Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Saturday, November 5, 2011

duit bukan menjadi penentunya...

Mode beraya, kembali lagi.

Cuma rentaknya tidak sehebat menyambut hari raya aidil fitri. Tidaklah sibuk menempah kuih muih, menempah baju , mencari sepatu dan tudung baru. 

Lebih tenang.

Lagu Hari Raya pun amat jarang terdengar. Tapi, malam ini terasa meriah pula di kampung, dengan bunyi mercun berdentum-dentam di keliling .

Esok, pasti masjid dan surau menjadi tumpuan. Merewang, menyembelih, melapah dan membahagi daging korban, pasti menjadi acara utama. 

Di sini kita mendoakan saudara mara dan sahabat handai yang bertuah terpilih menjadi tetamu Allah kali ini , moga ibadah mereka diterima dan dikurniakan mereka kesihatan yang baik. Dan juga doa saya agar, diberi peluang menjadi tetamuNya pula nanti dalam masa yang terdekat ini.




Selamat Menyambut Aidil Adha semua.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 12, 2011

siapa yang lebih?

Which One Are You?


Perbandingan.

Segalanya. Sejak dilahirkan, lagi. Beda berat pun dipersoalkan. Bayi yang lebih berat menjuarai . Itu waktu lahir.

Cerah dan gelap juga dibandingkan.

Belum lagi petah berkata atau tidak. Dah tumbuh gigi atau belum. Berapa batang? Ah.. Segalanya dibandingkan.

Umur hajah berapa?

Dah hampir 70.

Oo... saya 85.

Bercakap memandang terus ke muka, sebab yang 85 tu , pendengarannya sudah tidak jelas.

Dah ada cicit?

Sudah, baru dua.

Oo... saya dah hampir 20 orang cicit. Yang si Jenab je, cucunya saja dah 14. 

Saya menadah telinga. Tumpang mendengar. Mereka bukan saingan saya. Kalau hendak dibanding, memang jauh panggang dari api. Kalahlah saya, dari segala segi.

Baru kenal, tetapi menyebut si Jenab seolah kami sudah maklum. Tanpa mukaddimah, siapa si Jenab. Tapi dari gaya bercerita, saya maklum, si Jenab itu cucunya.

Cucu hajah berapa?

Err.... pause . Membuat kiraan mental, saya kira.

Ada 25 rasanya. Senyum. Ada nada bangga sedikit.

Oo... saya dah 30 cucu. Betul, kan?  Si 85 mencari kepastian dari pembantu di sebelahnya. Pembantu menggeleng, membetulkan fakta.

Oo... ya, bukan 30, dah lebih 40 cucu saya. Dah tak terkira.. hehehe.

Saya pun tumpang tergelak. Geli hati pulak rasa saya. Membandingkan bilangan cucu dan cicit masing-masing. Setelah segala benda dibanding sejak dari kecil, bila dah di hujung usia, apa lagi yang layak dibandingkan, bukan lagi sijil dan gulungan ijazah, tetapi bilangan zuriat yang membawa 'the essence of tradition of the family'  , intipati  dari salasilah serta susur galur tradisi keluarga. 

Nanti mati juga dibandingkan. Susah dan senang mengadap kematian.

Ah, menakutkan.

  Tetiba hari ini bawak ayat Quran pulak :)
*notakaki: agak-agaknyalah , bilangan anak, cucu dan cicit ini jika disisih bilangan yang menjengkelkan hati, tinggal berapa ya?


~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, September 3, 2011

tak kira siapa, pasti terkena juga


Pagi menyusuri lebuhraya memberi tenang. Pelik?

Memandu tanpa kesesakan sebenarnya memberi ruang menyendiri dan memikir. Fikiran bergerak laju selaju kenderaan membelah angin. Tiada yang mengganggu.
Kemalangan terakhir hari Rabu ....
Melihat papan tanda elektrik di lebuh raya, tanpa sempat menghabiskan ayat, tetapi jelas dengan maksud yang tersirat. Memberi maklum serta mengingatkan bahawa kemalangan boleh terjadi pada sesiapa sahaja di lebuh raya ini, bila-bila masa sahaja dan tidak kira kenderaan apa yang dipandu pun.



