Setelah hampir 2 minggu bercuti, alhamdulillah.... esok akan mula bersekolah. Minggu yang pastinya sibuk, kerana pada hari Selasa nanti, anak saya yang seorang sahaja itu, Harith, akan menduduki Peperiksaan UPSR nya. Minta tolong doakan kejayaan anak saya itu ya....
Jadi, hari ini adalah hari mempersiapkan diri. Mental, fizikal dan material.
Okay.
Pagi tadi selepas menyempurnakan segala tugasan yang patut, saya membelek buku lama, Dale Carnergie: How to win Friends and Influence People. Buku yang dah lama dalam simpanan, saya beli tahun 1997 dahulu, hinggakan kertasnya pun dah bertukar warna dek usia yang tua.
Salah satu kaedah yang dicadangkan menangani insan di sekeliling kita ialah "Arouse in other person an eager want".
Benda ni selalu kita buat, terutama dengan anak-anak kita, kan. Contohnya, anak yang tidak mahu ke sekolah. Tidak ada satu cara khusus mengatasi masalah anak tidak mahu ke sekolah , terutama anak-anak kecil yang tidak mahu ke tadika. Tidak mahu boleh jadi atas banyak sebab, mungkin salah satunya kerana tidak ada keinginan. Keinginan itu lah yang perlu dibangkitkan.
Cerita yang dibawa dalam buku tersebut, masalah yang sama dihadapi dengan anak kedua sebuah keluarga. Si bapa dan ibu berpakat dengan anak sulung untuk mengatasi masalah tersebut. Mereka bertiga bersama-sama membuat aktiviti melukis finger printing. Gelak tawa dan keseronokan yang tergambar semasa aktiviti mereka bertiga, menarik minat si adik untuk turut serta, tetapi tidak dibenarkan kerana kata ayahnya, kemahiran tersebut hanya boleh diperolehi di sekolah. Setelah ada kemahiran tersebut, barulah si adik ini nanti akan dibenarkan turut sama. Esoknya, awal pagi lagi si adik telah bangun lebih awal dari orang lain, menunggu di ruang tamu, takut terlewat hendak ke sekolah.
Keinginan diri sendiri akan secara semula jadi mendorong sesiapa sahaja untuk berusaha.
Hendak membangkitkan keinginan itulah yang agak sukar dan perlukan kemahiran. Bukan semua orang punya kebolehan seperti itu. Satu cara ialah meletak diri kita di tempat orang yang ingin kita pengaruhi.
Apakah keinginan dan kemahuannya? Apa yang kita inginkan, apa yang kita mahu... itu tidak penting bagi semua orang. Jika hendak berjaya mempengaruhi , kita perlu tahu terlebih dahulu menyelongkar keinginan orang lain dan bertindak secara berhemah 'memanipulasi' keinginan tersebut secara positif.
*membangkitkan keinginan anak-anak yang tidak tahu pun apa yang diinginkan dalam dunia ini selain libur semata ...itu memang payah*
~cikgunormah@klcitizen~
Salam...
ReplyDeleteMoga Allah permudahkan Harith dalam peperiksaannya nanti, diluas pemikiran dan ditabahkan hati dan semoga Allah kurniakan kejayaannya nanti...amin..
Selamat kembali ke sekolah...
ReplyDelete***Saya sudah mula bersekolah hari Rabu, Jumaat dan semalam, Sabtu. Alasan pengetua, exam dah dekat....walaupun sekolah2 berhampiran semuanya bercuti...
Ironinya......murid ramai yang tak hadir, sehingga ada kelas yang terpaksa digabungkan. Ada sesuatu yang terbuku di hati tentang perkara ini, tapi, siapalah saya untuk memberi pendapat. :)
saya pun sama dengan cklah, mula bersekolah hari Jumaat dan sabtu..sama kes dengan cklah tak sampai suku murid yang hadir, p&p tidak dapat dijalankan....
