Thursday, September 2, 2010

Jiwa




Menerima kematian orang yang kita sayang bukan mudah. Tidak kira siapa dia..... anak, isteri, suami, ayah atau ibu, kenyataan yang datang memang menghiris hati. Seolah hirisan hati itu menyediakan ruang lompong dan kosong yang selamanya akan begitu di situ.

Pn Noriah-  Harian Metro
Seharian saya asyik terbayang gambar di atas, meletakkan diri saya pada tempat si ibu. Hancur dan luluh hati tiada siapa yang dapat ubati. Saya mendoakan untuknya, agar Allah mengubat hatinya menjadi tenang dan tenteram, kuat jiwa dan semangatnya menghadapi hari mendatang dan sisipkan redha dalam jiwanya dengan ujian Allah ini.

Kematian anaknya memang menyayat hati.

Terlebih sakit hati dan jiwa membaca "Indonesian maid stomps infant to death". Tidak tergambar sedih dan pilu perasaan si bapa, En Tan dan ibu si anak. Pastinya, trauma kejadian akan membekas di hati sepanjang hidup mereka. 

Dunia yang semakin ribut dan huru hara ini seolah tiada noktah dalam kesengsaraan, musibah dan bala. Kita yang yakin, tahu bahawa inilah cara Allah menguji kita untuk menentukan siapa di antara kita yang bertakwa, pasrah dan sentiasa mengharapNya.

Cumanya, kita berdoa agar Allah iringkan dengan ujian itu, kekuatan serta ketabahan hati dan jiwa yang kental dengan iman membulat. Ameen.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 comments:

  1. semoga begitulah..Amin.



    Manusia sesetengahnya seakan tiada 'jiwa' kemanusiaan..

    ReplyDelete
  2. salam kak,
    saya baru terbaru berita tu tadi di rumah mak.. memang mengalir airmata saya..

    semoga ibu itu tabah..

    ReplyDelete
  3. Innallillah..... Sangat sedih...

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Inna lillah wa inna ilaihi rajiun...

    Memang sedih saat berpisah dengan anak, namun amatlah beruntung kerana anak itu bakal penghuni syurga dan akan menunggu emak dan ayahnya di pintu syurga untuk sama-sama memasukinya. Ustaz Khazim ada sentuh perkara ni dalam ceramahnya

    ReplyDelete
  5. salam ...
    ada hikmah yang tak terfikir oleh akal kita yang lemah ini.
    Anak itu bakal memberi keuntungan dan pertolongan disaat tiada manusia yg mampu menolong nanti.

    ReplyDelete
  6. @abu muaz

    sememangnya betul
    tapi... sedih memang tetap sedih

    ReplyDelete
  7. merndoakan agar Allah terus kurniakan ketabahan dan ketenagan kepada kita semua sekalipun kita bakal diuji...
    Selamat meneruskan amalan d ibulan Ramadhan ini.

    ReplyDelete
  8. Salam Cikgu Normah

    Kematian adalah suatu perpisahan yang amat menyiksakan. Tapi itulah takdir yang Allah dah tentukan dalam hidup kita. Hidup lawannya mati. Cuma bila dan cara bagaimana kita mati sahaja yang kita tidak tau.

    Sekarang ni terlalu banyak bertemu dengan berita yang tidak terfikir diakal kita dan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Adakah manusia sekarang Allah dah tarik rasa kasih sayangnya dari hati mereka.

    Semoga Allah masih mengekalkan perasaan kasih sayang dan belas kesihan yang dimasukkan dihati kita kepada semua makhluk apa lagi sesama insan.

    ReplyDelete
  9. Saya sedih la. Saya faham. Kadang-kadang mulut kita cakap kita redha dan tawakal dengan ujian Allah, tapi hati kita.. seolah tak merelakan semua tu terjadi. Sikit sukar untuk fikir hikmah di sebalik kejadian bila kita ditimpa musibah. Tapi doa saya, kita semua dibawah lindungan Allah hendaknya.

    ReplyDelete
  10. @hazeleyed lady
    ya kak hazel, semoga Allah beri kita semua kekuatan

    ReplyDelete
  11. @Kunang-Kunang

    agaknya begitulah kak ani
    rasa kasih dan kasihan semakin menipis dalam hati manusia

    ReplyDelete
  12. @Yati

    kesedihan memang tidak boleh disembunyi kan yati, apatah lagi jika kehilangan insan yang kita sayang, cuma tika dan waktu itu kita harap kita masih kuat dan tabah menerima

    ReplyDelete
  13. Dear Sis..

    Memang xleh nak bayangkan.
    tapi tulah..
    kena hadapi realiti..

    ReplyDelete
  14. Hiba membacanya...



    *Asslamualaikum...
    ckLah datang untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin...

    Terimalah kad ucapan maya di blog ckLah...


    Jumpa lagi selepas Ramadhan melabuhkan tirai.

    InsyaAllah.

    ReplyDelete
  15. salam.
    tidak dapat lari daripada yang amat sedih, sape pun. sabar tabah dan pasrah ketentuan allah. sabar ialah iman , imannya tebal sabarnya kuat insyaallah.

    ReplyDelete
  16. SALAM.
    KITE HANYA ADE TINDAKAN DAN MILIK DAN TAK DE YANG LAIN LAGI YANG BOLEH DIBUAT . . . SABAR , WALAUPUN DENGAN GUMPALAN SEDIH DAN SIMBAHAN AIR MATA. ALLAH YG IZINKAN. BIAR SEMUA ITU SEBAGAI KADA' N KADAR.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.