For how long are you going to be busy in your  heads, in your mind thinking of your dunya, chasing the material goods. Even when we came to this jenaza, brothers, majority of us feeling guilty, thinking what time will this finish ... (01:02 s) We came to the Friday  prayers thinking when is it going to finish, when I'm going to leave it, when Yaumul Qiyamah is going to happen in Jumaat. How often do Muslims come to the Jumaah and knowing today might be the day of judgement (01:18 s)

Bukan illusi sebuah kematian itu. Kenyataan yang tidak ingin kita bicarakan.

Cuma saya sering merasa yang kematian itu lambat lagi buat saya. Alangkah tertipunya. Mendengar tazkirah pendek yang mengiringi jenazah dalam video tersebut menginsafkan sebentar. Kalau di sini, kita membaca talkin untuk mengingatkan yang hidup.

*Waktu-waktu kecemasan sebelum mula bekerja ini, dihabiskan dengan beristirehat. :) Semoga yang memandu pulang esok, semuanya selamat dalam perjalanan.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 2, 2011

tubuhnya montok, bahunya mulus, pehanya manis, dada dan lurahnya terserlah indah

Raya di Malaysia sinonimnya apa ya, selain takbir, rendang, balik kampung, lagu raya dan duit raya? Pasti banyak yang boleh dikaitkan dengan raya berdasar pengalaman peribadi masing-masing. 

Tapi, saya kira yang masih tetap ada sejak dari saya kanak-kanak dan bertambah lebih lagi hingga sekarang ialah rancangan hiburan di televisyen. Sejak dari siaran filem warna hitam putih hinggalah sekarang menggunakan skrin HD pelbagai, hiburan pasti mewarnai urusan ziarah kita di rumah-rumah yang kita singgah.

Ish, dah raya keempat pun masih lagi berjoget-joget kat tv ni lah. Rasa nak muntah kak. Setakat dengar lagu tu, bolehlah masuk lagi telinga ni, tapi bab nak memandang dah tak larat.

Itu keluhan adik ipar, sementara kami berborak kosong. TV di depan mata masih setia cuba menghiburkan. Rancangan apa entah, tidaklah saya perasan, tapi yang pasti TV9 , dan ada beberapa pasangan sedang menari tarian ala tradisional dengan suara latar lagu raya. 

Saya mengangguk. Perbincangan sudah beralih arah pada rancangan televisyen di hari raya.

Eid Mubarak
A...ah. Akak pun ada tertonton sekilas pandang filem-filem di TV ni, yang Adnan sempit lah, senario nya la. Yang pasti dan nyatanya ialah pelakon wanita melayu islam dalam filem kita memang bertubuh montok, berbahu mulus, pehanya manis, dada dan lurahnya terserlah indah. Ciptaan Allah memang cantik untuk ditonton meraikan kemenangan kita melawan nafsu selama sebulan....

Patutlah dulu-dulu masa masih muda remaja, teringat lagi orang-orang tua dok mengeluh melihatkan kami yang masih muda ini melekat mata ke skrin tv menonton filem dan rancangan hiburan.

Baru kini saya faham mengapa dan kenapa mereka asyik mengeluh.


~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 1, 2011

petua awet muda


Syawal ke 3.

Adat berhari raya, ziarah menziarahi, terlebih lagi kalau sanak saudara. Inilah masanya bertemu saudara mara yang lebih tua dan yang hampir bertahun tidak ketemu.

Masing-masing berubah. Usia dan jarak masa mengubah penampilan dan gaya. Paling tidak pun, kedut di wajah bertambah, walau uban di kepala tidak dapat dilihat lantaran terlindung dek tudung di kepala.

Apa kabar, Wo?

Panggilan Wo memang dari dulu terasa pelik, sejak saya berusia kanak-kanak lagi. Tapi, kini setelah usia sendiri pun melebihi 40an, kejanggalan itu tidak terasa. Ibu mertua kepada emak saudara saya. Kini usianya sudah pun menjangkau 80an. Tetapi, beliau masih kelihatan bertenaga dan berseri wajahnya.

