Syawal ke 3.
Adat berhari raya, ziarah menziarahi, terlebih lagi kalau sanak saudara. Inilah masanya bertemu saudara mara yang lebih tua dan yang hampir bertahun tidak ketemu.
Masing-masing berubah. Usia dan jarak masa mengubah penampilan dan gaya. Paling tidak pun, kedut di wajah bertambah, walau uban di kepala tidak dapat dilihat lantaran terlindung dek tudung di kepala.
Apa kabar, Wo?
Panggilan Wo memang dari dulu terasa pelik, sejak saya berusia kanak-kanak lagi. Tapi, kini setelah usia sendiri pun melebihi 40an, kejanggalan itu tidak terasa. Ibu mertua kepada emak saudara saya. Kini usianya sudah pun menjangkau 80an. Tetapi, beliau masih kelihatan bertenaga dan berseri wajahnya.
Cerah kulit dan rendah orangnya mungkin membantu beliau awet muda. Orang kata, mereka yang rendah-rendah ini Allah beri kelebihan kekal awet muda.
Paman, Wo tu nampak sihat lagi. Mesti ada amalan dia yang dia buat selalu, yang jadi rahsia dia sihat walafiat macam tu.
Saya bertanya anaknya, yang juga merupakan suami kepada emak saudara saya.
Oh... mestilah ada.
Wah, hati saya berbunga. Sudah terbayang petua orang tua menjadi milik saya, akan saya amalkan hingga akhir hayat , InsyaAllah, jika halal dan tidak melanggar syariat.
Ya?
Apa dia?
Apa dia?
Bertanya lagi, setelah Paman saya itu diam sebentar, memandang ibunya dari jauh. Takut juga kalau dia keberatan berkongsi rahsia. Maklumlah, kekadang, ada manusia ini yang tidak mahu amalannya itu dirakyatkan, biarlah ia menjadi rahsia. Tapi, sepanjang mengenali Paman saya ini, saya tahu beliau bukan orang yang kedekut ilmu.
Petua dia...
'Pause' lagi. Pasti petua yang sangat rahsia ini. Saya memasang telinga, kerana suara Paman makin perlahan.
Petua dia, kalau sakit, dia makan ubat.
'Pause' lagi. Pasti petua yang sangat rahsia ini. Saya memasang telinga, kerana suara Paman makin perlahan.
Petua dia, kalau sakit, dia makan ubat.
Ah..... Suami di sebelah ketawa. Syawal ke 3 menjadi ingatan :)
*selamat beraya semua.
~cikgunormah@klcitizen~
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.