Monday, January 2, 2012

berasa dia dekat






Mata tak boleh nak lelap semalam.

Ah.. menipu.

Sebenarnya tidur nyenyak macam biasa. Cuma sebelum tidur itu, sempat menyelak buku yang sudah lama dibeli dan sempat bergambar lagi dengan penulis buku tersebut.

yang pakai baju hijau tu saya... hahaha, nak beritau, takut tersilap  :)
Banyakkanlah mencari Tuhan dengan sepenuh jiwa, agar anda berasa Allah itu sangat hampir. Kita tidak cukup dengan hanya mengingati Tuhan di fikiran, tapi harus berasa Dia dekat dengan perasaan dan hati. Berasa Allah dekat akan mendorong kita untuk membuat permohonan dengan lebih khusyuk. ~ Rawatlah Hati, m/s 346 : Dr Robiah K. Hamzah

Bila agaknya kita berasa dekat dengan Tuhan?

Bila kita diuji. 

Diuji dengan masalah yang kita rasa seperti tiada jalan keluar dan, ..  buntu adalah kata yang tepat.

Ada yang tidak pernah diuji dengan ujian maha hebat?

Ramai yang telah, dan mungkin ada yang sedang diuji sekarang, hari ini, tika ini, saat ini tatkala membaca tulisan saya ini. 

Percayalah, setiap ujian itu ada pengakhirannya. Tiada yang kekal.

Cuma doa saya , moga yang sedang diuji itu, Allah tunjukkan jalan mengatasinya dan dikurniakan hati yang kental dan tabah serta pandangan yang jelas dan jernih.

*Dua tapak sudah kita melangkah di tahun baru 2012. :)

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. .....InsyaAllah.....
    mamaijat akan cari juga Rawat lah hati...
    buku tu sebagai bahan bacaan....

    ReplyDelete
  2. Salam. Buku apa tu Kak? Boleh kongsikan dengan kami.. :-)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. mamaijat > buku ini best juga sebab Dr Robiah kumpulkan soalan2 dari patientnya dan dia cuba membantu menjawab :)

    Nur > buku ini bertajuk Rawatlah Hati , saya ada ulas sikit buku ini di sini sini

    ReplyDelete
  5. Hati yg terbiar kaku...lesu...pasti memakan diri sendiri andai tidak dirawat.....moga diberi hidayahNya jua....:)

    ReplyDelete
  6. DR robiah ye nama dia ? sy terlupa.. tapi suka jugak cr beliau beri ucapan :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.