Saturday, January 14, 2012

tips mendapat cinta

Bercakap ikut sedap mulut dan menulis ikut panas hati.

Keduanya memang tak patut. Apa yang dicakap dan ditulis waktu itu , sebenarnya akan memperlihatkan sikap dalaman diri si pelaku. 

Wah... membalas mesej semasa dalam keadaan geram dan membacanya semula selepas itu memang menyedarkan diri saya semula. Ketuk kepala kat dinding sekejap dan mohon maaf dari si penerima dan ampun Allah atas keterlanjuran.
Kalau kita berusaha mendapatkan cinta Allah, kita akan mendapat cinta manusia juga  ~ Ustaz Pahrol Juoi: Radio Ikim
Memandu ke sekolah di pagi Sabtu ini tadi, sambil mendengar radio Ikim, terlantun ayat-ayat ini dalam fikiran saya berkali-kali. Secara logiknya memang begitulah, kan. Mana ada dalam usaha mendapat cinta Allah , kita akan melakukan perkara yang buruk. Pasti segalanya kita cuba sedaya mungkin untuk membuat yang baik dan terbaik. 

Hasilnya?

Mestilah yang disenangi oleh manusia lain, insyaAllah.

Tapi, kalau menulis ikut panas hati? Panas jugalah hati insan yang membacanya.

Aku tak kira. Yang penting hati aku puas meluahkan. Peduli apa, dia tu siapa. Dia belum tahu aku ni siapa. 

Nada bongkak yang ketara kan.

Bila kita membaca sebagai orang luar yang waras, jelas sekali tergambar, angkuh dan bongkaknya manusia ini kan.

Hanya orang bodoh sahaja yang bongkak, sebenarnya, ...

Wallahualam.

*tajuk memang tak kena entri :)

~cikgunormah@klcitizen~







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. Betul tu kak, bila kita marah memang selalu keluar kata2 yang tak sepatutnya dari mulut. Moga kita dapat kawal diri.. (ingatan untuk diri sendiri)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang selalu terlepas cakap bila marah ....

      Delete
  2. Cikgu, apa pulak tak ada kaitan entri tu? Ada la kaitannya. Mungkin ini kaitan tajuk dan entri ni.... Utk mendapatkan cinta sesiapa pun.. Akhlak dinilai dari percakapan dan tulisan..

    ReplyDelete
  3. Perwatakan seseorang yang sebenar dapat dilihat apabila ia marah. Sebab itu perlu ada agama dan ilmu untuk menyaluti akhlak kita. Saya suka kata-kata bawah ini kerana menyedar saya..

    'Hanya orang bodoh
    sahaja yang bongkak,
    sebenarnya'

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya mengetuk kepala saya dengan ayat ini ...

      Delete
  4. Moga cinta Allah sentiasa ada untuk kita...Amin.

    ReplyDelete
  5. Emosi tidak dapat dipisahkan, kerana kita manusia ada perasaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul azie... tu la selalu dok ketuk kepala sendiri :)

      Delete
  6. Keliru tajuk entri denda entri macam tidak seiring. Kadang-kadang kita merasa bangga dengan ilmu yang seciput itu. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah maksud nota kaki tu, tajuk entri tak kena :)

      Delete
  7. Salam...

    Bila dah marah, akan terkeluar nada yang tinggi, kemudian akan menyesal. Semoga sabar menjadi amalan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah kita ni , kan. Selagi hidup dan bernafas

      Delete
  8. betul cikgu,
    bila kita marah, sebenarnya kita sedikit sebanyak sudah hilang kewarasan akal..tu yg keluar perkataan yg pelik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2 ... Bila marah, waras pun lari meninggalkan kita sebentar

      Delete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.