Cerah kulit dan rendah orangnya mungkin membantu beliau awet muda. Orang kata, mereka  yang rendah-rendah ini Allah beri kelebihan kekal awet muda. 

Paman, Wo tu nampak sihat lagi. Mesti ada amalan dia yang dia buat selalu, yang jadi rahsia dia sihat walafiat macam tu.

Saya bertanya anaknya, yang juga merupakan suami kepada emak saudara saya.

Oh... mestilah ada.

Forever young
Wah, hati saya berbunga. Sudah terbayang petua orang tua menjadi milik saya, akan saya amalkan hingga akhir hayat , InsyaAllah, jika halal dan tidak melanggar syariat.

Ya? 


Apa dia?

Bertanya lagi, setelah Paman saya itu diam sebentar, memandang ibunya dari jauh. Takut juga kalau dia keberatan berkongsi rahsia. Maklumlah, kekadang, ada manusia ini yang tidak mahu amalannya itu dirakyatkan, biarlah ia menjadi rahsia. Tapi, sepanjang mengenali Paman saya ini, saya tahu beliau bukan orang yang kedekut ilmu.

Petua dia... 


'Pause' lagi. Pasti petua yang sangat rahsia ini.  Saya memasang telinga, kerana suara Paman makin perlahan.


Petua dia, kalau sakit, dia makan ubat.

Ah..... Suami di sebelah ketawa. Syawal ke 3 menjadi ingatan :)

*selamat beraya semua.

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 30, 2011

tiada diskriminasi


Saya tidak mengenali dia. Hanya mendengar cerita sahaja. 

Death does not discriminate ~ Imam Suhaib Webb

Kematian tidak mendiskriminasi.

Laungan takbir hari raya membawa perspektif yang berbeza mengikut usia. Melepasi usia kanak-kanak, takbir hari raya sudah diwarnai dengan rasa sayu. Dan melepasi usia 40an, takbir raya sarat dengan rasa pilu dan nostalgik. 

Hanya beberapa saat hari raya sahaja dalam hidup ini yang kekal terpahat diingatan. Yang lain, ia tersimpan kemas dalam buku catatan dan akan menjadi tatapan seluruh umat satu hari nanti. Walau masa itu masing-masing terlalu sibuk memikir hal sendiri, dan tidak kuasa memikir nasib insan lain, tetap terselongkar dan terbongkar.

Dan saya pasti 1432H ini terpahat kukuh dalam ingatan beliau.

Namanya juga saya tidak tahu. Mendengar cerita sahaja dari anak buah. Wanita muda, baru dua hari berjaya melahirkan anak sulung perempuan dan saat orang lain bergembira melihat anak, suami serta saudara mara dengan pakaian, makanan serta serba serbi meriah, beliau menyambut pagi raya dengan berita kematian suaminya yang telah beberapa hari koma setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Doa saya semoga beliau tabah hatinya, cekal semangat dan jiwanya. Ujian yang tidak semua dapat merasa dan jika diberi pilihan beliau juga tentu tidak mahu.

Perkuburan Jalan Pusara 08

Moga Allah melimpahkan rahmat kepada roh suaminya. Wanita muda yang diuji. Saya tahu ramai lagi di luar sana yang ujiannya seberat ini atau mungkin lebih hebat. Moga Allah meningkatkan darjat mereka di sisiNya dengan redha mereka terrhadap ujian tersebut.

Salam 1 Syawal 1432H.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, August 28, 2011

erat dan kemas





Jarang sangat berjumpa. Kehidupan harian menjadi alasan.

Blood is thicker than water .

Pertalian darah.

Kejauhan menjarakkan hubungan. Dan memang kesilapan banyak di pihak saya. Tapi, kan saya pun insan biasa.


Akak ikut mak ya.


Ok.

Yalah, takkan nak dibiar emak pergi sendiri.

Acara munjung. Masyarakat Jawa di kampung masih mengekalkan tradisi ini. Hujung Ramadan, acara ini seolah menjadi kemestian. Menziarahi rumah sudara-mara dengan satu tujuan sebelum berhari raya iaitu berkongsi makanan untuk berbuka puasa.

