Saturday, April 30, 2011

apa sebenarnya motif awak?

Betulke ni, Mah.

Saya lihat di sekeliling. 

Masing-masing dengan pakaian paling cantik yang ada dalam simpanan agaknya. Yang wanita kebanyakannya memperagakan tudung trend terkini, siap manik-manik bergemerlapan, kerongsang terbesar yang ada, wangian sepanjang jalan dan hand bag termahal dalam almari di rumah.

Make up di muka masing- masing masih segar, walau bahang panas tengahari sudah terasa tetapi waktu itu jam masih awal, makanan baru sahaja boleh dijamah. 

Bergaya masing-masing, eh... termasuklah saya. Jangan tak tahu.... walau kasut pun sudah haus tapaknya dipakai hari-hari, dan tas tangan yang ada hanyalah tas murahan, muka pun hanya ditepuk-tepuk dengan bedak talkum baby johnson berwarna ungu yang masih tak habis setelah dua tahun dalam simpanan. Tetap bergaya.... di hati. :)

Dalam kepala terbayang topi-topi wanita-wanita anggun dalam majlis Perkahwinan Diraja Britain yang baru sahaja berlalu. Ganti topi di sini, tudunglah kan. Memanglah tudung tu kewajipan. Saya tahu. Topi itu hanyalah pilihan dan aksesori. Saya tahu juga. 




Tapi, tudung sekarang juga sudah berjaya diaksesorikan ia.

Saya memanjangkan leher cuba mencari wajah-wajah yang dikenali.

Yalah, nanti tidak pasal-pasal makan nasi minyak tanpa sebarang undangan, boleh jatuh berdosa tukan.

Tak nampak pula sesiapa yang dikenali. Terusan lagi langkah kami ke hadapan.

Meriah. Biasalah majlis perkahwinan. Bukannya majlis kematian. Yang sedang makan pun bukannya khusyuk mengadap makanan, sambil makan mata meliar melihat orang sekeliling, sama ada melihat aksesori orang lain atau pun mencari wajah-wajah yang dikenali yang sudah lama tidak bertemu.

Ah.. Lega, bila akhirnya ternampak tuan rumah yang juga jiran kami. Kenduri kahwin anak perempuan sulungnya dijalankan di Dewan War-Die-Burn, KL. Kem askar yang selalu disebut wadiben camp, rupanya perkataan yang sebenar ialah perang - mati- terbakar, .. menggerunkan juga , bila perang akan mati terbakar. 

Apa motif entri hari ini ya? entah... tak ada motif rasanya... :)

* selamat pengantin baru buat Dr Hannah Izzati dan Mokhtar, dua-dua bekas anak murid yang lama juga bercinta sesama dan akhirnya berjaya diijabkabul hari ini...

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. Erk...tu topi ke tudung saji?? ehehe

    ReplyDelete
  2. motifnya nak makan le. tu yang cari tuan rumah..

    ReplyDelete
  3. canggih betul topi dato siti tu..kak normah bila nk pakai topi cam tu????

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...

    pengakuan atas kepala tu menunjukkan sapa kita..

    ReplyDelete
  5. Salam Cikgu,

    Tahniah kepada mempelai. Selamat pengantin baru.

    ReplyDelete
  6. war-die-burn
    saya baru tahu. kejamnya nama tu.

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum Normah

    Ya lah makna wardieburn ni memang kejam.. kak tak pernah terfikirpun walaupun dulu berjiran lebih kurang lima tahun semasa mengajar di Teknik Setapak, dulu SMV Setapak.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.