandang. Berisi sedikit badannya setelah bernikah. Walau waktu pernikahannya tidak diberitakan pada saya, tapi saya pun sedia maklum, manusia ada sisi sifat lupa terutama dalam keadaan atau situasi yang diluar jangka seperti sedih amat atau gembira sangat. Ada rakan guru yang sempat menghadiri majlis nikahnya dulu dan dari merekalah saya tahu bekas anak murid ini sudah menikah.
Betul-betullah cikgu. Umur cikgu berapa?
Saya membuat congakan di kepala, konon-kononnya. Sambil mata memandang syiling. Sejak menjadi guru Matematik secara bidan terjun ini, kerap juga aktiviti mencongak mengambil tempat dalam kepala. Hikmahnya menjadi bidan terjun :)
Tahun ini 46 lah. La... lagi 4 tahun nak 50 dah. Boleh dapat kad warga emas :)
Merepek aja, kan. Warga emas kan , umurnya 60 tahun ke atas. Hehehe ... dalam kepala saya menggelakkan diri sendiri.
Hahaha. Nanti cikgu beratur , orang suruh cikgu masuk barisan lain lah pulak. Cikgu ada makan apa-apa tak? Serious, la, cikgu nampak muda.
Perkataan keramat!!!
Nampak muda. Yeah...! Hati saya berbunga setaman. Hidung saya kembang semangkuk.
Taklah. Mana ada makan apa-apa. Tapi ....
Dia pandang, menunggu petua keramat keluar dari bibir saya. Kalau saya sebut apa aja pun, mesti doktor muda ini akan percaya rasanya.
.... lutut saya ni sakitlah.
Haha, kedut wajah boleh dilindung tapi, sakit lutut penanda dah tua, tetap tak boleh disembunyi, kan. :)
*tq Charlie for the free consultation . Nice meeting you.
~cikgunormah@klcitizen~
Kalau saya sudah berjaya nanti(cewah) entah ingat lagi tak kat cikgu-cikgu saya..hehe .Moga-moga saya ingatlah. Soal umur semua nak lari termasuk saya.hehe
ReplyDeletekena lah ingat , ya muzakkir :)
Delete:D
ReplyDeleteApa rahsianya cikgu? Bagitahulah..heehe
eh... dahlia pun awet muda, tak yahlah saya beritau
DeleteMacam ibu saya mengalami sakit lutut mungkin disebabkan Osteoartritis. Ada petua supaya minum air halia untuk mengurangkan sakit lutut atau pun kalau peringkat kronik perlu disuntik klinikal viskosuplemen mengantikan bendalir sendi yang rosak.
ReplyDeletewah , takut pulak nak kena suntik tu :(
Deletetapi bab minum air halia tu nak cuba lah
assalamualaikum cikgu..
ReplyDeletewah....charlie? ghazali tu? dah jadi doc rupanya...
saya pula nak jadi jurutera - tak boleh nak rawat cikgu..sedih juga
ya lah zaren. charlie tu si ghazali lah. dah jadi doktor dah , alhamdulillah. aii, kalau semua jadi doktor, sapa pula nak jadi jurutera ? oklah tu zaren :)
Delete.....kita tahun depan dah join WE..
ReplyDelete**Warga Emas....he he he...
wah, bestnya mamaijat :)
Deletewah tak sgka cikgu sebaya mak mertua sy..mak 47 taun nie..tp seriously cikgu nmpk muda..sy nie bdah berkedut tau.hehe..
ReplyDeletesgt suka intro entry nie..:)
wah, patut saya dah bermenantu dan bercucu dah kan :)
DeleteAssalam wbt,
ReplyDeletehehe..hati muda selalu kan cikgu, sbb tu terpancar ke wajah :)
waalaikummussalam lyn... ya begitulah kira-kiranya :)
DeleteOh ya. Dah lama saya nak tanya, asik lupa jer. Di sekolah Cikgu tu, ada ker cikgu lain bernama Suliyati Anwar? Asal Bagan Serai?
ReplyDeleterasanya macam tak ada, tapi ada dua guru baru masuk , nanti saya tanyakan :)
DeleteNanti Cikgu jawab di blog saya yer. Takut saya terlupa semak...
ReplyDeleteok, insyaAllah
Deletesukalah tu bila ada orang kata muda. hehe..
ReplyDeleteKalau anda mempunyai simptom sakit lutut/sendi atau bengkak, kebas cuba dapatkan minyak DABUS aromaterapi. Sapu di bahagian yang sakit 3-5 kali sehari. Sakit anda akan beransur kurang selepas 1-2 hari.
ReplyDelete