Biasanya makanan berat, berupa nasi berlauk atau nasi impit berlauk. Kalau tidak punya upaya untuk memasak, boleh berkongsi makanan kering yang menjadi keperluan seperti gula, susu, air minuman botol atau tin dan sebagainya.

Tok..

Pangkat Datuk kerana pertalian saudara. Matanya sudah tidak nampak separuh. Nampak uzur benar. Tapi wajahnya masih tenang seperti dulu-dulu.

Kabare? . Apa khabar?

Waras, Tok.

Dia genggam tangan saya erat. Kemas. Matanya memandang saya. Jauh ke dalam . Dengan senyuman. Puas.

Setiap tahun begitu.

Dengan setiap orang yang dijumpanya.

Seolah menelan sepenuh pandangan di hadapannya kerana sepertinya ini lah pandangan yang terakhir berjumpa sanak saudara sebelum berhijrah ke alam yang lain.

Dan saya rasa bersalah.

Kerana saya bukanlah insan yang baik.

Selamat Menyambut Aidilfitri rakan-rakan, dan maafkan segala salah silap saya.

~cikgunormah@klcitizen~







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 26, 2011

sayu itu di hati waktu itu




Sayu.

Kalau tambah huruf 'r' , akan menjadi sayur. *Ini bahagian merepek. :)*

Sayu berkait rapat dengan hati. Hati tersentuh atas banyak sebab. Impian yang tidak terpenuh, kata yang menghiris atau kehilangan sesuatu yang telah biasa dalam hidup.

Setelah hampir 27 hari melalui perjalanan Ramadan, ia sudah menjadi seperti kebiasaan. Rutin. Sahur, iftar dan teraweh menjadi biasa. Kebiasaan yang datang dan perginya pantas.

Hampir sudah ke hujung Ramadan. 

Sayu.

Sayu juga bertambah pagi tadi. Walau pada mulanya, ia seperti hari biasa. Kerana saya dan rakan-rakan yang telah lama di sekolah ini sudah acap kali melambai pergi beberapa orang Pengetua yang bersara dan juga yang berpindah. Kata orang sudah immune dengan perpisahan. 

Tapi, tetap perpisahan dengan sesiapa pun, hati pasti tersentuh , walau sedikit.

Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih berlangsung di sekolah. Pemilihan kata bagi tema majlis juga menggamit rasa sayu.

Tema warna pula ialah warna peach.

Buah peach memang kegemaran kalau ditabur atas puding caramel. Setahu saya buah peach dalam tin itu agak kekuningan, kan. Tapi warna peach yang melatari baju-baju kami lain, bukan kuning. 

Ah, Mungkin saya buta warna barangkali. Tak apa, tidak penting.

Sayu juga, kerana hari ini hari terakhir di sekolah sebelum bercuti untuk sambutan Aidilfitri. Sayu kah? 

Sebenarnya ia lebih kepada sayu gembira. :)

Memang pasti, di mana sahaja pasti ada acara bermaafan sebelum  menyambut Aidilfitri. Meriah kali ini di sekolah saya. Kerana bersekali dengan majlis perpisahan pengetua kami.

sayukah mereka?

mat hensem hanya memerhati

baju dari kayu yang sama

sedih yang tidak terbendung

Acara maaf tiada kemuncaknya, tetapi acara perpisahan diakhiri dengan lambaian terakhir pengetua dari kereta sport tajaan seorang ibu pelajar di sekolah. 

Untuk makluman, tuan punya kereta bukan model yang berdiri di sebelah kereta. Si dia hanya bertugas memegang bunga untuk dihadiahkan pada pengetua yang bersara.

jangan perasan ya :)

Sayu itu di hati waktu itu. 

Saya mendoakan yang terbaik untuk bekas pengetua, Pn Mek Zahrah bt Awang dalam hidupnya dunia dan akhirat nanti.  Serta dianugerahi kesihatan yang baik.

