Saturday, April 2, 2011

I Love You

Mengantuknya mata. Tapi sebab dok menunggu anak habis kelas tuisyen, digagahkan juga mata ini sambil cuba-cuba mengupdate entri.

Mengikhlaskan diri dengan 4 cara... malangnya saya cuma ingat 3 dari 4 cara itu sahaja, iaitu membuat kerja jangan tergesa-gesa, sabar dan mesti selalu happy. Itu yang dipesan oleh motivator Dr Robiah K Hamzah semasa kursus singkat pagi tadi. Sayang, tidak dapat menyalin, kerana beliau tidak mahu melihat ada yang menyalin.

Keluar dari dewan, pipi terasa lenguh dek penat bergelak tawa .  Orang lama yang penuh pengalaman memberi ceramah dan dorongan menyebabkan sedikit pun tidak terasa jemu berada dalam sesinya. Alangkah bagusnya kalau saya pun bisa jadi sebegitu bila mana usia 60an sepertinya. Wajah tampak muda dan masih punya kudrat tenaga yang banyak ke sana dan ke sini menyuntik semangat dan rasa sayang pada diri.

Hidup kena banyak memberi dengan bahagia, agar kita diberi Allah juga kebahagiaan. Itu pesannya yang boleh saya simpulkan. 

I Love You ~ sebutkan pada orang di sekeliling, katanya.....


Sambil bergelak tawa, fikiran saya melihat semula tindakan dan kata-kata saya terhadap orang sekeliling terutama anak, suami, rakan-rakan dan anak didik di sekolah. Memang ada dan pasti ada yang silap serta tidak patut saya lakukan dalam tindakan dan keluarkan dalam perkataan. Apatah lagi bila emosi tidak stabil melalui kitar dan fasa bulanan.

Saya petik kata-kata beliau dari bukunya  "Rawatlah Hati" ~ Usahlah mengharapkan anak menjadi baik dan sempurna jika kita terus melihat mereka sebagai bermasalah....

Moga hari-hari esok saya bisa menjadi lebih baik. 

* saya sudah jatuh cinta... 


~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. SALAM..
    ERPPPP..nak jawab apa erkkk?
    I LOV YOU too..
    :D

    ReplyDelete
  2. SALAM,
    BILA MEMBACA N3 INI, KLC APA KURANGNYA? TAK KURANG HEBATNYA DGN MOTIVATOR BERKENAAN !

    ReplyDelete
  3. Hidup kena banyak memberi dengan bahagia, agar kita diberi Allah juga kebahagiaan-betul kak, bila kita buat orng gembira, kita juga tuimpang gembira..spt kata ustaz hasrizal, erti hidup pd memberi

    ReplyDelete
  4. nanti kalau akak buat talk nanti, bagi tiket free satu ye..hhee

    ReplyDelete
  5. betul tu. IM selalu cuba amalkan budaya kerja tak tergesa-gesa, jadikan kerja itu sesuatu yang menggembirakan dan sabar dalam apa juga kerenah.

    kalau bangun lewat pun, IM relaks saja bawa kereta. merah pun merahlah punch card IM...

    ReplyDelete
  6. hi kak..
    dah lama rasanya tak pegi mana2 ceramah motivasi. motivasikan diri dengan baca2 buku je.

    bilalah ada masa nak dengar ceramah motivasi lak nie..

    selamat berhujung minggu kak..

    ReplyDelete
  7. wahhh... bestnya...
    nak cari jugak la buku tu.
    =)
    *i love you kak*

    ReplyDelete
  8. @suffer8zine

    tak yah tunggu nanti, sekarang pun boleh

    ReplyDelete
  9. @luahfikiran

    ish.. saya banyak kurangnya Dato'

    ReplyDelete
  10. @n@m@n

    akak bagi 3 la... utk Darwis dan mamanya sekali *berangan*

    ReplyDelete
  11. @Dearie Pearls

    Dearie pearl...

    Akak pun sebab terpaksa je pergi ...tapi alhamdulillah seronok pulak

    ReplyDelete
  12. Kasih kerana Allah ganjarannya syurga, hebat Dr Rubiah hebat juga kl citizen dengan entry2 yang menyentuh hati dan penuh motivasi.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.