Sempat ke pasar di pekan Tanjong Sepat. Ramai sekali orang luar seperti saya, sama ada menemani ibu atau bapa masing-masing membeli belah barang dapur atau membeli sendiri untuk dibawa pulang ke rumah ibu bapa sendiri.
Sedang berdiri memerhati, sambil emak memilih timun yang segar, telinga sendiri menangkap perbualan seorang pakcik dengan penjual sayur.
"Mencari apa, wak?"
"Cari daun kelapa....nak buat ketupat. Berapa ni?" tanya pakcik tersebut sambil memegang seikat daun kelapa.
"Sepuluh ringgit, wak...."
"Issh.... mahalnya... itulah, ada tanah, habis ditanam kelapa sawit. Nak buat ketupat , kena mencari di pasar pulak..." bebel pakcik tersebut, sambil tangan menghulur sekeping not merah.
Tersenyum saya di situ.
~cikgunormah@klcitizen~
Salam Kak Mah...
ReplyDeletememang betul la kak.. dah la mahal.. dalam seikat tu pun banyak daun yang rosak selalunya dimasukan... kalau ada tanah kat rumah kita tanam pokok kelapa.....
HARGAI LAH APA YANG ADA KAN..
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteDah tak dpt makan ketupat yg selalu arwah mak dan ayah buat...nak buat sendiri tak reti..hu..hu..hu.
Selamat hari raya maaf zahir batin.
Salam cikgu...
ReplyDeleteCikgu raya di kampong erk...terpaksa juga search kat google map tadi nak tau Tanjong Sepat kat mana..
Zaman dah berubah semuanya memerlukan duit..
tahun lepas buat.. tahun ni anak tanya ibu tak buat ke?
ReplyDeletejawapan: dalam perut ibu ada siapa?
;)
tak terjawab soalan anak tu.. sian dia.
Salam..:)
ReplyDeletetgk title n3..ingatkan akak yang nak buat ketupatnya...:)
Pe2..
Selamat HAri Raya..
Maaf andai ada salah & silap..apa yang terkurang..apa yang terlebih..:):)..
Moga sis bahagia disamping famili tersayang..:)
Kat Seri Iskandar baru RM3 seikat.....
ReplyDelete@atie
ReplyDeleteNanti rumah atie dah siap tu bolehlah tanam pelbagai pokok kan, jgn tnm pokok klapa sawit pulak ya
@Gen2Merah
ReplyDeleteBetul sangat tu
@Acik
ReplyDeleteMesti sedih ya acik...
Akak ni pun tak reti nk buat sendiri
@Abd Razak
ReplyDeleteDah tau tanjong sepat di mana ya...
@cikgu isza
ReplyDeleteKesian lah pulak ya..
Pandai isza menganyam ketupat ya...
@Pn Kartini
ReplyDeleteSy tak pandai..
Samalah juga ya tini... Maaf zahir dan batin
@ZOOL@TOD
ReplyDeleteMurahnya kat sana ya
Semuanya kena beli sekarang.Macam duduk di Singapura.
ReplyDeleteApa pun Selamat Hari Raya . Maaf Zahir dan Batin untuk cikgu dan keluarga.
Suruh Wak tu buat ketupat segera atau ketupat mini la wak, tak yah beli daun kelapa. Tapi tak sedap pulak kalau tak anyam tu.
ReplyDeleteCikgu, selamat hari raya, maaf zahir batin.
Selamat hari raya cikgu Normah...
ReplyDeleteselamat hari raya. balik kampung ke balik taman?
ReplyDeleteCikgu, kampung wife saya juga di banting, di kampung sungai kelambu. Kampung bapa saya (kampung saya la tu) juga di Banting, di kampung bandar dekat dengan sungai buaya. Saya juga ada nenek saudara di Batu Laut.. :)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya cikgu.. :)
Salam hari raya aidilfitri.. Ampun maaf dipinta,zahir dan batin.. andai buat rumah terbuka jangan lupa jemput saya :)
ReplyDeleteMeh datang kampung saya..tapi cikgu kena panjat sendiri pokok kelapa untuk ambil daun nya..
ReplyDeleteSalam Cikgu Normah,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri.
Cerita pasal daun ketupat ni, akak pun terkejut yang amat kata orang, bila hari Rabu tu akan ke pasar di Shah Alam ni, bila tanya harga daun ketupat yang diikat, penjual tu kata kena timbang. Selepas ditimbang, satu ikat tu harganya RM5.00. Bila saya kira daunnya ada lebih kurang 35 helai.
Inilah pertama kali saya beli daun kelapa timbang.
cikgu ..
ReplyDeletepetang ni saye akan melalui batu laut,
saye nak ke kmpg kundang . rumah k sane. kt batu laut, keluarga cikgu jabar, bekas YB dulu , satu mase saye baik dgn depa.
meaning .. kampong kite tk la jauh sangat ..
kampong saye, kampong keluarga Sidek tu ... klu cikgu balik kampong, akan lalu kampong saye dulu
utk lee...
ReplyDeletesame la ...
saye pun kampong banting juge ..
mcm saye tulis awal tu ..
kg saye tempat keluarga Sidek ..
jln masuk sg kelambu tu .. betul2 dpn umah keluarga Sidek ... hari ni pun masuk jln tu tp tk la sampai sungei kelambu, takat sungei Lang jer ..
Minal Aidin wal faizin.
ReplyDeleteKesian saudara kite kat kampung. Tengah banyak pokok kelapa harganya jatuh, hingga tak dak nilai hasil kelapa. Terpaksalah ganti sawit yang jauh lebih baik hasil inkamnya. Mungkin daunnya boleh dianyam ketupat kot?