Sunday, September 12, 2010

Nyawa Nyamuk

Kita semua pasti tertanya, apa yang sebenarnya berlaku.

Bukan orang sebarangan yang hilang dan dipercayai dibunuh. Antara wanita yang ternama, kaya dan hampir punya segalanya . Kisah kehilangan dan kemungkinan kematian Datuk Sosilawati, dan 3 lagi menghiasi dada akhbar sejak dua minggu ini dan bertambah rancak lagi sejak semalam.

Saya bukan hendak membuat laporan, menganalisa atau membuat spekulasi atas kejadian. Hanya Allah yang tahu dan mereka yang terlibat secara langsung yang faham kenapa dan mengapa.

Cumanya, setiap kali membaca kematian sesiapa sahaja di akhbar, bukan sahaja Datuk Sosilawati dan 3 lagiitu, tetapi kematian yang disebabkan oleh manusia lain, hati terasa sebak dan sedih. Nyawa manusia sekarang ibarat nyawa nyamuk, bila-bila masa sahaja boleh hilang dalam sekelip mata. Bayangkan beban rasa yang ditanggung oleh keluarga yang ditinggalkan dan pertanyaan serta kepastian yang ingin ditagih oleh mereka ke atas si pelaku, atas dasar apa orang yang mereka sayangi diperlaku sedemikian rupa.

Kita hanya bisa mendoakan agar jika benar Datuk Sosilawati telah terlebih dahulu dijemput mengadap Yang Maha Besar terdahulu dari kita, agar rohnya dan  roh Ahmad Kamil, Norhisham dan Kamaruddin ditempatkan bersama orang yang soleh. Moga dosa mereka dan dosa kita diampunkan Allah Yang Maha Pengampun. Ameen.

Kita doakan juga keluarga setiap mereka yang ditinggalkan itu diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan kehidupan seterusnya. Moga ketenangan dan redha,  Allah hadirkan dalam jiwa mereka.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. ASKM,
    SALAM TAKZIAH DAN AL FATIHAH

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Sedih sgt bila mendengar cerita mereka, semoga mereka yang teraniaya dirahmati Allah, dan mereka yang menganiaya diberi pengajaran secukupnya oleh Allah taala.

    Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Manusia semakin hilang kemanusiaannya....

    ReplyDelete
  4. al fatihah.. moga roh mereka bersama di cucuri rahmat

    ReplyDelete
  5. kejam, nyawa manusia macam sudah tiada nilainya...
    alfatihah kepada mereka semua....amin

    ReplyDelete
  6. @luahfikiran

    waalaikummussalam

    ya, alfatihah untuk yang telah dijemput Allah menemuiNya

    ReplyDelete
  7. sedih bila dapat tahu itu pengakhiran penemuan mereka..

    semoga roh mereka dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  8. harap keadilan harap dapat ditegakkan. bukan ikan bilis sahaja yang direjam seperti kes-kes sebelum ini...

    ReplyDelete
  9. Salam cikgu...

    Yang kena bunuh akan ada kebaikan menanti mereka..

    Dan yang membunuh akan menerima balasannya kelak..

    ReplyDelete
  10. nyawa manusia semakin murah sekarang..

    ReplyDelete
  11. nyawa manusia macam dah tak bernilai... senang2 jer nak bunuh orang..Berkawan Jom

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.