Dan juga semoga selamat sampai buat rakan-rakan semua, yang ramai kelihatan tergesa punch-out untuk balik ke kampung halaman masing-masing tengahari tadi.

Salam sayang serta Maaf zahir dan batin.

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, October 3, 2010

kenangan

Entri kenangan ini, sekadar ingin berkongsi rasa bahagia punya kenalan lama dan baru. Sambutan hari raya di sekolah dan disambung dengan berjumpa rakan blog, Zai di rumah kakaknya.

Sila abaikan bilik guru kami yang bersepah....


hasniza dan fadzillah

guru baru - liza

norma, hafsah, faizah dan Puan Azizah

Pn Sabiah, zuriana, suraya dan  norlida

kak pah, zafinas dan kak wan

norwati dan ruzita

kak midah dan saya

pn kathijah

kak roslina - gambar blur lah wei...

rakan blog , zai dan saya...
~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, September 12, 2010

Trend

Sejak Khamis hinggalah Sabtu, seperti orang lain juga, saya pun sama sibuk. Hinggakan blog terbiar dan komen rakan-rakan dalam entri hari Rabu lepas tidak terjawab. Maafkan saya.

Sudah 2 Syawal berlalu, alhamdulillah, selamat dalam perjalanan pergi dan balik serta kembali ke rumah. Tinggal lagi, mengemas kain baju dan kuih muih yang dibawa balik dari kampung. Pergi berangkut, balik pun berangkut juga.

Kenangan Syawal tahun ini biasa seperti yang sudah-sudah. Cumanya, sempat menziarah bapa saudara yang kerjanya cuma membuat kerepek secara kecilan, terserempak dengan anaknya berusia 10 tahun, sedang mengadap laptop di ruang tamu yang agak kecil dan sempit. 

Saya pun menjengah ke skrin di laptopnya. Wah, rupanya sedang berFB di petang raya.

"Entah apalah yang dihadapnya komputer tu. Tiap hari macam tu lah. Entah kerja apa yang dibuatnya," emak saudara saya bersuara. Maklumlah, 'buta' komputer, jadi tidak tahu apa yang dibuat oleh anaknya itu.

Rupanya, zaman berubah, rasanya seperti baru sahaja fenomena tuan rumah asyik  menonton televisyen di hari raya, sekarang ini, trend ber FB pula di hari raya, kan....

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 8, 2010

Nak buat ketupat

Sempat ke pasar di pekan Tanjong Sepat. Ramai sekali orang luar seperti saya, sama ada menemani ibu atau bapa masing-masing membeli belah barang dapur atau membeli sendiri untuk dibawa pulang ke rumah ibu bapa sendiri.


Sedang berdiri memerhati, sambil emak memilih timun yang segar, telinga sendiri menangkap perbualan seorang pakcik dengan penjual sayur.

"Mencari apa, wak?"
"Cari daun kelapa....nak buat ketupat. Berapa ni?" tanya pakcik tersebut  sambil memegang seikat daun kelapa.
"Sepuluh ringgit, wak...."
"Issh.... mahalnya... itulah, ada tanah, habis ditanam kelapa sawit. Nak buat ketupat , kena mencari di pasar pulak..." bebel pakcik tersebut, sambil tangan menghulur sekeping not merah.

Tersenyum saya di situ.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, May 10, 2010

sesekali nak berfesyen, boleh, kan.



cantik kan baju-baju tu yang kat atas. Ni tengah berkira-kira nak menempah baju untuk hari raya nanti. Yang lelaki mesti menggeleng kepala, puasa pun tak cukup sebulan, sibuk nak menempah baju raya, orang perempuan ni, kan.... tahu tak apalah.

memang perangai yang tidak boleh di ubah.

bukan sebab hendak raya sangat, tapi memikirkan, dekat-dekat puasa nanti, tukang jahit sudah tak nak menerima tempahan baju dah.

nak beli yang dah siap, susah jugak, itu tak kena lah, ini tak kena lah.

menempah baju di kl ini banyak pilihan dari segi harga. ada yang murah... kalau baju kurung ada yang ambil rm35 sepasang, tapi memang kena mencari lah.

