Isu yang tidak pernah habis. Dua perkara sebenarnya, iaitu cepat melatah dan mengejek.
Sejak kecil lagi saya pun diejek, dipanggil anak vespa sebab nama aruah abah ialah Mispar, jadi diejek sebagai Vespa. Merah telinga, memang. Panas hati, memang. Tapi memang jenis berat mulut, jarang saya balas, cuma mencuka itu terserlah di wajah.
Tak nak kawan dah, sampai mati.
Azam tersemat kukuh waktu itu dalam hati. Cumanya sekarang sudah tidak ingat pun siapa yang mengejek saya.
Saya lihat budaya mengejek ini kita wariskan pada anak-anak tanpa sedar. Cara bagaimana? Entah, saya pun kurang pasti.
Diejek nama mak bapak, darah akan mengalir laju. Dada berdegup kencang, panas hati. Diejek pula warna kulit, di katanya anak India lah, anak Indon lah, anak Banglalah, kepala si mangsa jadi besar , merah dan panas dek tekanan darah meningkat.
Lalu, cepat melatah. Pantang diejek, walau mak bapak sendiri tak tahu dan sedang senang lenang di rumah. Bangun, membalas cakap, berlawan mulut dan kalau tak cukup serta masih tak puas hati , ajak bergaduh.
Kita kena jaga maruah cikgu. Tu nama mak bapak.
Alahai, anak-anak. Maruah bukan pada nama, tapi pada akhlak dan bawa diri anda.
Si pengejek dan mangsa berbalas cakap, merendahkan satu sama lain, masing-masing merasa lebih hebat dari yang lagi satu. Ah, ego setinggi gunung betul.
Si pengejek dan mangsa berbalas cakap, merendahkan satu sama lain, masing-masing merasa lebih hebat dari yang lagi satu. Ah, ego setinggi gunung betul.
Budaya kitakah cepat melatah ini?
Rasulullah s.a.w. sendiri apabila Baginda diejek dihadapan Sayidatina Aisyah, dan isteri baginda itu bangun memarahi kaum musyrikin kerana kasihnya beliau terhadap Rasulullah, telah menghalang Aisyah dari berbuat demikian.
“There is nothing that has gentleness in it except that it is beautified, and there is nothing that has harshness in it except that it makes it ugly. So be calm, O Aisha!” ~ Being religious without being a jerk
Contoh dari insan maksum yang patut kita contohi, sedaya mungkin.
Cepat melatah. Janganlah. Menjaga maruah bukan dengan membalas kata, dan beradu tenaga atas perkara seremeh itu.
Walau diejek sebanyak mana pun, anak-anak ..., tidak luak sehuruf pun nama ayah dan ibu kita itu.
*penat rasanya melihat perangai tak sudah ini....
~cikgunormah@klcitizen~
*penat rasanya melihat perangai tak sudah ini....
~cikgunormah@klcitizen~