toon collection |
Jumaat datang dengan segala kebesaran dan kemeriahannya. Lebih lagi, di musim Syawal ini. Jumaat adalah hari raya mingguan bagi umat Muslim, dan diserlahkan lagi dengan sembahyang Jumaat yang diwajibkan bagi kaum Muslimin.
Terasa kemeriahan Jumaat pabila melihat kaum Muslimin berbaju Melayu beramai-ramai bergerak ke masjid. Dari kejauhan tampak menarik dan meriah sungguh. Ada yang lengkap baju Melayunya dengan bersampin bagai, tetapi ramai sekadar berbaju Melayu dan berseluar biasa.
Kerana saya orang Melayu, jadi secara peribadi, memang suka melihat lelaki berbaju Melayu. Tampak gah dan menawan gitu.... (hah... tidak bermaksud lain di sini ya...)
Cuma yang sedih dan terkilan, cik abang-cik abang yang 'datang bulan' ni, siap segak berbaju Melayu, masih lagi menceduk lauk dan menghisap rokok kekenyangan di kedai makan, sedang tok imam sudah pun mengucapkan salam penamat solat.
Fenomena biasa tetapi berbisa.
~cikgunormah@klcitizen~
Salam...
ReplyDeletePerkara ini berlaku di mana-mana saja, cikgu. Mereka tidak pernah merasa bersalah kerana meninggalkan perintah Allah. Kita mendoakan semoga Allah campakkan taufik dan hidayah ke dalam hati mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar.
Salam...
ReplyDeleteKdg2 kita yg lebih susah hati dan tertanya2..bagaimana mereka senang wenang meninggalkan perintahNYa.....
Moga masih ada kesempatan utk mereka...kembali ke pangkal jalan...
Salam cikgu..
ReplyDeleteHa ha..Selamat Hari Jumaat..
Salam Normah.
ReplyDeleteMengenang kembali hari-hari bekerja di SMTKL, Cheras, setiap Jumaat kakitangan akademik lelaki berbaju melayu dan bersamping serta bersongkok.. tapi sekarang tak tahulah masih lagi begitu
Baju hanya pakaian, tidak melambangkan apa-apa buat kebanyakan orang. Sedih but its true.
ReplyDeleteRealiti zaman sekarang... Baju tak melambangkan agama & iman seseorang..Pokok pangkal dari hati.
ReplyDeleteDearie Sis,
ReplyDeletekat tpt keja saya pun sama. ada 3 jejaka berpakaian melayu tapi samping xde ar. terasa mcm suasana hari raya lak.
ada meroon,ada peach..
salam kenal cikgu,
ReplyDeletesuka tengok lelaki berbaju melayu pink! nampak suci jer.. haha!
ada yang sanggup bagi alasan begitu bila mengelat bab2 wajib ni.. sekali bagi datang bulan betul2 baru tau..
ReplyDeletehee..tajuk yg menarik..
ReplyDeletetak sangka pulak kaum teman ini ada yg datang bulan gak ye..
payah,..bila nak sedaq..
@Abd Razak
ReplyDeletekita memang doakan ...
@Pn Kartini
ReplyDeleteinsyaAllah
hidayah tidak mengira siapa
Meringankan perintah
ReplyDelete@relevan
ReplyDeletesalam jumaat untuk relevan
@Werdah
ReplyDeletemesti meriah gitu kan...
@Zezebel
ReplyDeletetu lah bel...
baju kemas dan segak
tapi...
@SYANI
ReplyDeletebetul syani
@LotsOfLove-Pearls
ReplyDeletelain kali suruh diorang pakai sampin dan songkok, barulah hensem
@makdara TERDIVA
ReplyDeleteterima kasih bebanyak ziarah ke sini
memang suci kan warna pink ni
@Lana~Bulu
ReplyDeleteeh memang ada...
tiap minggu, hari Jumaat
salam cikgu.
ReplyDeletesebab tu saya cuba elakkan keluar waktu lunch yang panjang pada hari jumaat.
tak sanggup nak melihat para lelaki yang 'datang bulan' pada hari itu.