tapi saya pasti di tempat lain, lagi murah kut.

hendak menempah ini pun bukannya senang, asyik pakai baju kurung je, teringin juga hendak berfesyen seperti orang lain. belek majalah sana, belek majalah sini, bukak internet lagi. memang payah.

tengok yang bawah ini pun cantik juga.







yang lukisan kat bawah ni pun manis jugak... dah berapa majalah di buka, di telaah dan diperhati...



saya selalu menempah dengan nyonya lili di tempat saya. esok nak pergi tempah. tapi akhirnya saya dah ada fesyen yang saya minat....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

buat BAJU KURUNG je lah nyonya...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 15, 2010

Minyak Tanah

"Secara fizikalnya hexane ni sama rupanya macam minyak tanah. Cecair tanpa warna, senang terbakar. Biasa tengok minyak tanah?" tanya saya dengan anggapan pelajar-pelajar yang semuanya Melayu Islam ini pasti tahu apa dia minyak tanah.


Tiga, empat orang pelajar menggeleng kepala. Ha...? Tak pernah tengok minyak tanah?


"Yang orang tuangkan dalam pelita bila nak raya tu. Orang pasang pelita terutamanya waktu 7 likur tu. Tak pernah tengok ke?" tanya saya lagi. Pelik gak.


Pelajar-pelajar yang sama masih menggelengkan kepala masing-masing.


"Tak pernah pasang pelita ke?"

"Tak. Pasang lampu lip-lap je, yang bentuk pelita tu"


* Kesian bebudak sekarang ni. Pengalaman yang indah bagi kita seperti memasang lampu pelita dengan minyak tanah tak mungkin dapat kita turunkan dengan hanya menonton di TV atau membaca di suratkhabar sahaja, sesekali kena beri peluang bebudak bandar ini merasanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 9, 2009

tak de baju

jam 11.15am
sambil memerhati anak-anak murid,
mata terpandang Aina (bukan nama sebenar)

duduk berseorangan,
di meja paling hadapan.
rakan-rakan baik di belakang nya sibuk bersoksek-soksek...

Aina! awak bergaduh ngan kawan2 awak ke? - tanya saya agak kuat juga.
Eh!tak adalah cikgu... diorang tu asik sibuk citer pasal baju je! malas nak dengar...

Ha? - pelik gak, kenapa bercerita pasal baju

saya ke belakang, bertanya Kathy (bukan nama sebenar juga)

Kenapa awak bertiga ni tak habis bercerita pasal baju? - intro menyibuk saya.Hal bebudak pun saya menyibuk, kan.

Terkejut juga Kathy... dia ingat saya tak tahu...
Musliha di sebelahnya (juga bukan nama sebenar) menjawab

Pening lah cikgu, takde baju nak pakai gi open house... Petang ni ada satu rumah, esok dua rumah, nanti majlis graduasi lagi ... hand bag pun tak de, kasut pun takde....

(* majlis graduasi kiranya ialah majlis tamat ting 5 nanti, diorang ni boleh pakai baju raya ke sekolah pada hari tersebut)

Aii... biar betul, raya aritu mak bapak tak belikan baju raya ke? - tanya saya
Baju raya tu adalah , tapi dah pakai, nanti orang kata pakai baju sama je.....

La... takkan setiap kali nak pergi open house kena beli baju baru? - tanya saya lagi
Itu lah yang pening ni cikgu......


- baru ting 5 dah pening tak cukup baju, belum lagi bekerja...
- perempuan memang sama je ya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 17, 2009

Beraya


Cuti raya dah bermula sejak pukul 1.05 pm tadi... (ini bagi sayalah)

ramai juga rakan2 yang sedang dalam perjalanan kul 10.17 pm sekarang ni, ramai yang nak mengejar tol percuma tu ya...


Sama seperti rakan2 yang lain,
saya juga ingin
mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT KEMENANGAN
DAN

SELAMAT MEMBESARKAN ALLAH DI 1 SYAWAL


nanti.

Kesilapan memang tidak pernah berenggang dari saya,
so,
saya mohon maafkanlah saya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...