Nama kamu apa?
Sengaja ingin bersembang dengan pelajar-pelajar di kelas tingkatan 4 ini di mana saya mengganti gurunya yang mempunyai tugasan di luar.
Sepatutnya setiap pelajar memakai tanda nama, tetapi biasalah ada sesetengah pelajar yang sengaja tidak memakainya, takut namanya direkod oleh pengawas jika melakukan kesalahan.
Selalunya pelajar-pelajar yang bermasalahlah yang sering berbuat demikian. Dan pelajar itu tidak memakai tanda namanya.
Dia tidak menjawab.
Dia tidak menjawab.
Roslan ...nama dia Roslan, cikgu.
Sahabat di sebelahnya yang memberitahu sambil tersengih ada makna.
Sahabat di sebelahnya yang memberitahu sambil tersengih ada makna.
Ha... Roslan, mana ...?
Tidak sempat menghabiskan ayat , sudah berderai ketawa rakan-rakan disekelilingnya, menyambut pertanyaan saya.
Tu nama bapa dialah cikgu....
Dari sebelah kanan berhampiran, seorang pelajar perempuan yang mendengar perbualan saya dari jauh, menjawab.
Dari sebelah kanan berhampiran, seorang pelajar perempuan yang mendengar perbualan saya dari jauh, menjawab.
Memang dah terkenalah saya , kan.
Mengusik nama bapa rakan memang selalu terjadi. Sejak dari saya kecil ;agi easanya budaya ini memang sudah ada. Mana saya tak ingat, sebab dahulu semasa saya di sekolah pun, nama bapa saya juga sering diejek.
Kebetulan pada masa itu motor vespa sedang famous amos, jadi rakan-rakan mengejek nama saya berbinti vespa.
Anak vespa, anak vespa , kata mereka.
Anak vespa, anak vespa , kata mereka.
Ini kerana nama aruah bapa ialah Mispar.
Waktu itu memanglah rasa inferior memang menjalar setiap inci badan, sebab nama tersebut begitu unik, namun saya tidak dapat menerima keunikannya.
Ditambah pula kebetulannya, kenderaan utama bapa saya ialah waktu itu ialah motor vespa. Ha, bertambah lagilah malunya saya.
Tapi, yalah. Bila sudah semakin tua, kita menjadi semakin matang. Nama yang pelik itulah yang uniknya dan istimewanya ia senang diingati
Bukan begitu?
~cikgunormah@klcitizen~
~cikgunormah@klcitizen~
ramai anak2 sekarang yang 'malu' untuk menyebut nama ayahnya jika nama ayahnya sedikit 'ganjil'..
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteteringat kembali zaman sekolah dulu..sehari kalau nama ayah x diejek tak sah.lagi2 member saya nama atuk dia arjun ha habis kena 'bahan' tiap2 hari
kdg2 bdk bergaduh besar disebabkan main2 dgn nama bapa..dulu ngan skrg sama je..hehe
ReplyDeleteKak KL,
ReplyDeleteDari zaman dulu sampailah sekarang ni ejek-mengejek ni dah jadi adat.. lebih-lebih lagi masa zaman sekolah dulu.. nama ayah Ana pun kena juga kak.. huhu..
Dulu ejaan nama ayah - Redzuan. Kawan2 gelar Red Indian.. err.. sabar jelah.. huhuh...
Hi KL Citizen, wow, love that Vespa. Old days in KL, around the early '60's lots of them, and boys carrying their girlfriends sitting side saddle. Look very nice....they imitate that movie Roman Holiday.
ReplyDeleteBy the way, I noticed you had put your age in your blog profile? Whatever number that is, guess you joking, huh? You don't look that number, ha ha.
tiga puluh saya berchaya, ha ha....but whatever it is, well, you know what I mentioned about ahemmm, matured ladies. Ha ha.
You have fun and keep a song in your heart, Lee.
classmate kpah dulu ada sorang yang kami panggil dengan nama bapak dia. satu hari bapak dia datang visit dan kebetulan kami ada kat porch. Kami voluteer panggilkan anak dia dan jerit kuat-kuat dari porch sebab kebetulan kelas kami kat atas tu je. "Hashim..... bapak kau datang!.."
ReplyDeleteHehe.. tercengang bapak dia.
Salam...nama ayah saya pun unik, namun ilmu Islam dah dtg kepada kita, kewajipan kita utk memberi nama anak-anak kita yg baik maknanya bila disebut ianya merupakan doa buatnya
ReplyDeletedearest blogfriends:
ReplyDelete---->LOL; termasuklah saya dulu2...
---->zharif: dulu dan sekarang sama aja
---->n@m@n: sejak zaman p.ramlee lagi, kan
uncle lee: age is juz a number... but the photo is real, last years' photo... is that a compliment? hope so.. coz i always keep a song in my heart
ReplyDeletecatz:---> red indian?... ala kesiannya... nasib kita serupa
ReplyDeletek.pah:--> tergelak baca citer k.pah
razak:---> betul tu
Teringat abah saya dulu pun kena ejek sbb nama ayahnya ALANG..jadi saya pernah tengok kawan2nya tulis kat moto ayah saya, Ali Bin Alang Bin Rasuk Bin Tupai..klu disebelah kedah Alang tu alang rumah, Rasuk tu adalah kayu yg memegang alang tu dan Tupai adalah kayu yg dibuat yg menjadi ganti paku..
ReplyDeleteCikgu,
ReplyDeleteAda tak student lu nama NATRAH?,
Mesti budak budak sekarang dah tak tau sapa NATRAH..
Ejek mengejek nama bapa ni silap2 boleh mulakan gaduh besar ... syusyah2!
ReplyDeletezai:--->sampai begitu sekali ya.. sama saja perangai manusia, tahun sahaja berubah, perangai sama sahaja
ReplyDeletefdaus:--->budak sekarang tak tau sapa natrah tu,menjadi mangsa keegoan manusia... dah meninggal si natrah tu ya...
precious:--->kita kat sekolah memang taula sangat perangai bebudak ni, yg lelaki bergaduh sebab 2 perkara je, ejek nama makbapak atau berebut pompuan...kan
Hope u r still online 'cause an award is waiting for u on my page. Amik ler kalu sudi ... TQ!
ReplyDeleteooo precious...tq, so much
ReplyDeletetengah pakai kain ni...jap...jap nak gi ambik
Antara gelaran yg masih segar dlm ingatan:
ReplyDeleteSaifudin - Din Sembur
Zainuddin - Din Kerang
Mazlan - Lan Bunga
Suradi - Salleh
Radzi - Gemuk
Semuanya mempunyai kisah tersendiri yg menarik dan semuanya dah pencen pegawai ATM dan aku amat merindui gelak ketawa kalian semua.
student boys memang suka 'kenakan' cikgu..esp cikgu2 perempuan. sabar saja-lah kan
ReplyDeleteTergelak saya baca cite akak ni. Masa sekolah dulu pun camtu gak...
ReplyDeletehehehe....
ReplyDeletesemua orang pernah alami benda ni kan....
tp pk2 balik, ni la kenangan....