Monday, April 11, 2011

Umur saya mungkin pendek....

Biasa ternampak dan terlihat, guru-guru yang kembali dari bercuti bersalin selama 60 hari punya wajah yang sungguh berseri. Adakah kerana lama tidak melihat wajah mereka, maka yang melihat, dek sebab rindu pada mereka ini, menjadikan wajah yang dirindu itu seperti tidak puas dipandang? Ibarat Majnun yang tidak pernah puas menatap wajah si Laila?

Ataukah kerana punya masa rehat yang panjang di rumah atau di kampung, guru-guru yang kembali bertugas ini punya semangat yang memekar semula? Lantas semangat itu melimpah pada wajah?

Eh, kak Normah tengok awak berseri sungguh!

Ikhlas dari hati, tutur kata saya di kantin waktu itu, pagi tadi. Dia tersenyum, menambahkan lagi manis wajahnya dan mengucapkan terima kasih, agak malu-malu.

Kak Normah, .....nak cakap sikit. Jangan terasa apa-apa pulak ya.

Saya memandang wajahnya serius. Cuba fokus. Walau Monday blues sudah tahap maksima hari ini, tetap juga ingin mendengar.

Orang cakap kan....

Ayat bermula dengan orang cakap, memang serius. Kalau selain orang yang bercakap, tak perlulah kita ambil pusing, sebab ia tidak mungkin berpijak pada realiti manusiawi.

Orang cakap kan.....

Siapakah orang itu? Tidak perlu ditanya siapa. Siapa itu tidak penting, tapi apa yang dicakapkannya itu yang penting.

Orang cakap kan....cikgu-cikgu yang mengajar Kimia ni kan, selalu pendek umurnya. Kenapa ya?

Hahaha....

Apa lagi jawapan yang perlu? Kerana saya pun tak tahu hendak memberi jawapan paling bernas dan paling intelek waktu itu.

Agaknya betullah tu, kan. Pikir yang positif je lah... Sekurang-kurangnya tidaklah lama mengumpul dosa. Jawab saya.

*sambil terfikir bila agaknya boleh mengajar Pendidikan Islam pula?

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Agaknya kalau jawab 'Allah sangat menyayangi mereka' agaknya apa yang akan mereka kata..?

    ReplyDelete
  2. aik..ada pulak...saya tak pernah dengar pon..kalau dengar pun agak kelakar..tu bukan urusan kita kan?

    ReplyDelete
  3. tak pernah dengar pun? adakah cikgu bio juga pendek umur? hehe

    ReplyDelete
  4. Bila bila sahaja kita boleh pergi...

    Tandas segera

    ReplyDelete
  5. Siapa kita untuk memastikan umur dan ajal, kan?

    Tapi wajah berseri biasanya datang dari dalam hati yang bersih.

    Subjektif juga tu.

    ReplyDelete
  6. yang cepat pendek umur itu ialah orang yang mengata.. he..he..

    ReplyDelete
  7. @Abd Razak

    HarApnya begitulah razak...
    Allah lebih menyayangi.

    ReplyDelete
  8. @n@m@n

    YA... Berlawak je cikgu tu agaknya. Tapi mungkin dari pengalaman hidupnya, memang secara kebetulan ada guru kimia yang tidak panjang umurnya.

    ReplyDelete
  9. @ain fathihah

    Ha.. Ain dah cuak ya. Tak kiralah ain, pendek atau panjang bukan atas daya kita, kan

    ReplyDelete
  10. @azieazah

    Betul tu azie, mungkin lama di rumah, kurang sakit hati dan lama bersama baby, hati lebih lembut, kerna itu wajah lebih berseri

    ReplyDelete
  11. @Insan Marhaen

    Ish... Tidak juga, niatnya hanya untuk bergurau, mungkin. :)

    ReplyDelete
  12. Allah yang menentukan segalanya.

    ReplyDelete
  13. wah cekgu ajar kimia ke.. subjek favorite saya time skolah huhu.. smpai lah bawak ke U

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.