Sunday, April 24, 2011

nanti dah tua nak bawak teksi pulak...

Buat kerja last minute. Itulah saya.  

Sebab sudah menjadi tabiat, dan usia pun melebihi 40,  sudah tak kuasa  nak berubah saat ini. Saat-saat nanti bila kesedaran itu memuncak naik dan iman pun menebal lebih dari kebiasaannya, pasti akan saya sematkan azam untuk berubah sikap, entah untuk kali yang ke berapa. Dan sematan yang entah ke berapa juga.

Sekarang masa bersantai. Hari Ahad tengahari yang panas awalnya dan sedang hujan sekarang. Sedapnya, berlingkar atas katil yang sengaja digelapkan agar sejuk penghawa dingin itu lebih terasa. Lalu mengadap laptop dan cuba mengupdate entri.

Balik dari Lot 10 bersendirian, menaiki teksi. Walau perginya saya tadi  bersama suami , tapi atas urusan kerjanya, dan sebagai isteri yang memahami (yalah tu), saya balik ke rumah dahulu untuk menguruskan anak dan hal rumah pula. Macamlah bagus ayat saya, menguruskan hal rumah... :) Lebih kepada terbayang katil dan selimut yang menunggu.

sumber
Ha... cerita dalam teksi yang saya nak bawakan. Bukan...bukan terjumpa abang Lokman dalam rancangan Teksi tu. Tapi cerita tentang kisah pemandu teksi yang lain.

Sudah 5 tahun saya bawa teksi ini, ma'am.

Pertama kali dipanggil ma'am  terasa macam pelancong luar baru mendarat di luar Pavillion pulak. Terasa dihormati gitu.

Saya kan, dulu bawak treler, sekarang bawak teksi sebab ingat sama anak perempuan saya, kerja di HKL. Dulu, hari-hari petang balik kereja dia komplen, berdiri dari KL Sentral sampai Kelang naik itu komuter. Ya. Saya duduk Kelang, ma'am. Sekarang saya hantar dia pagi-pagi pegi HKL, pastu saya round satu KL bawak teksi.

Orangnya sudah penuh uban di kepala. Bercakap fasih berbahasa Melayu. Siap dengan lenggok kepala ibarat menonton hero filem Tamil.

Saya sudah lama ada lesen ini teksi. Muda dulu sudah ambil. Lesen bas pun ada. Lepas tengok anak saya banyak susah, saya tanya kawan, macamana mau bawa teksi? Dia orang beritau, bayar tiga ribu setengah pada company, kemudian hari-hari bayar RM41 sampai 3 tahun setengah, nanti teksi itu jadi kita punya.

Saya perhati teksinya bersih. Alas kusyen teksi dari kain nilon saya kira, entah, saya pakai hentam saja, kain jenis apa pun saya tak tau, warna merah seperti warna teksinya, bersih tanpa sebarang tompok.

Saya, ma'am, jalan mesti ikut meter punya. Dari awal lagi bawak teksi. Takde cakap punya. Kalau saya ha, nampak orang tua atau saya fikir itu orang susah, saya mesti bagi diskaun . Betul punya, ma'am. Selalu juga saya bagi free, kalau dalam hati saya memang rasa itu orang susah punya. Selalu ha, itu customer akan cakap, Tuhan restu banyak sama awak. 

Itu sebab, ma'am, saya tarak pernah susah dapat customer. Tiap-tiap hari takde miss bayar sewa. Sekarang, sudah lama ini teksi saya punya. Ada orang 30 tahun bawak teksi tapi sampai sekarang teksi bukan dia punya, sebab apa? 

Dia tanya saya....

Sebab suka tipu. Memang susah cari makan kalau suka tipu, ma'am.

Dia jawab. 

Hari Ahad mendapat tazkirah yang baik dari insan yang berlainan agama dan ketauhidannya tapi punya nilai kemanusiaan yang sama.

*hidup ini memang sekolah yang baik.

~cikgunormah@klcitizen~








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. suka entri ni..sekolah kehidupan.

    ReplyDelete
  2. Nice story to share..."jangan suka tipu, nanti susah cari makan!"...like ....

    ReplyDelete
  3. inilah sekolah kehidupan ma' am

    ReplyDelete
  4. Bagus kisah ni kak.
    :)

    Betul kata Uncle tu, hidup jangan menipu. Kalau tak, tak ada keberkatan kan?
    :)

    Zara kalau bawa teksi, haruslah orang sakit jantung sebab suka berbual. XD

    ReplyDelete
  5. @ain fathihah

    Ain... Kita belajar dengan sesiapa sahaja kan

    ReplyDelete
  6. @khaty

    Betul pn khaty, amanah sentiasa memberi berkat pada sesiapa sahaja rupanya

    ReplyDelete
  7. @IMANSHAH yalah iman... Sedap pulak iman panggil ma'am

    ReplyDelete
  8. @LORD ZARA 札拉

    Wah terharu pulak zara menyinggah di sini... Pemandu teksi kena pandai berbual zara....tak teringin ubah karier? :)

    ReplyDelete
  9. ambil mana yang baik untuk jadikan tauladan tak salah walau dari siapa pun ... pengalaman hidup adalah universiti terbuka.

    ReplyDelete
  10. pernah bawa teksi..apa yang diperkatakan oleh pemandu tu ada kebenarannya...tetapi aduh...keras kaki tekan clutch nak cari makan..pinggang jangan ceritalah..makan tongkat ali pun bengkok juga..seharian mencari rezeki..huhuhu..

    ReplyDelete
  11. baru je sembang dengan angah bahawa pengalaman hidup begini tak di ajar di IPT.

    ReplyDelete
  12. salam..
    rezeki di mana-mana
    setidaknya drebar teksi
    mudah nak ke mana-mana
    bila ada urusan keluarga..
    start enjin je jalan..
    :)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum...

    Orang bawa teksi suka bersembang kan cikgu! Kalau saya bawa teksi pastilah penumpang jadi boring sebab saya kurang bercakap..:)

    ReplyDelete
  14. @abu muaz

    Betul abu muaz, setiap kita sedang berada di universiti ini kan

    ReplyDelete
  15. Pernah naik teksi yang pemandunya dalam usia awal 60an.

    Sepanjang jalan asyim berzikir dan menekan alat pengira zikir (maca jam kecik tu, setiap kali zikir ditekan untuk mengira). Kadang2 terpak emergensi break.

    Tak taulah apa hukum kalau dah macam tu.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.