Thursday, September 23, 2010

Berat ke ringan

Saban kali kita dengar dan baca bahawa rakyat Malaysia kurang membaca. Betulkah? Padahal saya lihat, di kedai-kedai yang menjual suratkhabar atau majalah, pasti  ada bahan bacaan yang terdapat di situ dan kerap kali juga sesetengah bahan bacaan tersebut habis stok.

Fenomena membaca bukan sahaja terhad pada bahan bercetak tetapi melalui media elektronik, terutama melalui laman sosial di internet menunjukkan rakyat Malaysia sebenarnya membaca, bukannya tidak membaca.

Jadi, salahlah pernyataan , saya kira tentang kurangnya sifat membaca di kalangan kita semua.

utusan
Yang menjadi permasalahan ialah jenis bahan bacaan. Orang di Malaysia gemar membaca bahan bacaan ringan, terutama majalah hiburan dan paling banyak membaca suratkhabar, ..... noktah.

berita harian

Membeli buku dan membaca buku  agak kurang. Walau bagai mana pun, saya lihat setiap kali Pesta Buku diadakan, ramai juga yang membeli buku berbondong-bondong. Jadi, tidak juga boleh dikatakan rakyat Malaysia kurang membeli buku....

Cumanya, saya kira kalau hendak dibandingkan dengan pembelian lain, memang kita lebih gemar membeli tudung, kasut, beg tangan serta barang elektronik berbanding buku, pada harga yang sama.

Bila saya ke Singapura baru ini, saya lihat harga buku di sana (pada kadaran mereka, jangan ditukar nilai matawang ya...) jauh lebih murah. Novel Bahasa Inggeris oleh penulis yang saya minati, baru dijual dengan harga $17 dolar berbanding dengan kita sehingga RM40.  Kalau saya penduduk Singapura, memang saya mampu lah membeli 2 buah buku pada nilai 40 itu.

Itu dari segi harga buku. 

Dari segi jenis dan bahan pembacaan. Saya nampak masyarakat kini lebih gemar membaca novel. Saya tidak terkecuali. Cuma lewat ini, minat terhadap novel, dalam diri saya berkurangan secara drastik. Saya lebih berminat kepada pembacaan bahan motivasi,  serta bahan ilmiah tahap rendah. (ada ke ilmiah tahap rendah ini?...saya kira ada)

Pada hemat saya, adalah lebih membimbangkan jika peningkatan statistik pembacaan dan jumlah jualan buku hanya membabitkan novel cinta remaja dan majalah hiburan. Tidak dinafikan novel cinta remaja boleh menarik minat generasi muda berjinak-jinak menghayati tabiat membaca dan mendampingi buku. Tidak dinafikan juga majalah hiburan membantu dari segi promosi produk hiburan tempatan.

Tetapi daripada perspektif kualiti keilmuan, peningkatan dalam aspek itu kurang membantu untuk menyegarkan budaya ilmu. Kita maklum bahawa sesebuah masyarakat maju ditunjangi penguasaan ilmu tahap tinggi, kemahiran khusus dan budaya ilmu yang sentiasa mendorong ke arah inovasi dan kreativiti. Kreativiti tidak terhad kepada bidang sains dan teknologi semata-mata tetapi merangkumi juga bidang kemasyarakatan, kesenian, kebudayaan yang diolah berasaskan kefahaman ilmu. - saudara Zaini Ujang
Saya sangat bersetuju dengan pendapat Zaini Ujang tersebut.

Memang salah satu cara menajamkan daya fikir ialah mempelbagaikan bahan pembacaan kita. Namun begitu, banyak buku yang tinggi keilmuannya ditulis dengan gaya yang berat dan ini berjaya membantutkan keinginan kita untuk membaca.

Orang-orang awam seperti saya, memang akan pening kepala bila membaca bahan berat. Jadi, saya fikir salah satu tanggung jawab penulis ialah meringankan bahan ilmu, tetapi janganlah sampai menjadikan ilmu itu sampah pula. Seperti tulis Ustaz Hasrizal....

Buku-buku yang ringan di pasaran pada hari ini adalah hasil bakat kebijaksanaan penulisnya meringkaskan persembahan untuk memudahkan seramai mungkin pembaca memanfaatkan ilmu tersebut. Namun di sebalik buku yang dihasilkan, penulis mestilah mempunyai tasawwur yang lengkap tentang selok belok topik yang diketengahkan.

Buku ringan mestilah ditulis oleh pembaca buku berat. Apabila buku ringan ditulis oleh pembaca buku ringan, yang ringan-ringan itu akhirnya menjadi SAMPAH!- Ustaz Hasrizal
~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 comments:

  1. mungkin budaya membaca krg dilatih dr sekolah lg..kalau kami di Australia ni sejak dr tadika lagi anak2 dibawa guru2 ke library & diajar meminjam buku yg diminati..