ReplyDeleteAda sesuatu yang terbuku di hati tentang perkara ini, tapi, siapalah saya untuk memberi pendapat....setuju sangat sebab kami guru2 bawahan dah beri pendapat tak dipandang langsung
salam aidilfitri cikgu,
ReplyDeleteSemoga Harith dipermudahkan Allah semasa menjawab exam and dapat excellent result with flying colours too...
Seronok betul bila cikgu share apa cikgu dah baca dan ayat terakhir yang buat kita berfikir :)
Selamat kembali ke sekolah kak
ReplyDeletegood luck,harith..
ReplyDeleteuntuk ujudkan self esteem ke dalam diri anak-anak itu perlukan kesabaran dan bijaksana..
ReplyDeleteinsyaallah cikgu,
ReplyDeletekadangala.. dalam menangani sesuatu.. masanya belum tiba.. cepat atau lambat.. insyaallah.. suatu hari.. berkat usaha dan doa.. segala menjadi kenyataan..
keiginan mengatasi segalanya.. kalau keinginan dilayan 100% maka terjadilah kes2 yang x diingini jg..
ReplyDeletebiler keinginan melebihi kemahuan, same cam emosi melebihi segala2nya.. kena tau mengawal keinginan sebaik mungkin..
ReplyDeletekesian gak tgk cikgu2 yg kene naik keje awal... walaupun i bkn cikgu..n cume ibu yg kene hantar anak dia g skool..pun i trase gak..nape laaa...sekolah ni naik awal sgt!!! maybe betol kate guru beso tu...dah nak exam..tp xyah le libatkan semua kelas..maybe kelas tambahan bergilir utk bebdk drjh 6 tu kire ok lah kan??
ReplyDeleteomaknyer yg nk nganto ni pun maleh..ni kan plak anak i yg darjah 2 tu...masih maleh lg nk g sekolah...huhuhu....
Teknik nilah yang diguna oleh salesman, contohnya pasal kad kredit, dari orang menyampah.... sekarang ni hampir setiap org ada lebih dari satu kad kredit.
ReplyDeleteMrk sangat berjaya mempengaruni dan mengubah keinginan orang ramai, dari takutkan hutang, menjadi suka berhutang...berlambak-lambak lak tu!!
Salam my dear sis Normah:)
ReplyDeleteSelamat Berjuang utk Harith..
Good Luck!!
p/s:
Last year anakanda upsr..yang over panic bukannya anaknya..tp makbondanya lakk..aduhaii..
Pe2...doa ibu paling mujarab & yg terbaik kann..:):)InsyaAllah sis..:)
salam kak mah..
ReplyDeletesemoga anak2 kita tenang menghadapi UPSR...
@Abd Razak
ReplyDeleteameen
terima kasih razak
@ckLah@xiiinam
ReplyDeleteawal lagi dah mula bersekolah ya
itulah kan ckLah, kita hanya menurut perintah
@ibuintan
ReplyDeletenak buat camana kan ibuintan...
sekurangnya dah luahkan perasaan
@FairyLilly
ReplyDeleteameen utk doa harith
dah lama tak berkunjung fairy, nanti ada peluang saya ke sana ya
@imanshah
ReplyDeleteterima kasih
samalh juga untuk awak
@Hamizah
ReplyDeletetq hamizah
@Insan Marhaen
ReplyDeleteitulah IM
ujian...
@cikgu isza
ReplyDeleteinsyaAllah
ujian Allah nak tengok saya camana
@Kyuubi_85
ReplyDeletekeingingan sebegitu perlu dipositifkan oleh kita yang tahu akan buruknya
@darkbatman
ReplyDeleteya...
tetapi keinginan untuk berjaya yang pentig dan perlu diujud sedarkan
@cEkEtENG
ReplyDeleteyalah... mood beraya pun tak abis lagi kan
@mus99
ReplyDeletesetuju mus
@Pn Kartini
ReplyDeleteterima kasih
betullah tu
dah terasa cam nak demam
@atie
ReplyDeleteameen
kirim salam kat auna