Masam.
Semua yang ada di situ termasuklah saya masam belaka. Bukan badan bau masam. Awal lagi. Pukul 10 pagi Malaysia Barat, peluh pun masih anak-anak peluh yang keluar.
Saya cuba senyum pada cashier Giant Setiawangsa. 'Cuba' adalah kata kuncinya.
Sedikit pun saya tidak dipandang. Barang-barang yang saya longgokkan itu lebih bernilai dan bermanafaat untuk dipandang. Senyuman tak jadi dikeluarkan.
Padan muka saya.
Kalau lelaki berwajah masam sekarang ini saya dah faham mengapa.
Happy Guys Finish Last, Says New Study On Sexual Attractiveness
(May 26, 2011) — Women find happy guys significantly less sexually attractive than swaggering or brooding men, according to a new University of British Columbia study that helps to explain the enduring allure of "bad boys" and other iconic gender types.
Wanita didapati melihat lelaki yang bahagia kurang menarik berbanding lelaki yang kelihatan sombong dan muram . Ini berdasarkan kajian terbaru dari Universiti British Columbia yang berharap dapat menjelaskan mengenai daya tarikan "lelaki samseng" dan jenis-jenis tarikan jantina yang lain.
memang hensem |
Kajian tersebut di buat pada lebih 1000 orang responden. Patutlah saya lihat, pelakar-pelajar lelaki yang ala-ala samseng di sekolah sentiasa menjadi perhatian dan intaian pelajar-pelajar perempuan. Saya dulu pun sama. Memang fitrah agaknya. Entahlah. :)
Ha... kalau hendak kelihatan tampan serta menarik, yang lelaki kena kurangkan senyuman.
Ha... kalau hendak kelihatan tampan serta menarik, yang lelaki kena kurangkan senyuman.
Kalau perempuan pulak? Perempuan lebih nampak menarik pada pandangan kaum lelaki jika nampak gembira, tersenyum dan malu-malu.
Ada lagi satu kajian tentang senyuman palsu. Ini pun tidak digalakkan.
: "Smiling for the sake of smiling can lead to emotional exhaustion and withdrawal, and that's bad for the organization."
Senyum kerana terpaksa boleh menyebabkan emosi menjadi penat dan terganggu, dan ini tidak baik bagi sesuatu organisasi.
Patutlah cashier di Giant Setiawangsa jarang tersenyum. Sebab, kalau senyuman yang terpaksa boleh membuatkan kita penat, lebih baiklah tak payah senyum, kan.
Banyak yang saya baca menyatakan ada kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak tersenyum lebih dari 400 kali dan orang dewasa secara puratanya senyum lebih kurang 15 kali. Ini menunjukkan ramai dari kita yang sudah terlupa untuk tersenyum, terlebih lagi dengan orang di sekeliling.
Benefits of Laughter and Smile for Our Health : As revealed by Joan Coggin, MD, a cardiologist at the University School of Medicine, Loma Linda, United States, children laugh on average 400 times a day. Being the average adult only laughs 15 times a day. That means the loss of 385 adult human laughter with age. “And have proof, laughter’s health benefits,” said Coggin.
Kita pun tahu senyum itu boleh mengelakkan banyak penyakit , jadi ..., jom, hari ini dan esok seterusnya, kita lebihkan senyuman :)
err... tapi yang lelaki, elok senyum ke tak?
~cikgunormah@klcitizen~
berwajah masam..bkn berbau masham yer..hehe
ReplyDelete