    ReplyDelete
  2. saya baca, sutkabar, blog, fb, sarikata tv, sutkabar lama bungkus sayur, bills... mcm2 ;)

    ReplyDelete
  3. salam.
    rakyat malaysia de 24J, de ke semua membaca cam anda, bungkus ikan bilis pun habis dibaca?
    Kita cuma melihat dengan mata jer, yang buat kajian tu dengan responder yg berbagai lapisan dan bidang, profesyen, umur ,l/belakang lokasi dan sebagainya. de disiplin pengiraan data dan analisis mengikut hukum kajian yang mempunyai validiti @ kesahihan boleh trima.
    kalo perasan diri kite jer, memanglah kite baca. pun masalahnya apekah yang kita baca tu kita aplikasikan dalam kehidupan kita, atau sekadar baca sebanyak mungkin?
    jika masyarakat kita banyak membaca tentu gaya hidup kita semua ni meningkat tarafnya. taraf sosio ekonomi, taraf disiplin diri, cara kita bergaul bercakap dan menggunakan kemudahan awam.

    kesemua tu saya lihat masih rendah, kemalangan, masih tinggi dan macam-macam lgi ler.
    kalo baca tapi tak de prubahan, tak dak ifek , jadi macam takde baca apa2 ler.
    ni fikfiran saye jer . . entah - entah silap. sori ye. t.kasih.

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Baca bahan ilmiah yang mendatangkan manfaat di dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  5. Saya memang suka membaca,kalau tinggalkan saya dengan dengan apa jenis buku sekali saya tak akan bosan,saya baca apa sahaja,tetapi saya lebih suka membaca buku ilmiah,buku2 agama,cerita kisah hidup manusia, tapi.....bila tang baca Quran tu..cepat jer mengantuk huhuhu...

    ReplyDelete
  6. semakin jarang membaca bahan2 ilmiah sekarang ni, banyak fokus kepada isu2 semasa dan sosial aje.. tu pun ikut online..huhu :D

    ReplyDelete
  7. from my opinion..negara kita jadi gini sebab malaysia takde Oprah yang dapat bimbing malaysian hidup dengan betul.. kalaulah ada Oprah yang sentiasa membawa revolusi kepada masyarakat di US, tentu malaysia pun mampu melahirkan masyarakat yang normal dan berilmiah..dalam erti kata lain, masyarakat yang sentiasa ingin tahu - membaca, menonton, dan mendegar..

    sekadar berkongsi pendapat,
    - fitrihadi

    ReplyDelete
  8. suka pernyataan ustaz hasrizal tu..
    itulah permulaan yang baik rasanya..

    ReplyDelete
  9. Salam cikgu..

    Membaca jambatan ilmu..amat rugi jika kita kurang mambaca..ilmu pengetahuan akan membuka minda kita untuk lebih cemerlang dan terus cemerlang..

    ReplyDelete
  10. @Hamizah

    ada juga budaya bawak budak ke library di sekolah rndah tu... cuma kurang kerjasama dari rumah kut...

    ReplyDelete
  11. @musi

    sama2 musi...

    seperti yang saya sebut, saya dan ramai lagi banyak membaca bahan ringan, kurang membaca buku berciri ilmiah kecuali kalau kita ni pelajar atau ahli akademik...kan

    bila banyak baca bahan ringan yang kurang berilmu, jadilah seperti yang ada sekarang ni kan...tapi sebenrnaya saya lihat ramai juga generasi muda yang banyak membaca buku, alhamdulillah dan juga menghasilkan buku...

    ReplyDelete
  12. @Mankuchai

    kena baca quran bertafsir lah nampaknya... mungkin sebab kurang faham, jadi cepat ngantuk kut

    ReplyDelete
  13. @Fitrihadi.com

    betul juga...
    tidak ada idola yang menumbuhkan rasa minat membaca dengan bahan bacaan terpilih kan

    ReplyDelete
  14. @cikgu isza

    ustaz hasrizal tu orang yang banyak membaca...tengok tulisannya sahaja, kita tahu dangkal atau tidak pemikiran seseorang kan

    ReplyDelete
  15. @relevan

    tak boleh nak bantah... betul sekali

    ReplyDelete
  16. aduhh...malu pula mengingatkan bahawa membaca itu perintah Allah,tapi non-muslim pula mcm lebih banyak faham :(

    Entry Baru:
    -Yelah,saya ni orang asing...
    -Ulama Politik ?

    ReplyDelete
  17. Saya beli banyak buku masak tiap bulan. Kira membaca gak la kan?

    ReplyDelete
  18. ermm..mmg saye akui..minat membaca tu mesti kene pupuk sejak dari kecil lagi..kalau dah besar ni..ramai yg saye perhatikan...lebih gemar beli novel berbanding buku2 ilmiah lain..andai novel seperti novel karangan ustaz hazrizal..kire lain ceritalah...

    namun, bagaimana cara nak pupuk minat mmbaca? akhirnya saye rase..parents jugak yg perlu main peranan penting..membaca itu jambatan ilmu...

    saye sekarang, baru mula berjinak2 minat membaca dengan seriusnya...nak jadik teladan yg baik utk anak2..

    terima kasih utk entri ini :D

    ReplyDelete
  19. hey your blog design is very nice, clean and fresh and with updated content, make people feel peace and I always like browsing your site.

    - Murk

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.