Sunday, May 1, 2011

wahai sang pencinta...

Bolehkah aku berubah?  Aku perlukan seseorang untuk membimbing aku.

Bukan saya. Orang lain. Kenalan. Tetapi tidak rapat. Sekadar ber'hai' dan ber'bye' di alam maya. Sedang bercinta agaknya. Biasanya begitulah. 

Sedang bercinta, memang keinginan meluap ingin jadi yang terbaik untuk pasangan. Tidak mahu kekasih tahu tentang sifat yang tidak baik yang ada pada kita. Ingin lebih caring, ambil berat, ambil kesah dan segala ambil yang baik-baik. 

Sedang bercinta, tidak mahu bermasam muka, tidak mahu terguris rasa, tidak mahu sang kekasih memendam rasa. Biarlah segala yang terlintas diluah, dikongsi bersama. Indahnya waktu bercinta, sanggup dan rela berbuat apa sahaja untuk sang kekasih. Penantian yang menyiksakan bukan lagi hukuman tetapi ujian menentu besar dan kental rasa kasih yang mendalam.

Hakikatnya, setiap kita punya tabiat. Old habits die hard

Semudah itukah mengubah sikap? Mungkin. Jika kasihnya memang mendalam dan tabiatnya itu memang menjijikkan. 

Setakat berubah warna baju kegemaran atau lagu yang didengar, memang tidak susah mana. Tetapi hendak mengubah persepsi dan pandangan yang berakar dalam diri itu yang susah. Kalau pandang hidupnya meletakkan wanita itu di bawah, bukan untuk berdiri di sebelah, sampai mati pun itu yang akan dipegangnya. Percayalah.

Wahai sang pencinta.... alam percintaan adalah alam ilusi, mimpi manis sebagai teman tidur. Terjaga dari tidur nanti, itulah alam perkahwinan. 

Selamat pengantin baru buat anak buah sepupu suami, Mr Muaz.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. selamat pengantin baru wat semua..

    ReplyDelete
  2. kata tok kadi tadi, kalau nak tangkap, tangkap pasangan yang berpelukan atas motor. kalau yang berenggang atas motor, tak perlu buang masa nak tahan...

    dalam maknanya tu!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Hal yang bisa menguatkan cinta adalah TAQWA, hingga kelak sampai di syurga. Cinta yang tidak didasari taqwa akan tetap di hisab kelak.

    ReplyDelete
  4. @Gen2Merah

    tunggu gen2 merah pulak melayang kad kawin

    ReplyDelete
  5. @Insan Marhaen

    betullah IM. masa bercinta, nak rapat je macam belangkas, kan, dah kawin realitinya, panas kalau rapat sangat...

    ReplyDelete
  6. @Abd Razak

    waalaikummussalam razak


    insaf sekejap..

    ReplyDelete
  7. bg pasangn bercinta,kalu nk wt ape2 kena fikirkn kekasih yg pertama n yg utama dulu iaitu Allah...

    ReplyDelete
  8. bercinta lepas kahwin la....

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.