Wah teruja sungguh saya tadi, bila membuka blog sendiri dan membaca komen dari rakan-rakan. Walau pun sebenarnya tak banyak mana komen itu, keterujaan saya bukan kerana bilangan pengomen.
Habis tu, kenapa?
Melihat threaded comment oleh blogspot. Setelah sekian lama, kan. Rupanya, terpaksa juga blogspot menyisipkan threaded comment dalam sistemnya, setelah ramai rasanya blogger sedunia yang mencari alternatif lain bagi membina blog disebabkan kekurangan ini.
lihat butang Reply dan Delete itu !! |
Ha, mulanya pelik juga menengok ada button untuk Reply dan Delete di bawah komen. Dan bila dicuba, inilah hasilnya.
kisah sebabak |
Best jugak.
Tak perlulah nak mengubah segala kod-kod CSS (?) *pakai hentam je mengguna istilah ini* bagai, hendakkan threaded comment seperti dalam medium Wordpress itu kan.
Tapi, malangnya tanda waktu yang termateri itu macam tak betullah pulak. Dah godek-godek mana yang patut dan mana yang tahu, tak juga berjaya. Tak apalah, biarkan saja. Buat pe nak pening kepala pada benda yang tak penting ini pun.
Ada satu lagi tapinya, bila meronda ke blog rakan-rakan yang guna blogspot seperti saya , ramai yang comment features tak seperti saya terima ini pulak. Saya lihat yang guna kotak komen jenis pop-up , memang tidak punya threaded comment. Nampak gayanya, kenalah bertukar ke kotak komen jenis lain pulak ya.
berita dari Buzz Blogger |
Suka lah pulak... :)
~cikgunormah@klcitizen~
perubahan yang dinantikan. sebelum ni pengguna tercari-cari alternatif lain. contohnya macam disqus dan instandebate.
ReplyDeletebetul, saya dulu pun ada juga mengguna 2 medium tersebut, disqus dan intensedebate, tetapi selalu menghadapi masalah loading yang lama
Deletememang terbaiklah..
Deletesaya paling suka
speednya..laju
memang laju, kan. cuma tak ada ciri commentluv sahaja
DeleteSaya suka kotak komen jenis thread berbanding pop up.
ReplyDeleteya betul.... saya pun .
Deleteooo mcm tu yaa.. saya ni kalau bab2 edit2 blog mmg lemah.... huhu
ReplyDeletesaya pun, tapi komen ini memang yang asal dari blogspot :) tak ada ubah apa pun
DeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteSuka juga rasanya bila dah ada sistem camni..bolehlah saya merubahkan blog saya sebegini
TQ cikgu..
waalikummussalam razak..
Deletelebih mudah membalas komen dari rakan dengan threaded comment ni, kan
bagus kalau mcm ni, sangat baik
ReplyDeletebetul, memang baik :)
Deletebagus juga blogger buat mcm ni , tinggal lagi blogger masukkan commenluv dah canggih tu ..
ReplyDeletemoga cpt2 la fungsi ini ditambah. sy psg intensedebate yg ada commentluv...mai la tengok..
DeleteinsyaAllah... akan ke sana :)
Deletebee... itulah, tunggu duapuluh tahun lagi kut, baru blogspot letak commentluv... hehehe
Deletesaya guna intensedebate sbb ia ada commentluv..at least the visitor can leave his blog URL...nak tanya sikit ni...kalau guna threaded comment adakah komen dari pengunjung akan sampai ke emel kita spt yg intensedebate buat tu? TQ
ReplyDeletesaya tak subscribe ke email, jadi tak adalah notification ke email.. :)
DeleteSalam. Kak Normah, Nur dah buat juga.. Memang sangat menarik.
ReplyDeletep/s : Nur ada linkkan blog akak dalam entri tentang "threaded comment". Terima kasih ye kak.
terima kasih nur :)
Delete