Friday, May 6, 2011

saya ni tidaklah jahat, baik sangat pun tidak...

Sentiasalah cuba memudahkan, membantu sedaya boleh.

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Permudahkanlah, janganlah menyusahkan, tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri daripada kamu." ~ Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Berehat sebentar dari penat, membelek buku 101 Rekreasi Hati, kumpulan hadis yang dikompilasi oleh Dr Zahazan.

Wah, menjadi ustazah pulak malam-malam Sabtu ni.  Cita-cita tu ada, tapi tak pernah kesampaian. :) Melihat diri sendiri yang serba kurang, tak adalah hendak berangan panjang menjadi ustazah pulak. Walau pun dahulu, satu masa dulu, pernah kelihatan lebih dari ustazah, masih belum ada tauliah dan kelayakan hendak menjadi lebih dari seorang guru kimia.

Ya, ada ramai insan di luar yang sengaja menyusahkan manusia lain. Atas apa sebab pun, memang tidak sepatutnya. Apatah lagi kalau kita yang ingin dikumpul nanti dalam kalangan umat Nabi SAW.

Tetapi, kekadang, dek rasa marah atau ingin mengajar, saya juga tidak terkecuali sengaja ingin menyusahkan. Jahat ya. Eh ... tidaklah jahat. Cuma tidak patut, begitu. Biasanya sengaja ingin menyusahkan seseorang sebab ingin dia merasa. 

Kalau sudah dapat melihat yang dia itu susah, rasa puas dalam hati, kan. 

Itulah, sifat saya sebagai manusia... Ya, saya tahu. Tidak patut. Memang tidak patut. Jadi? Okaylah, saya cuba. Memudahkan. Agar insyaAllah, mudah juga perjalanan hidup saya.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. sesekali kita menyusahkan orang kerana terpaksa namun kita di susahkan orang diketika lain pula.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.